Anda cari panduan untuk semak baki pinjaman Easy RHB online? Jika ya. Anda telah sampai di artikel yang tepat. Mari rujuk langkah-langkah yang kami senaraikan di sini.
Izinkan kami berkongsi.
Semakan pinjaman RHB
Cara semak baki pinjaman Easy RHB online di logon.rhb.com.my
Untuk anda yang mempunyai pinjaman Easy RHB, anda boleh semak balance loan anda secara online melalui laman web.
Ikuti langkah seperti di bawah:
- Layari laman web RHB online banking di logon.rhb.com.my.
- Anda akan dibawa ke laman utama web RHB online banking.
- Di situ, masukkan Username anda pada ruangan log masuk dan tekan butang NEXT, GET SECRET WORD.
- Seterusnya, sahkan Secret Word anda dengan memasukkan Password.
- Tekan butang Login.
- Halaman utama profil atau akaun RHB online banking anda akan dipaparkan.
- Sila klik pada bahagian Account.
- Selepas itu, beberapa pilihan akaun RHB anda akan tertera.
- Klik butang Loans.
- Maklumat berserta baki pinjaman Easy RHB anda akan terpapar.
- Selesai.
Check balance loan Easy RHB online melalui aplikasi
Kalau anda nak cara yang lebih cepat dan mudah. Anda boleh saja gunakan aplikasi RHB Mobile Banking untuk semak baki pinjaman Easy RHB.
Berikut merupakan langkah semakan balance loan melalui aplikasi:
- Buka aplikasi RHB Mobile Banking di telefon pintar anda.
- Halaman utama aplikasi RHB online banking akan dipaparkan.
- Sila buat proses log masuk seperti biasa.
- Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya login ke dalam akaun RHB online banking anda.
- Pada laman utama, sila tekan menu Account.
- Seterusnya, beberapa pilihan akaun milik anda akan terpapar.
- Kemudian, tekan Loans untuk semak baki pinjaman Easy RHB anda.
- Tamat.
Sekadar makluman, sebelum anda mengikuti cara yang telah kami tunjukkan ini. Pastikan anda telah mendaftar akaun RHB online banking serta telah selesai memuat turun aplikasi RHB Mobile Banking di Google Play Store atau Apple App Store anda.
Ada masalah nak semak baki pinjaman Easy RHB online?
Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan berhubung semakan baki pinjaman Easy RHB online dan sebagainya yang berkaitan. Anda boleh menghubungi talian 03-9206-8118 untuk mendapatkan bantuan atau tindakan lanjut daripada pihak RHB Bank.
Akhir kata
Diharapkan artikel ini dapat membantu anda yang nak semak baki pinjaman Easy RHB secara online.
Selain itu, jika ada yang nak semak baki akaun RHB online. Kami juga ada kongsikan caranya. Jangan lupa baca!
Semoga bermanfaat.