What's Hot

    Untuk semak baki pinjaman RHB melalui SMS, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum melakukannya.

    Jemput baca perkongsian kami.

    Boleh ke semak baki pinjaman RHB melalui SMS?

    Setelah kami mentelaah pelbagai halaman mengenai soalan ini. Kami tidak menjumpai apa-apa jawapan yang menyatakan bahawa anda boleh menyemak baki pinjaman RHB menggunakan SMS.

    Jadi jawapannya adalah tak boleh, tak valid atau tak wujud.

    Ada cara lain untuk semak baki pinjaman RHB?

    Ya, ada. Anda masih boleh menggunakan cara lain selain SMS untuk semak baki pinjaman RHB anda. Antaranya adalah check balance di cawangan RHB, buat panggilan telefon atau semak baki pinjaman RHB Bank online di laman web atau aplikasi RHB.

    Berikut adalah kaedah semak baki pinjaman RHB selain SMS yang boleh anda ikuti.

    a) Check balance di cawangan atau kaunter RHB:

    1. Pastikan anda membawa apa-apa dokumen pengenalan diri atau yang berkaitan dengan RHB.
    2. Kemudian, sila kunjungi mana-mana cawangan RHB berhampiran anda.
    3. Ambil nombor giliran di kaunter ambil nombor berdasarkan tujuan anda dan ambil tempat duduk anda.
    4. Tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
    5. Apabila nombor anda sudah dipanggil, pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
    6. Beritahu kepada kakitangan di kaunter bertugas yang anda nak semak baki pinjaman RHB anda.
    7. Berikan apa-apa maklumat yang diminta dan tunggu seketika sementara permintaan anda diproses.
    8. Jika tiada sebarang masalah, baki pinjaman anda akan dimaklumkan.
    9. Catat atau rekod jika perlu.
    10. Selesai.

    b) Buat panggilan telefon:

    1. Dail talian 03-9206-8118 untuk bercakap dengan Bahagian Khidmat Pelanggan RHB.
    2. Tunggu sehingga panggilan anda dijawab.
    3. Apabila panggilan anda sudah dijawab, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda untuk semak baki pinjaman RHB.
    4. Seterusnya, panggilan anda akan disambungkan ke bahagian berkaitan.
    5. Tunggu sehingga panggilan anda berjaya disambung.
    6. Kemudian, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda sekali lagi.
    7. Berikan segala maklumat yang diperlukan.
    8. Tunggu seketika sementara permintaan anda diproses.
    9. Jika tiada masalah, baki pinjaman RHB anda akan dimaklumkan.
    10. Catat atau rekod jika perlu.
    11. Selesai.

    c) Semak baki online:

    1. Buka laman web RHB online banking di logon.rhb.com.my atau aplikasi telefon pintar RHB iaitu RHB Mobile Banking.
    2. Seterusnya, masukkan Username dan Password untuk teruskan proses log masuk seperti biasa.
    3. Pada halaman utama profil atau akaun RHB online banking anda, sila tekan Account pada bahagian menu.
    4. Jenis-jenis akaun RHB milik anda akan dipaparkan.
    5. Sila tekan pada butang Loans untuk semak baki pinjaman RHB anda.
    6. Tamat.

    Untuk pengetahuan anda, langkah semakan baki secara online ini boleh digunakan sama ada di laman web atau aplikasi. Walau bagaimanapun, pastikan anda telah pun mendaftar akaun RHB online banking.

    Buat pengguna aplikasi RHB pula, anda perlu memuat turun aplikasi RHB Mobile Banking di Apple App Store atau Google App Store terlebih dulu sebelum dapat mengakses aplikasi tersebut. Kalau dah ada kedua-duanya, bolehlah terus ikuti panduan semakan baki kami seperti di atas.

    Ada masalah untuk semak baki pinjaman RHB?

    Sekiranya anda masih menghadapi sebarang masalah atau kesulitan berhubung semakan baki pinjaman RHB atau hal-hal lain berkaitan RHB. Anda boleh menghubungi pihak mereka di talian 03-9206-8118.

    Akhir kata

    Diharapkan perkongsian tentang semak baki pinjaman RHB melalui SMS ini dapat membantu urusan perbankan RHB anda berjalan dengan lancar walau di mana anda berada.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply