What's Hot

    Anda nak semak bil Celcom guna IC? Nanti dulu. Betul ke boleh buat macam itu kalau nak tahu berapa jumlah bulanan telco Celcom anda. Ke ada kaedah lain?

    Bagi menjawab semua soalan di atas. Kami dah sediakan semua yang perlu anda tahu di dalam artikel ini. Jemput baca penulisan kami.

    Boleh semak bil Celcom guna IC?

    Jawapan kami adalah tidak pasti. Ini adalah kerana kami tidak menjumpai apa-apa halaman yang menyatakan bahawa anda boleh membuat semakan bil Celcom menggunakan IC. Namun begitu, masih terdapat kaedah lain yang boleh digunakan untuk cek bil anda.

    Cara semak bil Celcom

    Anda boleh menggunakan 2 cara di bawah untuk semak bil Celcom anda tanpa menggunakan IC. Yang pasti ianya lebih mudah dan cepat.

    Ikuti panduan berikut.

    a) Cek bil melalui aplikasi Celcom:

    1. Muat turun dan pasang aplikasi Celcom Life di telefon pintar anda sama ada melalui Google Play Store atau Apple App Store.
    2. Seterusnya, buka aplikasi Celcom Life.
    3. Lakukan step untuk log masuk ke akaun anda.
    4. Setelah anda berjaya login, maklumat bil Celcom anda akan dipaparkan pada halaman utama.
    5. Anda boleh terus semak bil Celcom anda atau menggunakan perkhidmatan lain di dalam aplikasi ini.
    6. Tamat.

    b) Semak guna kod UMB:

    1. Buka bahagian dail pada telefon anda.
    2. Masukkan kod UMB *118# dan tekan Call.
    3. Seterusnya, beberapa pilihan akan tertera.
    4. Sila masukkan nombor menu bagi My Account dan tekan Hantar atau Send.
    5. Selepas itu, masukkan nombor menu bagi Check Balance.
    6. Tekan Hantar atau Send.
    7. Kemudian, masukkan nombor menu bagi Main Account dan tekan Hantar atau Send.
    8. Maklumat bil Celcom anda akan diberikan melalui notifikasi atau SMS.
    9. Tahniah! Anda telah berjaya semak bil Celcom menggunakan kod UMB.

    Ada masalah tentang semakan bil Celcom?

    Jangan bimbang! Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan atau memerlukan bantuan lanjut berkenaan semakan bil Celcom guna IC dan sebagainya. Anda boleh terus menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan Celcom di talian 019-601-1111 untuk maklum balas.

    Di samping itu, anda juga boleh melayari laman web Celcom di celcom.com.my bagi mendapatkan lebih banyak info dan rujukan berkaitan isu anda.

    Akhir kata

    Kami berharap agar artikel ini dapat mempermudahkan urusan anda untuk semak bil Celcom walaupun tanpa menggunakan IC sekaligus dapat sentiasa membantu menghubungkan anda dengan yang tersayang.

    Untuk pengguna prepaid pula, kalau ada yang masih tak tahu cara untuk masukkan kredit baru ke dalam nombor anda. Ini ada kami kongsikan cara topup prepaid bagi pelbagai jenis rangkaian telco dan cara topup Celcom online khas untuk pengguna Celcom.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply