Pada Ogos 2019, i-Invest KWSP telah diperkenalkan untuk meningkatkan lagi simpanan untuk persaraan pencarum. Skim ini memberikan pilihan dan fleksibiliti kepada pencarum untuk mempelbagaikan lagi portfolio atau orang putih kata ‘diversify‘. Dengan cara ini, simpanan kita akan lebih bertambah, baguslah kan.
Melalui skim ini, pencarum boleh memindahkan sebahagian dana dari dalam Akaun 1 mereka untuk dilaburkan melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik. Kemudahan ini juga membolehkan pencarum membuat perbandingan antara dana yang ditawarkan dan melihat sendiri senarai pelaburan mereka. Selain itu, mereka juga boleh mengakses sendiri maklumat berkaitan kos pelaburan, sejarah prestasi dana dan maklumat berkaitan IPD yang mereka pilih.
Jika anda mempunyai simpanan yang lebih, anda tidak perlu buat Pengeluaran Khas KWSP 2022 yang ditawarkan kerajaan. Teruskan melabur dengan KWSP kerana ia bakal memberi pulangan yang tinggi setiap tahun.
Jom kita tengok lebih details mengenai i-Invest ini. Kalau anda layak, boleh melabur di sini pula.
Kelayakan untuk melabur i-invest KWSP
Berikut adalah kelayakan yang diperlukan untuk melabur melalui i-Invest:
- Pencarum merupakan warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR) atau Bukan Warganegara (berdaftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998).
- Berumur 55 tahun ke bawah.
- Pencarum empunyai simpanan KWSP yang secukupnya.
- Permohonan melalui hanya melalui kaunter/agen IPD atau daftar i-Akaun (Ahli).
Berapa boleh guna untuk melabur i-Invest KWSP
Untuk melabur, pencarum mesti mempunyai kelayakan minimum di dalam akaun mereka. Kelayakan minimum bagi melabur mestilah RM1,000 sehingga RM1,800 maksimum setelah jumlah simpanan akaun 1 ditolak dengan simpanan asas baharu dan didarabkan dengan 30% pelaburan.
Kalau nak kira terus, boleh terus ke https://www.kwsp.gov.my/ms/member/investment. Di sini mereka ada sediakan kalkulator untuk kira berapa jumlah yang anda boleh laburkan.
Cara untuk melabur di i-Invest KWSP
Jika anda sudah memenuhi kelayakan dan kelayakan minimum caruman, anda sudah boleh melabur melalui i-Invest. Sebelum itu, pastikan anda sudah mempunyai i-Akaun KWSP. Kalau belum, boleh tengok cara daftar i-Akaun KWSP Online di sini.
Jika anda sudah ada, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk ke KWSP i-Akaun melalui pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Klik ‘Pelaburan’ pada bar menu.
- Di bahagian ‘Beli,’ klik IPD yang diinginkan.
- Sahkan transaksi untuk melengkapkan pelaburan.
Dekat mana boleh melabur i-Invest KWSP?
Anda boleh melabur di Institusi-institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik, iaitu:
- Affin Hwang Asset Management Berhad
- Amanah Saham Nasional Berhad
- Amanah Saham Sarawak
- Amara Investment Management Sdn Bhd
- AmFunds Management Bhd
- Apex Investment Services Bhd
- Principal Asset Management Bhd
- Eastspring Investments Bhd
- Hong Leong Asset Management Bhd
- KAF Investment Funds Bhd
- Kenanga Investors Bhd
- Manulife Investment Management (M) Berhad
- MIDF Amanah Asset Management Bhd
- BOS Wealth Management Malaysia Berhad
- Pheim Unit Trusts Bhd
- Phillip Capital Management Sdn Bhd
- PMB Investment Bhd
- Public Mutual Bhd
- RHB Asset Management Sdn Bhd
- TA Investment Management Bhd
- RHB Islamic International Asset Management Berhad
Dokumen apa yang diperlukan untuk i-Invest KWSP?
Terdapat beberapa dokumen yang diperlukan untuk anda menggunakan i-Invest KWSP:
- Borang KWSP 9N (AHL) dan Senarai Semak Dokumen (Borang ini perlu diperolehi dari IPD yang berkenaan)
- Dokumen Pengenalan atau Pasport (Untuk Bukan Warganegara yang telah menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998)
*KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Peringatan penting: Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh individu yang diberi kuasa (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)
Anda perlukan pertanyaan lanjut mengenai i-Invest KWSP?
Kalau anda masih kurang jelas dan perlukan maklumat lanjut, anda boleh
- Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan di sini
- Hantar pertanyaan melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry.
Akhir kata
Semoga penjelasan yang kami berikan mengenai i-Invest KWSP ini dapat membantu anda. Simpanan persaraan sangat penting untuk masa tua kita. Jadi, kena berfikir dan merancang secara berhati-hati. Barulah kita dapat bersara dengan aman dan tenang nanti.