Cara daftar i-Akaun KWSP tidaklah sesusah mana. Cuma nasihat kami, pastikan anda sediakan maklumat-maklumat penting sebelum buat pendaftaran.

Ikuti perkongsian seperti di bawah.

Syarat pendaftaran

Untuk melayakkan anda mendaftar i-Akaun, anda perlu memenuhi kriteria di bawah:

  1. Anda ialah seorang pencarum KWSP
  2. Anda mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
  3. Anda mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
  4. Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah

 

Kemaskini nombor telefon sebelum daftar i-Akaun

Nombor telefon anda mestilah yang masih aktif dan boleh dihubungi. Ini kerana kata laluan sementara dan kod TAC akan dihantar ke nombor telefon ini.

Jika mahu kemaskini nombor telefon sahaja, boleh rujuk cara kemaskini no telefon KWSP secara online.

#1 Syarat untuk kemaskini nombor telefon adalah seperti berikut:

  1. Anda mestilah warganegara Malaysia
  2. Nombor telefon yang ingin dikemaskini, mesti mempunyai nama yang sama dengan ahli KWSP
  3. Hanya untuk ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah sahaja

 

#2 Kod TAC yang akan dihantar ke nombor telefon ini adalah untuk:

  1. Lupa ID Pengguna
  2. Lupa Kata Laluan

 

#3 Cara daftar dan kemaskini nombor telefon

  1. Pergi ke mana-mana kaunter KWSP; ATAU
  2. Pergi ke mana-mna kiosk KWSP; ATAU
  3. Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000
  4. Talian ini hanya aktif dari hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sekali lagi, pastikan nombor telefon lama tidak lagi aktif dikemaskini dengan nombor terbaru. Sila rujuk cara aktifkan i-Akaun KWSP untuk maklumat lanjut.

 

Cara daftar i-Akaun KWSP melalui email

Disebabkan wabak Coronavirus COVID-19, ramai yang cuba mohon keluar duit KWSP Akaun 2 i-Lestari secara online. Namun, tidak boleh keluarkan kerana masih lagi belum mendaftar i-Akaun.

Jika boleh hadir ke cawangan nanti, kami sarankan anda ikuti cara daftar i-Akaun guna kiosk.

Macam mana nak daftar i Akaun KWSP dengan cara yang mudah? Ikuti panduan kami seperti di bawah ini menggunakan email.

  1. Layari laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Kemudian klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”.
  3. Secara automatik, borang akan dimuat turun.
  4. Jika tidak, klik sini untuk muat turun borang
  5. Lengkapkan dokumen PERMOHONAN PENDAFTARA i-AKAUN (AHLI) MELALUI E-MEL
  6. Sila rujuk PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN i-AKAUN (AHLI) MELALUI E-MEL
  7. Setelah siap mengisi borang permohonan dengan lengkap, sila scan dan sertakan dokumen sokongan seperti:
    • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
    • Gambar selfie dengan kad pengenalan
    • Bukti pemilikan nombor telefon seperti bil bulanan telefon, resit depost dan lain-lain lagi
    • Jika guna prepaid, ambil gambar penyata nombor telefon yang tertera nama ahli
    • Boleh screenshot dengan login mana-mana app seperti Digi, Maxis, U Mobile dan Celcom
    • Salinan penyata akaun bank yang terkini
  8. Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada [email protected]
  9. Jika pengesahan akaun berjaya, ahli akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS
  10. Ini adalah penting untuk mengaktifkan i-Akaun ahli
  11. Pastikan tukar kata laluan sementara dengan kata laluan baru

Jangan risau untuk daftar KWSP melalui email. Pekerja KWSP memang jenis buat kerja. Email anda pasti akan dilayan.

 

Cara daftar i-Akaun KWSP secara online

  1. Setelah dapat kata laluan sementara melalui SMS, pergi ke mana-mana komputer yang disediakan untuk ahli KWSP secara percuma
  2. Jika tidak, anda juga boleh buat sendiri di rumah
  3. Cuma jika buat di KWSP, anda boleh minta bantuan jika ada masalah
  4. Sila layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  5. Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan.
  6. Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk.
  7. Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya.
  8. Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna.
  9. ID Pengguna yang baharu adalah gabungan alphanumeric 8-16 digit. (Contoh: sayang1234)
  10. Sila ambil perhatian, ID Pengguna boleh diubah sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan
  11. Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan nombor dan abjad 8 – 20 digit serta masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan. (Contoh : SayaSayangAwak12345)
  12. Pilih Imej Online.
  13. Sila isi Frasa Rahsia atau Secret Phrase dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya.
  14. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
  15. Ahli boleh terus login ke i-Akaun KWSP

 

Register i-Akaun melalui kaunter EPF

Di bawah ini ialah perkongsian pendaftaran KWSP untuk pencarum, iaitu ahli biasa. Bukan untuk majikan.

  1. Sila ke mana-mana KWSP yang berhampiran
  2. Pergi ke kaunter pertanyaan
  3. Tanya mengenai pendaftaran i-Akaun
  4. Nombor akan diberi
  5. Tunggu sehingga di panggil
  6. Siap sedia dengan ID Ahli KWSP
  7. Pergi ke kaunter setelah nombor dipanggil
  8. Sila berurusan di kaunter untuk pendaftaran i-Akaun
  9. Selepas pendaftaran, ahli akan menerima kata laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun.
  10. Pendaftaran ini belum lagi selesai
  11. Anda perlu layari laman web KWSP untuk langkah seterusnya
  12. Rujuk panduan di bawah

 

Akhir kalam

Kami sarankan agar anda semua register i-Akaun ini kerana ia sangat memudahkan urusan pada masa akan datang.

Dengan i-Akaun juga, anda boleh semak penyata KWSP untuk melihat berapa baki yang tinggal. Andai kata anda terlupa nombor akaun, jemput baca cara check KWSP guna No IC.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

92 Comments

  1. Ramdan md yussop on

    Ada cara lain nak tukar no telefon, selain pergi ke kiosk. Maklumlah kiosk kwsp sekarang ni offline.

  2. ROSMAN BIN JUMA'AT on

    bagaimana cara nak tukar ni telefon terkini selain pergi ke kiosk KWSP skrng tak buka lagi
    terima kasih.

  3. Jusitin bin juhan on

    Dah tekan link kena masuk Kan I’d sedang Kan I’d belum ada.sekarang ni nak buka I akaun ..tetapi PKP..pejabat kwsp tutup.ada tak Cara lain untuk pemohon nak dapat Kan I’d selain dari kena hadir ke kiosk.mcm mana kata nak Bantu sebab Kan serangan covid19 ..tapi bila nak apply Di suruh ke kiosk Pula. PKP ni Akan dilanjut Kan Lagi sampi bila nak dapat Kan duit sendiri kalau kwsp tak sedia Kan link Yang mudah untuk nak daftar Kan no telefon.sebab Bukan semua orang boleh is borang dengan berserta Kan gambar Bukit Yang memohon Tu Ada benar.melalui email…nak Mohon untuk duit sendiri kenapa Susah sangat.

  4. macam mna ni nak daftar i akuan secara online….guna laptop pun kita tak seberapa pandai..isi borangnya okeylah tp bila bab document tu tak reti dah…and kalau akaun penama tk sudah aktif bolehkah guna akaun bank isteri?????

  5. Henry bin William inin on

    Number Telefon telah Dan terpaksa berubah sesuai mendapat talian panggilan telefon Dan capaian internet mengikut Kawasan Serta daerah. Kini agak sukar saya login kwsp secara online, kerana number phone berubah tidak seperti Yang didaftarkan pada ibupejabat kwsp cawangan Sabah Di karamunsing.sekian terima kasih.

  6. SHARIFFAH SAZIANAH AZMAN on

    saya sudah daftar iakaun online..email pun kwsp sda terima..kemudian kwsp call saya untuk memaklumkan yg pendaftaran saya suda ok.nanti dia akan send sms tac di nombor telefon.tapi sampai sekarang sma tac tu saya belum terima..saya terlebih dahulu apply iakaun ni daripada kakak saya.tapi sampai sekarang sy belum terima sms dri kwsp.saya terima call sahaja.kakak saya sudah terima call dan pada hari yg sama terima sms dari kwsp..

  7. Marziah binti Mohd Zain on

    Minta bantuan cek kan mengapa duit i lestari saya yang dijadual masuk hari ni (20 may) tidak masuk lagi

  8. saya sudah daftar I akaun Dan kemaskini no fon..tapi masih tak dapat log masuk I sinar lagi..kluar notis pergi daftar i akun dan kemaskini no fon lagi..tolong bgi pendapat sikit..atau perlu selepas 24jam DRI mase daftar I akaun

  9. Macam mana nk tukar nomb telefon …sy sdh pi pejabat KWSP ,tapi tak bagi sy masuk .kata buat dlm online ,tapi tak boleh nk tukar pun .seba nomb telefon tu sdh hbs masak TNC tak boleh la sampai …nk MCM mana ye. ..tq

  10. Jamal lampato on

    Nak pekerja KWSP setiap hari.. Isnin hingga Jumaat kat pejabat buat apa ya saya call mana2 pejabat2 KWSP xda yg nak jawab telefon call 100kali tpun tak berjawab tidur ke? Macam nak memudahkan urusan pelanggan? Kalau call tak pandai jawab

  11. Maimunah Abu Bakar on

    Kalau saya daftar on line pada 6 april 2021 bila boleh Saya keluaran caruman harap mendapat penjelasan terima kasih

  12. Siti Azura bte Jazuli on

    Dah daftar ic hilang nk kena update semula semua.mati mner nk cr duit.mnte tlg krjaan pon mcm hampe jer..btuk tgh ssah..plz jwpan kasi cantik skit.

  13. Siti Azura bte Jazuli on

    Dah daftar ic hilang nk kena update semula semua.mati mner nk cr duit.mnte tlg krjaan pon mcm ha
    mpe jer..btuk tgh ssah..plz jwpan kasi cantik skit.mslh ic nk kena buat bru..duit x de.

  14. mohamad bin sulaiman on

    Salamat petang.. Saya ingin bertanya no telefon lama saya sudah tidak aktif lagi sebab sebab rosak dan bagaimana saya hendak menukar no baru untuk urusan i-sinar maksub saya untuk pengeluaran one off $10.000

  15. MUHAMMAD FITRI BIN ABDULLAH SANI on

    Nombor lama saya tak aktif lagi Bagai mana saya nak tukar nombor baru..lepas tu nombor KWSP saya terlupa

  16. Kalaiselven on

    kwsp i-akaun
    pilih login ke i-akaun ( ahli) tidak dapat masok.
    ID Pengguna and kata laluan .
    Bagaimana nak aktif ?

  17. Maimunah binti awang yusop on

    Slm ini pengalaman saya nak tahu tentang status saya ada kah saya blh keluar kan 1000dari bank islam maklum balas bagi pihak bank amat saya hargai manalah tahu ada realetad kerna saya pemegang amanah rayat yg menerimah sijil klu blh saya tahu pasal bonus benefit atau saya perlu hadir ke bank islam untuk tahu klu saya silap maaf kan sayalebih lanjut.terimah kasih

  18. Mcam mna cara aya mhu daftar i-akaun apa yg mhu di msuk or pa yg mhu diisi sya suda isi semua tinggal 1 je sya tak faham or

Leave A Reply