Sekiranya tak ingat atau terlupa nombor akaun KWSP, itu perkara biasa. Jarang-jarang orang akan ingat nombor KWSP sendiri melainkan ada urusan tertentu. Jadi, hari ini kami akan kongsikan cara semak no akaun KWSP anda.
Izinkan kami berkongsi.
Semak no akaun KWSP melalui telefon
Ini adalah cara untuk check KWSP guna IC, andai anda memang tak ingat langsung.
- Hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (juga dipanggil EPF CMC) di talian 03-89226000
- Selalunya, panggilan akan diangkat dalam beberapa saat sahaja
- Beritahu bahawa and mahu semak nombor KWSP anda
- Pihak EPF CMC akan bertanya Nombor Kad Pengenalan untuk pengesahan
- Mereka juga akan bertanyakan Nama Penuh anda
- Jika semuanya sahih, mereka akan memberikan nombor KWSP anda
Semak no akaun KWSP melalui kiosk
Kalau rumah anda berdekatan dengan cawangan KWSP, boleh terus guna kiosk KWSP yang ada di dalam premis tersebut.
- Sentuh skrin di kiosk dan buat pilihan bahasa samada Bahasa Melayu atau English
- Sistem akan meminta anda untuk meletakkan IC di tempat yang disediakan pada bahagian sebelah kiri
- Letakkan ibu jari kanan anda pada ruangan yang disediakan
- Anda diberikan pilihan untuk memilih perkhidmatan sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun KWSP atau mahu mencetak penyata
- Oleh kerana tujuan anda adalah untuk check no KWSP sebab tak ingat, pilih Cetak Penyata
- Mesin akan mencetak penyata anda dan akan keluar pada ruangan yang tersedia
- Lihat dan semak nombor KWSP yang terpapar pada kertas yang dicetak
- Ambil semula Kad Pengenalan anda
Check nombor akaun KWSP guna i-Akaun
Kalau benar-benar terlupa dan tak ingat nombor KWSP, anda juga boleh menggunakan i-Akaun. Walau bagaimanapun, anda perlu daftar i-Akaun terlebih dahulu samada secara online ataupun daftar KWSP guna kiosk.
- Layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Pilih bahsa samada Bahasa Melayu atau English
- Masukkan ID Pengguna
- Tekan butang Teruskan.
- Isikan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk.
- Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem i-Akaun
- Klik menu PROFIL di bahagian atas
- Lihat dan sahkan Nama Ahli
- Lihat No KWSP seperti yang terpapar
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian cara semak no akaun KWSP ini akan memudahkan lagi urusan anda.
Jika sudah ada nombor akaun EPF tersebut, sila simpan baik-baik untuk rujukan.
Semoga bermanfaat.