Untuk guna kiosk KWSP, bawa MyKad anda ke cawangan KWSP, UTC atau lokasi terpilih, masukkan kad ke slot pembaca, sahkan cap jari, kemudian pilih menu seperti semak baki, cetak penyata atau daftar i-Akaun. Inilah cara semak simpanan KWSP tanpa perlu beratur di kaunter walaupun anda belum aktifkan akaun atas talian.

Setiap bulan, gaji pekerja sektor swasta dipotong untuk caruman KWSP. Tetapi ramai yang tak pasti berapa jumlah terkumpul dalam akaun mereka. Kalau anda belum daftar i-Akaun, kiosk KWSP ialah jalan paling mudah untuk semak baki dan cetak penyata simpanan.

Apa itu kiosk KWSP?

Kiosk KWSP ialah mesin layan diri yang nama rasminya Self-Service Terminal (SST). Bentuknya seperti mesin ATM, dan KWSP letakkan di cawangan, Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta beberapa lokasi strategik lain. Sebelum ada SST, ahli terpaksa pergi ke kaunter cawangan dan beratur lama hanya untuk cetak penyata. Sekarang anda boleh urus sendiri dalam beberapa minit.

Cara menggunakan mesin kiosk KWSP

Pastikan anda bawa MyKad sebelum pergi. SST sahkan identiti melalui MyKad dan cap jari, jadi anda tak perlu ingat kata laluan atau nombor ahli. Langkah-langkahnya:
  1. Sentuh skrin dan pilih bahasa
  2. Masukkan MyKad ke slot pembaca kad pada mesin
  3. Letakkan ibu jari pada pengimbas cap jari untuk pengesahan identiti
  4. Selepas pengesahan berjaya, pilih perkhidmatan yang anda mahu, contohnya cetak penyata, semak baki atau daftar i-Akaun KWSP
  5. Untuk cetak penyata, pilih ‘Cetak Penyata’ dan mesin akan keluarkan salinan
  6. Ambil semula MyKad anda sebelum beredar
 

Fungsi lain mesin kiosk KWSP

Selain cetak penyata, SST boleh buat beberapa urusan lain tanpa perlu ke kaunter:
  1. Semak baki simpanan dan transaksi caruman terkini
  2. Daftar dan aktifkan i-Akaun untuk semakan atas talian
  3. Aktifkan kod TAC dan kemas kini nombor telefon berdaftar
  4. Daftar caruman sukarela i-Saraan dan i-Suri
  5. Semak kelayakan dan mohon pengeluaran tertentu
  6. Kemas kini maklumat peribadi seperti alamat surat-menyurat
Selepas penstrukturan semula akaun pada 11 Mei 2024, simpanan KWSP dibahagi kepada tiga akaun, iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%) dan Akaun Fleksibel (10%). Penyata yang anda cetak di SST akan tunjukkan baki bagi setiap akaun ini. Untuk semakan lebih terperinci, rujuk panduan cara semak penyata KWSP.

Lokasi kiosk KWSP

SST KWSP ada di seluruh Malaysia. Senarai dan waktu operasi mesin berubah dari semasa ke semasa, jadi cara paling tepat ialah semak pelokasi rasmi KWSP di senarai lokasi kiosk KWSP atau di laman kwsp.gov.my sebelum pergi. Senarai di bawah hanya rujukan; sahkan dahulu sama ada cawangan berhampiran ada SST yang berfungsi.

 

KWSP Alor Gajah

8670-Lot 10 Kompleks Perniagaan Alor Gajah Jalan Besar 78000 Alor Gajah Melaka Fax: 06-5565915

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Alor Setar

Ground, Mezzanine, Level 8 & 9 EPF Building Peladang No. 33, Jalan Sultan Badlishah 05000 Alor Setar Kedah Fax: 04-7311395

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Bahau

No. 4, 5 & 6 Jalan Kiara 1 Pusat Perniagaan Kiara 72100 Bahau Negeri Sembilan Fax: 06-4546349

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Batu Pahat

No. 6 & 8, Jalan Sulaiman 83000 Batu Pahat Johor Fax: 07-4341170

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Bayan Baru

Ground Floor, Level 1 Blok F-2, Lorong Bayan Indah 1 Bay Avenue 11900 Bayan Baru Pulau Pinang Fax: 04-6430455

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Beaufort

Lot 1, Ground Floor Bangunan Tabung Haji Jalan Kampung Cina 89807 Beaufort Sabah Fax: 087-224642

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Bintulu

Lot 6 & 7, Jalan Court, 97000 Bintulu Sarawak Fax: 086-312910

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Dungun

Ground Floor & Level 1 Lot PT 15824 (Unit 22) Sura Gate Commercial Centre Jalan Sura Jeti 23000 Dungun Terengganu Fax: 09-8443269

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Gombak

Lot 5, Sunway Batu Caves 68100 Batu Caves Selangor Fax: 03-61850785

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Jasin

JC 538, Jalan Bestari 5 Bandar Jasin Bestari Seksyen 2 77200 Bemban Melaka Fax: 06-5216090

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Jerantut

Ground Floor No. 7, Jalan Inderapura 27000 Jerantut Pahang Fax: 09-2671354

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Jerteh

Ground Floor & Level 1 Lot 226, Jalan Dato Kamaruddin 22000 Jerteh Terengganu Fax: 09-6903198

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Kajang

Ground Floor, Mezzanine, Level 1, 2 & 3 No. 1, Jalan Hentian 3 Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko 43000 Kajang Selangor Fax: 03-87370261

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Kangar

Ground Floor, Podium Block EPF Building, Jalan Bukit Lagi 01000 Kangar Perlis Fax: 04-9767996

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Kemaman

Ground Floor & Level 1 PT 10720 & 10721 Taman Cukai Utama Fasa 4 Jln Kubang Kurus 24000 Kemaman Terengganu Fax: 09-8598435

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Keningau

Beg Berkunci 20 Jalan Masak 89009 Keningau Sabah Fax: 087-337825

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Kepong

No. 1 & 3 Jalan Laman Rimbunan Raya 1 Laman Rimbunan 52100 Kepong, Kuala Lumpur

Fax: 03-61793080

Isnin – Jumaat: 8.30am - 4.30pm

KWSP Klang

Ground Floor & Level 1 Unit B-G-1, North Tower (Tower B) BBT One The Towers Lebuh Batu Nilam 1 Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Fax: 03-33251615 / 03-33251614

Isnin – Jumaat: 8.15AM - 5.15PM

KWSP Kluang

No. 8 & 10, Tingkat Bawah 1 & 2, Jalan Haji Manan 86000 Kluang Johor Fax: 07-7720801

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Kota Bharu

Level 2, 3 & 5 EPF Building Jalan Padang Garong 15000 Kota Bharu Kelantan Fax: 09-7448806

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Kota Kinabalu

Block A, EPF Building Lot 49, Jalan Karamunsing 88598 Kota Kinabalu Sabah Fax: 088-234492

Isnin – Jumaat: 7.30AM - 8.30PM

KWSP Kota Marudu

EPF Building Lot No. 2 Taman WTK Fasa II Jalan Tandek 89100 Kota Marudu Sabah Fax: 088-662845

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Kuala Kangsar

Ground Floor, No. 8B Jalan Raja Chulan 33000 Kuala Kangsar Perak Fax: 05-7762139

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Kuala Krai

Lot PT 5556, Taman Yani 18000 Kuala Krai Kelantan Fax: 09-9665010

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Kuala Selangor

Ground Floor & Level 1 No. 1, Jalan Medan Niaga 6 Medan Niaga 45000 Kuala Selangor Selangor Fax: 03-32898257

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Kudat

Ground Floor, Lot 1, Block G Jalan Mawar, Pekan Tomborungus 89058 Kudat Sabah Fax: 088-622823

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Kulai

No. 259 & 260, Jalan Kenanga 29/8, Indahpura 81000 Kulai Johor Fax: 07-6625924

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Kulim

No. 33 & 34, Persiaran 7 Kulim Avenue, Kulim Hi-Tech Park 09000 Kulim Kedah Fax: 04-4034603

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Labuan

Ground Floor, Lot E004, Financial Park, Jalan Merdeka 87000 Wilayah Persekutuan Labuan Sabah

Fax: 087-424816

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Lahad Datu

EPF Building, MDLD 3330 Lot 65, Kompleks Fajar Jalan Segama 91126 Lahad Datu Sabah Fax: 089-880808

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Langkawi

No. 25 (GF-1), Langkawi City, Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Fax: 04-9663453

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Learning Campus

Persiaran KWSP 43000 Kajang Selangor Fax: 03-89265100

Isnin – Jumaat: 8.15AM - 5.15PM

KWSP Limbang

Lot 1565, Tingkat Bawah Jalan Buangsiol 98700 Limbang Sarawak Fax: 085-210157

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Manjung

No. 260 & 261, Jalan PPMP 3/4 Pusat Perniagaan Manjung Point 3 32040 Seri Manjung Perak Fax: 05-6883133

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Mersing

Lot. No. 2 Level 1 & 2 Bandar Tepian Sungai Jalan Jemaluang 86800 Mersing Johor Fax: 07-7982644

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Miri

Lot 1225, Ground Floor & Level 1 Blok 10, MCLD Centre Point, Jalan Melayu 98008 Miri Sarawak Fax: 085-420086

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Muar

Ground Floor, Level 1, 2 & 3 No. 9, Jalan Petrie 84000 Muar Johor Fax: 06-9538340/8341

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Nilai

D'Nilai Convention Mall No. G-6 & M-6, PT 9946 Jalan BBN 1/3F 71800 Bandar Baru Nilai Negeri Sembilan Fax: 06-7953357

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Parit Buntar

No. 2 & 4, Jalan Wawasan 1 Taman Wawasan Jaya 34200 Parit Buntar Perak Fax: 05-7162421

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Pekan

Ground Floor & Level 1 No. 10, Lorong Peramu Permai 1 Taman Peramu Permai 26600 Pekan Pahang Fax: 09-4264405

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Petaling Jaya Services Counter

PJX-HM Shah Tower Lot A, Ground Level, PJX-HM Shah Tower No. 16A, Persiaran Barat 46050 Petaling Jaya Selangor Fax: 03-79321860

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Puchong

No.19 Jalan Bandar Lapan Belas Pusat Bandar Puchong 47160 Puchong Selangor Fax: 03-80769649

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Raub

798, Jalan Tun Razak 27600 Raub Pahang Fax: 09-3557715

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Rawang

No. 3S-10-G & 3S-10-1 Rawang One Jalan Pintas Rawang 48000 Rawang Selangor Fax: 03-60920054

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Sandakan

Lot 3A & 5, Midtown Plaza Batu 4, Jalan Lintas Utara 90000 Sandakan Sabah Fax: 089-464596

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Sarikei

Ground Floor & Level 1 No. 5, Jalan Nenas 96100 Sarikei Sarawak Fax: 084-656455

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Segamat

No. 5 & 6 Jalan Genuang Perdana Taman Genuang Perdana 85000 Segamat Johor Fax: 07-9437615

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Seri Petaling

No. 2, Jalan Radin Bagus 6 Bandar Baru Seri Petaling 57000 Kuala Lumpur

Fax: 03-90546704

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Shah Alam

Ground Floor, Level 1 & 2 Corporate Tower IDCC Shah Alam Jalan Pahat L 15/L 40200 Shah Alam Selangor Fax: 03-55450236

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Sibu

No. 10-12, Ground Floor & Level 1 Lorong Kampung Datu 5 Jalan Kampung Datu, P.O. Box 1797 96000 Sibu Sarawak Fax: 084-327444

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Sri Aman

Ground Floor Lot 654, Block 3 Daerah Bandar Simanggang Jalan Hospital 95000 Sri Aman Sarawak Fax: 085-325188

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Sungai Petani

Ground Floor & Level 1, Wisma Keladi No. 11A, Jalan Bank 08000 Sungai Petani Kedah Fax: 04-4224200

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Taiping

Ground & Mezzanine Floor Lot 820-822, Jalan Boo Bee 34000 Taiping Perak Fax: 05-8066817

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Tanah Merah

Lot 655 Jalan Hospital 17500 Tanah Merah Kelantan Fax: 09-9553400

Ahad – Khamis: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Tawau

TB 308, Block 35, Kompleks Fajar Jalan Perbandaran 91000 Tawau Sabah Fax: 089-762051

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Teluk Intan

No. 1-3G Jalan 2, Bandar Baru Teluk Intan 36000 Teluk Intan Perak Fax: 05-6210500

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Temerloh

No. 1 Jalan Sudirman Utama 28000 Temerloh Pahang Fax: 09-2964143

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

KWSP Georgetown

Level 3, EPF Tower No. 38, Jalan Sultan Ahmad Shah 10050 Georgetown Pulau Pinang Fax: 04-2288461

Setiap Hari: 8.30AM - 09.00PM

KWSP Ipoh

Ground Floor, Level 5, 6, 7 & 8 EPF Building Jalan Greentown 30450 Ipoh Perak Fax: 05-2430000

Setiap Hari: 8.30AM - 09.00PM

KWSP Jalan Raja Chulan

Ground Floor, Mezzanine & Level 1 Bangunan KWSP Changkat Raja Chulan Off Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur

Fax: 03-20264570

Setiap Hari: 8.30AM - 09.00PM

KWSP Johor Bahru

Level 1 KWSP Building Jalan Dato' Dalam 80000 Johor Bahru Johor Fax: 07-2225284

Setiap Hari: 8.30AM - 09.00PM

KWSP Kuala Lumpur

Ground Floor KWSP Building Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur

Fax: 03-26941391

Setiap Hari: 8.30AM - 09.00PM

KWSP Kuala Terengganu

EPF Building Jalan Kemajuan Padang Hiliran 21100 Kuala Terengganu Terengganu Fax: 09-6228606

Setiap Hari: 8.30AM - 09.00PM

KWSP Kuantan

EPF Building Pahang, Persiaran KWSP, Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan Pahang Fax: 09-5739870

Setiap Hari: 8.30AM - 09.00PM

KWSP Kuching

EPF Building, Jalan Uplands, Beg Berkunci 2089 93598 Kuching Sarawak Fax: 082-427899

Setiap Hari: 8.30AM - 09.00PM

KWSP Melaka

KWSP Building Jalan MITC, Hang Tuah Jaya 75450 Ayer Keroh Melaka Fax: 06-2324560

Setiap Hari: 8.30AM - 09.00PM

KWSP Seberang Jaya

EPF Building Seberang Jaya No. 3009, Off Lebuh Tenggiri 2 Bandar Seberang Jaya 13700 Prai Pulau Pinang Fax: 04-3999945

Setiap Hari: 8.30AM - 09.00PM

KWSP Seremban

No. 1, Jalan Dato' A.S. Dawood 70100 Seremban Negeri Sembilan Fax: 06-7619863

Setiap Hari: 8.30AM - 09.00PM

KWSP Wangsa Maju

No. 32A, Dataran Wangsa Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur

Fax: 03-41435488

Isnin – Jumaat: 8.30AM - 4.30PM

 

Akhir kalam

Anda ada pilihan. Pergi ke kaunter cawangan untuk semak penyata, atau guna kiosk KWSP yang lebih cepat. Bagi yang sudah aktifkan i-Akaun, semakan boleh terus dibuat dari telefon atau komputer tanpa perlu keluar rumah langsung.

Kalau anda lupa nombor ahli, dapatkan semula melalui panduan semak nombor akaun KWSP sebelum guna kiosk. Semoga panduan cara menggunakan kiosk KWSP ini membantu.