What's Hot

    Jadual pinjaman peribadi Maybank merupakan satu jadual yang sangat penting. Sebelum sign agreement untuk buat personal loan Maybank, ada baiknya anda semak dahulu jadual pinjaman peribadi Maybank yang terkini. Setidak-tidaknya, dengan merujuk kepada repayment table Maybank ini, anda dapat gambaran berapa banyak perlu buat bayaran balik untuk setiap bulan.

    Tak perlu susah-susah pergi laman web https://www.maybank2u.com.my semata-mata nak check repayment schedule. Kami sudah siap-siap letak Maybank punya personal loan table di sini untuk rujukan pembayaran anda.

    Jadual Pembiayaan Peribadi Maybank (Islamik)

    Di bawah ini ialah jadual pembayaran balik pinjaman peribadi Maybank yang patuh syariah. Kalau tidak nampak dengan jelas, sila klik gambar untuk resolusi yang lebih besar.

    Jadual Pembiayaan Peribadi Maybank (Islamik)
    Jadual Pinjaman Peribadi Maybank 2023 (Bayaran Balik) 1

    [su_table]

    JENIS DOWNLOAD
    Islamik Jadual Pembiayaan Maybank Islamic Personal Financing-i

    [/su_table]

    Jika anda berminat dan rasa mampu untuk bayar balik, boleh terus pembiayaan peribadi Maybank yang patuh syariah ini.

    SEMAK KELAYAKAN →

     

    Jadual Pinjaman Peribadi Maybank (Konvensional)

    Di bawah ini ialah jadual pembayaran balik pinjaman peribadi Maybank konvensional. Kalau tidak boleh lihat dengan jelas, sila klik gambar untuk resolusi yang lebih besar.

    Jadual Pinjaman Peribadi Maybank (Konvensional)
    Jadual Pinjaman Peribadi Maybank 2023 (Bayaran Balik) 2

    [su_table]

    JENIS DOWNLOAD
    Konvensional Jadual Pinjaman Maybank Personal Loan

    [/su_table]

    Jika komitmen bulanan anda tidak banyak dan masih lagi mampu untuk buat bayar balik, boleh terus pinjaman peribadi Maybank konvensional ini.

    SEMAK KELAYAKAN →

     

    Adakah Ini Jadual Pembayaran Balik Pinjaman Maybank Terkini?

    Kami berusaha sedaya upaya untuk mengemaskini artikel ini berdasarkan jadual pinjaman peribadi yang palint latest yang ada di laman web rasmi Maybank.

    Walau bagaimanapun, ada kemungkinan Maybank punya personal loan repayment table yang dikongsikan di atas sudah berubah dan kami tidak cakna.

    Sekiranya ini berlaku, boleh rujuk pautan di bawah ini:

    [su_table]

    JENIS PINJAMAN
    Islamik Maybank Islamic Personal Financing-i
    Konvensional Maybank Personal Loan

    [/su_table]

    Sila buat carian dengan kata kunci “jadual bayaran balik” ataupun “repayment table“.

    Selalunya, jadual pembayaran balik ini adalah dalam format PDF.

    Kalau masih belum mohon, boleh download dan buat penilaian sendiri sebelum isi borang permohonan pinjaman Maybank.

    Kalau sudah mohon dan lulus pinjaman peribadi Maybank, boleh gunakan untuk semak baki pinjaman peribadi Maybank online dan ketepikan amaun bayaran yang dikehendaki siap-siap selepas dapat gaji bulanan untuk bayar komitmen ini.

     

    Contoh Pengiraan Bayaran Balik Pinjaman Peribadi Maybank

    Apa yang kami tulis di bawah ini hanyalah sekadar penjelasan berkenaan kadar faedah pinjaman peribadi yang mudah faham.

    Katakan anda buat personal loan Maybank sebanyak RM5,000.

    Anda bercadang nak bayar semula dalam tempoh 2 tahun, iaitu 24 bulan.

    Katakan kadar faedah pinjaman peribadi Maybank ialah 8%.

    Secara asasnya, cara kira ialah [ (RM5,000 x 2 x 8%) + RM5,000 ] / 24

    Jadi, bayaran bulanan bagi pinjaman peribadi Maybank ini ialah RM241.67

     

    Senario #1: Berbaloi ke Pinjam Maybank RM5,000 Dalam Tempoh 2 Tahun?

    Ini senario pertama.

    Kalau buat pinjaman RM5,000 dalam masa 2 tahun, bayaran bulanan ialah RM241.67.

    2 tahun itu sama dengan 24 bulan.

    Nampak bayaran balik tersebut agak tinggi.

    Tapi, kalau kita kira RM241.67 x 24, jawapannya ialah RM5800.08

    Pinjam RM5000 dengan Maybank, kena bayar RM5800.08

    Kita kena bayar interest RM800 pada Maybank sepanjang tempoh pinjaman.

    Nampak macam tak banyak sangat kan?

     

    Senario #2: Berbaloi ke Pinjam Maybank RM5,000 Dalam Tempoh 6 Tahun?

    Ini senario kedua.

    Kalau buat pinjaman RM5,000 dalam masa 6 tahun, bayaran bulanan ialah RM102.78.

    6 tahun itu sama dengan 72 bulan.

    Nampak bayaran balik tersebut sangat rendah kan?

    Tapi, kalau kita kira RM102.78 x 72, jawapannya ialah RM7400.16

    Pinjaman RM5000, kena bayar RM7400.16

    Kita kena bayar interest RM2,400.16 sepanjang tempoh pinjaman.

    Gila tinggi kan?

     

    Kalau Ikut Personal Loan Repayment Table Maybank Tadi, Apa Pilihan Terbaik?

    Soalan ini sangat sukar untuk dijawab.

    Kami hanya mampu berikan 2 senario sahaja.

    Ada banyak lagi kombinasi yang anda boleh cuba.

    Jadi, jawapan paling selamat ialah jangan pinjam lama-lama.

    Itu sahaja.

    Kenapa?

    Lagi lama kita pinjam, lagi banyak kena bayar.

    Kalau ada pilihan 1 tahun, pilihlah 1 tahun.

    Kalau tak dapat 1 tahun, cuba pilih 2 tahun.

    Jangan lama-lama sangat.

    Nanti terjerat.

    Pinjaman dalam tempoh masa yang lama boleh menjadi tidak berguna kerana ia boleh meningkatkan kos pinjaman anda.

    Biasanya, pinjaman dengan tempoh masa yang lebih lama akan mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi, yang boleh meningkatkan jumlah bayaran bulanan yang perlu anda buat.

    Jika anda tidak dapat membayar pinjaman peribadi Maybank anda, anda mungkin akan berhadapan dengan kesulitan kewangan yang serius.

    Kalau rasa tak layak, jangan pinjam.

    Sila semak kelayakan pinjaman peribadi Maybank terlebih dahulu sebelum tambah komitmen bulanan yang baru.

     

    Kenapa Perlu Buat Bayaran Balik Hutang Maybank Mengikut Masa?

    Mudah sahaja.

    Membayar hutang merupakan suatu kewajiban yang harus dilakukan oleh seseorang yang telah meminjam wang dari Maybank atau apa-apa sahaja institusi kewangan yang bermurah hati memberi pinjaman pada anda.

    Sekiranya anda tidak membayar hutang anda, anda bakal mengalami masalah kewangan yang lebih serius.

    Ini termasuk denda, bunga yang tinggi dan yang palin teruk, anda mungkin kehilangan aset anda.

    Selain itu, jika anda tidak membuat pembayaran balik pinjaman Maybank anda dalam tempoh yang dipersetujui, ini dapat mempengaruhi skor kredit anda.

    Ya, ramai yang tidak ambil peduli dengan skor kredit.

    Jika skor kredit tidak cantik, anda akan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman di masa depan.

    Jadi, membayar balik hutang adalah penting supaya status kewangan anda tetap dalam keadaan baik.

    Nak buat pinjaman yang lain dengan Maybank pun mudah.

     

    Apa Kepentingan Untuk Rujuk Jadual Bayaran Balik Pinjaman Maybank?

    Mengatur jadual pembayaran balik pinjaman peribadi Maybank adalah satu cara yang berguna untuk membantu anda membayar hutang Anda secara efektif dan tepat pada waktunya.

    Ini dapat membantu anda untuk:

    • Buat anggaran kewangan anda setiap bulan. Dengan adanya jadual pembayaran, anda dapat melihat secara jelas berapa komitmen bulanan anda dan berapa banyak wang yang harus dikeluarkan setiap bulan. Mudah untuk asingkan siap-siap amaun yang perlu dibayar secara tepat.
    • Bantu bayar hutang anda tepat waktu setiap bulan. Dengan adanya jadual pembayaran balik ini, anda akan tahu bila anda harus membayar hutang. Ini dapat mengelakkan anda terlambat bayar dan dikenakan denda atau bunga yang tinggi.
    • Peringatan supaya tidak berhutang lagi dengan mana-mana bank. Dengan mengikuti jadual bayaran balik ini, anda dapat memastikan bahawa anda tidak akan meminjam lebih banyak wang daripada yang mampu anda bayar.
    • Mengurangkan stress dan kerisauan atas hutang. Dengan merujuk jadual bayaran balik Maybank ini, anda akan rasa hidup lebih tersusun dalam menguruskan kewangan. Jika hal kewangan dikendalikan dengan baik, pasti hidup lebih tenang.

     

    Apa Akan Jadi Kalau Tak Bayar Hutang Personal Loan Maybank?

    Seperti yang diberitahu tadi, kalau anda tidak membayar hutang, anda sengaja menempah masalah kerana anda bakal mengalami masalah kewangan yang serius.

    Pemberi pinjaman seperti Maybank ini boleh mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut bayaran balik.

    Jangan lupa, denda dan kos tambahan mungkin dikenakan oleh pihak Maybank.

    Ini juga boleh merosakkan reputasi kredit anda, menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman di masa hadapan.

    Oleh itu, adalah penting untuk membayar hutang anda dengan tepat pada masanya.

    Jika anda menghadapi masalah kewangan yang menyukarkan anda untuk membayar hutang, beritahu pihak Maybank secepat mungkin dan carilah bantuan untuk menyelesaikan masalah ini.

     

    Perlu Maklumat Lanjut Tentang Bayaran Balik Pinjaman Maybank?

    Ya, kami faham, apa yang kami tulis di sini mungkin tidak cukup lengkap.

    Kami bukan orang Maybank.

    Jadi, ada maklumat yang kami tidak tahu.

    Untuk maklumat yang lebih terperinci, ada baiknya anda hubungi sendiri pihak Maybank.

     

     

    Akhir kata

    Bayaran balik pinjaman peribadi Maybank merupakan tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan.

    Membuat bayaran komitmen bulanan tepat pada masanya adalah sangat penting.

    Ini bertujuan untuk memastikan anda dapat mengekalkan kelayakan untuk meminjam wang di masa akan datang.

    Dalam masa yang sama, skor kredit anda tetap terjaga.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply