Nombor akaun TNB 12 digit tertera di bahagian atas bil fizikal anda (di bawah "No. Akaun"), dan boleh disemak secara online melalui portal myTNB, aplikasi myTNB, atau Express Payment tanpa perlu daftar akaun.
Untuk pembayaran bil elektrik secara online menggunakan FPX mahupun kad kredit, anda mesti siap-sedia dengan nombor akaun TNB. Anda perlu semak bil TNB 12 digit yang baru, bukan 14 digit.
Nombor akaun atau bil TNB dengan 14 digit adalah yang lama dan tidak boleh digunapakai untuk pembayaran bil elektrik secara online. Jadi, macam mana nak semak bil TNB 12 digit?
Secara ringkas, ada beberapa cara untuk semak nombor bil TNB 12-digit, termasuk secara offline dan online. Panduan penuh untuk semak bil TNB, daftar akaun myTNB dan bayar bil elektrik ada di bawah.
Macam mana cara semak bil TNB 12 digit yang dihantar ke rumah?
Cara untuk semak bil TNB 12 digit yang dihantar ke rumah ialah dengan melihat helaian bil tersebut. Selalunya, ia akan dimasukkan ke dalam peti surat.
Tidak kisah anda adalah pemilik rumah atau penyewa, anda akan dapat bil TNB setiap bulan.
Sila lihat bil anda di bahagian paling atas yang tertera:
- No. Akaun
- No. Kontrak
- Depost
- No. Invois
No. Akaun itu ialah nombor bil TNB 12 digit anda.
Bagaimana cara semak bil TNB 12-digit di portal myTNB?
Cara untuk buat semakan bil TNB 12-digit secara online adalah lebih mudah melalui portal myTNB.
Untuk check bil TNB, anda boleh menggunakan portal myTNB.
Sila pastikan anda sudah mendaftar di myTNB portal terlebih dahulu.
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web rasmi myTNB di sini: https://www.mytnb.com.my
- Masukkan bahagian Enter Email Address
- Masukkan bahagian Enter Password
- Tekan butang Login
- Jika anda mempunyai beberapa akaun TNB, sila pilih akaun TNB yang dikehendaki
- Lihat dua butang ini yang terletak bersebelahan iaitu View Bill dan Pay Bill
- Klik View Bill
- Bil elektrik terkini anda akan dipaparkan dalam format PDF
- Sila lihat bil anda di bahagian paling atas yang tertera:
- No. Akaun
- No. Kontrak
- Depost
- No. Invois
- No. Akaun itu ialah nombor bil TNB 12 digit anda.
- Selesai
Macam mana nak check TNB bill 12 digit melalui aplikasi myTNB?
Anda juga boleh check bil TNB 12 digit yang baru melalui aplikasi myTNB.
Bagi yang mahir menggunakan telefon bimbit dan Internet, anda boleh gunakan aplikasi myTNB yang boleh dimuatturun secara percuma melalui Google Play, App Store, dan Huawei AppGallery.
- Download dan install aplikasi myTNB
- Buka aplikasi myTNB
- Sila masuk menggunakan username dan password yang telah didaftarkan
- Tekan butang Login
- Anda kini berada di dalam sistem aplikasi myTNB
- Pilih Bahasa Melayu untuk menggunakan aplikasi ini dalam Bahasa Melayu
- Klik Bil di bahagian bawah skrin
- Jika anda mempunyai beberapa akaun TNB, sila pilih akaun TNB yang dikehendaki
- Tekan Lihat Butiran
- Tekan Lihat Bil
- Bil elektrik terkini anda akan dipaparkan dalam format PDF
- Sila lihat bil anda di bahagian paling atas yang tertera:
- No. Akaun
- No. Kontrak
- Depost
- No. Invois
- No. Akaun itu ialah nombor bil TNB 12 digit anda.
- Selesai
Boleh semak bil TNB 12 digit tanpa daftar akaun?
Ya, boleh. TNB menyediakan kemudahan Express Payment yang membolehkan anda semak jumlah bil semasa dan membuat pembayaran tanpa perlu log masuk atau mendaftar akaun myTNB.
Caranya mudah: layari myaccount.mytnb.com.my/payment/quickpay/ dan masukkan nombor akaun TNB 12 digit anda. Jumlah bil terkini akan dipaparkan.
Perlu diingat, pembayaran melalui Express Payment menggunakan kad kredit/debit adalah terhad kepada RM250 sahaja. Untuk jumlah melebihi RM250, anda perlu log masuk ke akaun myTNB.
Apa maklumat yang ada dalam bil TNB 12 digit ini?
Pertama sekali, bil elektrik anda mempunyai beberapa maklumat penting yang perlu anda ketahui.
Nombor akaun anda adalah 12-digit dan setiap akaun yang anda miliki dengan TNB akan mempunyai nombor akaun yang berbeza. Selain itu, terdapat juga deposit keselamatan yang dibayar oleh anda, yang biasanya berdasarkan anggaran penggunaan selama dua bulan.
Selain itu, terdapat juga nombor kontrak yang menunjukkan perjanjian antara pelanggan dan TNB.
Setiap bil mempunyai nombor invois yang berbeza dan pada bahagian Info/Pembayaran Bil, terdapat dua jenis maklumat yang ditunjukkan iaitu Terima Kasih kerana membayar dalam tempoh 30 hari atau Bayaran Tertunggak dengan notis pemotongan yang akan diberikan.
Butiran pelanggan juga akan termasuk dalam bil, seperti nama dan alamat yang diberikan oleh TNB sebagai tempat perkhidmatan.
Bil juga akan menunjukkan jumlah bayaran semasa dan tarikh bayaran terakhir yang dijangka. Selain itu, terdapat juga perincian tentang jumlah caj yang perlu dibayar, termasuk caj lewat dan deposit tambahan.
Di bahagian sebelumnya, terdapat maklumat tentang jumlah bil sebelumnya dan pembayaran terakhir yang dibuat.
Selain itu, terdapat juga jenis pembacaan meter yang digunakan iaitu pembacaan sebenar, anggaran keseluruhan berdasarkan penggunaan bulan lepas dan pembacaan anggaran yang tidak diambil kerana tidak dapat diakses oleh TNB.
Dengan memahami maklumat dalam bil elektrik anda, anda dapat menguruskan kewangan anda dengan lebih berkesan dan mengelakkan dari kelewatan pembayaran atau kelewatan dalam penggunaan elektrik.
Cara daftar akaun myTNB
Untuk melihat bil penuh, sejarah bacaan meter dan rekod pembayaran, anda perlu ada akaun myTNB. Pendaftaran boleh dibuat melalui portal atau aplikasi dengan memasukkan maklumat peribadi serta nombor akaun TNB 12 digit anda.
Setelah berjaya mendaftar, anda boleh menambah lebih daripada satu akaun elektrik, log masuk dengan ID pengguna dan kata laluan, dan mula menguruskan bil anda.
Beza aplikasi myTNB dan portal myTNB
Aplikasi myTNB ialah versi mudah alih untuk telefon pintar dan tablet, manakala myTNB Self Service Portal digunakan melalui pelayar internet di komputer. Kedua-duanya menawarkan perkhidmatan yang sama iaitu semakan bil, pembayaran dan pengurusan akaun.
Melalui aplikasi, anda juga boleh memantau penggunaan elektrik bulanan, melihat sejarah pembayaran, dan memuat turun bil dalam bentuk dokumen digital untuk simpanan rekod.
Bayar bil TNB selepas semak
Setelah anda dapat nombor akaun 12 digit dan tahu jumlah bil semasa, ada beberapa saluran untuk bayar bil elektrik:
- Portal atau aplikasi myTNB melalui FPX atau kad kredit, selepas log masuk.
- Express Payment di myaccount.mytnb.com.my/payment/quickpay/ tanpa perlu log masuk. Masukkan nombor akaun 12 digit sahaja.
- Perbankan internet seperti Maybank2u atau CIMB Clicks, di bahagian pembayaran bil.
- JomPAY melalui mana-mana perbankan internet. Rujuk biller code TNB untuk JomPAY.
Nombor akaun 12 digit inilah yang perlu dimasukkan sebagai rujukan di semua saluran di atas. Nombor 14 digit yang lama tidak akan diterima.
Hubungi TNB jika bil bermasalah
Jika bil tidak dipaparkan, jumlah nampak tidak betul, atau anda tidak dapat log masuk:
- TNB Careline 1300-88-5454 untuk pertanyaan bil dan akaun.
- Talian gangguan bekalan 15454 jika bekalan elektrik terputus.
Bagi masalah menambah akaun elektrik dalam perbankan internet, hubungi pihak bank anda, bukan TNB.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian panduan untuk semak bil TNB 12 digit ini akan memudahkan urusan pembayaran bil elektrik anda.
Bagi mana-mana pengguna yang mempunyai masalah untuk menambah bil elektrik ini dalam perbankan Internet, sila hubungi pihak bank untuk maklumat lanjut.
Untuk bil utiliti yang lain seperti bil air, boleh rujuk cara semak nombor akaun bil Air Selangor pula.
Semoga dipermudahkan segala urusan.