What's Hot

    Sebelum ini, anda mungkin hanya menyimpan duit di bank atau Tabung Haji. Tapi, seronok pula bila dengar orang lain dapat dividen ASB. Jangan bimbang, anda juga boleh. Jadi, izinkan kami kongsikan cara buka akaun ASB di mana-mana kaunter ASNB yang berhampiran.

    Juga boleh buka akaun ASB di Pejabat Pos, kaunter bank terpilih seperti Maybank dan CIMB, serta tidak lupa, menggunakan MyASNB online.

    Sedikit tentang pelaburan ASB

    Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain bagi mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen.

    Antara kepentingan pelaburan adalah untuk mencapai matlamat kewangan, mengatasi inflasi dan menambah pendapatan. Untuk membuat pelaburan, anda perlu tahu dan faham tentang perkara asas seperti cara jual beli, kiraan unit, caj-caj terlibat, modal yang diperlukan, cara memilih kauter terbaik, analisa fundamental, analisa teknikal dan sebagainya. Dalam membuat pelaburan, jangan sekali-kali mengikut orang lain.

    Dalam Malaysia, salah satu instrument pelaburan yang terbaik ialah Amanah Saham Bumiputera atau ASB. Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan sebuah unit amanah yang dikendalikan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

    ASB merupakan satu unit amanah yang dikhususkan untuk bumiputera sahaja. Untuk golongan bukan bumiputera, anda tidak dibenarkan untuk menyertai unit amanah ini, tetapi anda boleh memilih produk-produk ASNB yang lain. J

    ika anda berpuas hati dengan dividen sebanyak 8% setahun, Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah tempat terbaik untuk anda melabur.

    Jadi, bagaimana cara daftar ASB?

    Mudah sahaja.

    Benarkah ada cara daftar ASB online melalui portal myASNB?

    Setakat ini, ASNB masih belum mengumumkan penggunaan portal myASNB ataupun aplikasi myASNB untuk membuka akaun ASB yang baru secara online.

    Namun, anda masih boleh daftar myASNB selepas buka akaun di cawangan ASNB, Pejabat Pos dan bank-bank terpilih. Sila rujuk panduan di bahagian seterusnya.

    Fungsi portal myASNB

    Fungsi portal myASNB ini adalah terhad kepada pemeriksaan baki akaun ASB anda, ataupun untuk membuat transaksi lain seperti menambah duit pelaburan.

    Secara ringkasnya, anda boleh mendaftar akaun di portal myASNB dengan syarat sudah bukan akaun ASB terlebih dahulu di cawangan ASNB, Pejabat Pos atau mana-mana bank terpilih.

    Akan tetapi, tidak mustahil pada suatu hari nanti, kemudahan ini akan dibekalkan juga kepada pengguna, seiring dengan perkembangan teknologi di Malaysia.

    Jangan risau, teruskan membaca di bahagian bawah ini untuk buka akaun ASB secara manual.

    1. Cara buka akaun ASB di kaunter ASNB

    Pertama sekali, anda perlu mengunjungi mana-mana cawangan ASNB untuk mendapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF). Isi borang ini, kemudian:

    1. Bawa borang ini ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB yang sah seperti di atas. Bawa sekali kad pengenalan anda dan juga jumlah wang yang anda ingin laburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih. Untuk setiap tabung unit amanah, pelaburan permulaan adalah sebanyak RM10 sahaja.
    2. Anda juga perlu fotostat borang ASNB DF ini sebelum anda menghantar ke cawangan atau ejen ASNB. Buat juga salinan untuk kad pengenalan anda.
    3. Ambil nombor giliran anda, dan apabila tiba giliran anda, serahkan borang tersebut, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan. Wang tersebut akan dideposit dan proses pembukaan akaun ASB anda selesai.

    Had pelaburan adalah sebanyak RM200,000 sahaja, bersamaan dengan 200,000 unit. Perkara di atas adalah sekiranya anda ingin membuka akaun ASB anda, iaitu Akaun Dewasa bagi anda yang berumur 18 tahun dan ke atas. Bagi anda yang ingin melabur untuk anak anda yang berumur kurang daripada 18 tahun, anda perlu membuka Akaun Remaja/Bijak. Cara untuk mendaftar akaun Remaja/Bijak pula:

    • Dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di mana-mana cawangan ASNB ataupun ejen ASNB yang sah. Isi borang tersebut, kemudiann buat salinan (fotostat)
    • Sertakan kad pengenalan pemohon yang juga adalah anak anda. Sekiranya anak anda belum mempunyai kad pengenalan, bawa sijil kelahirannya. Dokumen ini perlu disertakan Salinan.
    • Sertakan juga kad pengenalan anda sebagai Penjaga Berdaftar. Buat salinan untuk kad pengenalan anda.
    • Sertakan wang tunai untuk pelaburan permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
    • Ambil nombor giliran, kemudian apabila giliran anda tiba, serahkan borang, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon (anak anda) serta salinan kad pengenalan anda.
    • Lakukan deposit wang tunai pada akaun, dan proses pembukaan akaun ASB untuk anak anda selesai.

    Anda juga boleh mendapatkan borang ini secara online di laman web https://www.asnb.com.my/asnbv2_3services.php#pendaftaran.

     

    2. Cara daftar akaun ASB di Pejabat Pos

    Tahukah anda, bahawa anda juga boleh membuka akaun ASB anda di Pejabat Pos?

    Hal ini kerana pejabat pos di Malaysia merupakan ejen yang sah kepada ASNB. Jadi, anda juga boleh mendapatkan Borang Pendaftaran ASNB DF di mana-mana pejabat pos di seluruh Malaysia.

    Setelah mendapatkan Borang Pendaftaran ini, lakukan langkah-langkah untuk buka akaun ASB seperti di bawah:

    1. Isi Borang Pendaftaran (ASNB DF) tersebut.
    2. Fotostat setiap helaian borang ini, dan buat juga salinan kad pengenalan anda.
    3. Bawa borang ini ke mana-mana pejabat pos yang berdekatan. Bawa sekali kad pengenalan anda dan juga jumlah wang yang anda ingin laburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
    4. Untuk setiap tabung unit amanah, pelaburan permulaan adalah sebanyak RM10 sahaja.
    5. Ambil nombor giliran anda, dan apabila tiba giliran anda, serahkan borang tersebut, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan.
    6. Wang tersebut akan dideposit dan proses pembukaan akaun ASB anda selesai.

    Had pelaburan adalah sebanyak RM200,000 sahaja, bersamaan dengan 200,000 unit.

    Perkara di atas adalah sekiranya anda ingin membuka akaun ASB anda, iaitu Akaun Dewasa bagi anda yang berumur 18 tahun dan ke atas.

    Bagi anda yang ingin melabur untuk anak anda yang berumur kurang daripada 18 tahun, anda perlu membuka Akaun Remaja/Bijak.

    Cara untuk buka akaun ASB Remaja/Bijak pula seperti di bawah:

    • Dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di pejabat pos. Buat juga salinan pada borang tersebut.
    • Sertakan kad pengenalan pemohon yang juga adalah anak anda. Sekiranya anak anda belum mempunyai kad pengenalan, bawa sijil kelahirannya. Dokumen ini perlu disertakan salinan.
    • Sertakan juga kad pengenalan anda sebagai Penjaga Berdaftar. Buat salinan untuk kad pengenalan anda.
    • Sertakan wang tunai untuk pelaburan permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
    • Ambil nombor giliran, kemudian apabila giliran anda tiba, serahkan borang, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon (anak anda) serta salinan kad pengenalan anda.
    • Lakukan deposit wang tunai pada akaun, dan proses pembukaan akaun ASB untuk anak anda selesai.

     

    3. Register ASB, open new account di Maybank

    Anda juga boleh mendapatkan borang ASNB DF di mana-mana bank terpilih yang ada di Malaysia.

    Bank-bank ini juga merupakan ejen yang sah kepada ASNB.  Bank-bank ini ialah:

    • Maybank
    • Maybank Islamic
    • CIMB Bank
    • CIMB Islamic
    • RHB
    • RHB Islamic Bank
    • Alliance Bank
    • Alliance Islamic
    • Affin Bank
    • Bank Muamalat
    • Hong Leong Bank
    • Hong Leong Islamic Bank
    • POS Malaysia
    • Bank Islam
    • Affin Islamic

    Dalam situasi ini, kami kongsikan panduan pendaftaran, iaitu cara daftar akaun ASB di Maybank sahaja. Cara ini sama sahaja dengan bank-bank lain yang disenaraikan seperti di atas.

    1. Pergi ke Maybank atau mana-mana bank yang berdaftar sebagai ejen ASNB seperti yang terkandung dalam senarai di atas.
    2. Dapatkan Borang Pendaftaran ASNB DF.
    3. Anda akan diberi pilihan daripada pihak bank untuk melabur menggunakan simpanan anda sendiri, ataupun membuat pinjaman daripada bank tersebut untuk membuat pelaburan, dengan syarat terdapat pembayaran yang perlu dibuat secara bulanan sekiranya anda memilih untuk membuat pinjaman.
    4. Isi borang tersebut dan buat salinan pada borang tersebut serta salinan untuk kad pengenalan anda.
    5. Bawa borang ini ke bank tersebut.
    6. Bawa sekali kad pengenalan anda dan juga jumlah wang yang anda ingin laburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
    7. Untuk setiap tabung unit amanah, pelaburan permulaan adalah sebanyak RM10 sahaja.
    8. Ambil nombor giliran anda, dan apabila tiba giliran anda, serahkan borang tersebut, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan.
    9. Wang tersebut akan dideposit dan proses pembukaan akaun ASB anda selesai.

    Had pelaburan adalah sebanyak RM200,000 sahaja, bersamaan dengan 200,000 unit.

    Perkara di atas adalah sekiranya anda ingin membuka akaun ASB anda, iaitu Akaun Dewasa bagi anda yang berumur 18 tahun dan ke atas. Bagi anda yang ingin melabur untuk anak anda yang berumur kurang daripada 18 tahun, anda perlu membuka Akaun Remaja/Bijak.

    Cara untuk mendaftar akaun Remaja/Bijak pula:

    • Dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di mana-mana bank yang menjadi ejen ASNB yang sah seperti dalam senarai bank di atas. Isi borang tersebut, kemudian buat salinan (fotostat) pada borang.
    • Sertakan kad pengenalan pemohon yang juga adalah anak anda. Sekiranya anak anda belum mempunyai kad pengenalan, bawa sijil kelahirannya. Dokumen ini perlu disertakan salinan.
    • Sertakan juga kad pengenalan anda sebagai Penjaga Berdaftar. Buat salinan untuk kad pengenalan anda.
    • Sertakan wang tunai untuk pelaburan permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
    • Ambil nombor giliran, kemudian apabila giliran anda tiba, serahkan borang, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon (anak anda) serta salinan kad pengenalan anda.
    • Lakukan deposit wang tunai pada akaun, dan proses pembukaan akaun ASB untuk anak anda selesai.

     

    Akhir kata

    Kesimpulannya, dengan tahap risiko yang rendah, ASB masih relevan sebagai instrumen pelaburan antara yang terbaik di Malaysia.

    Cara buka akaun ASB sudah ada. Kini, terpulang pada anda untuk melabur.

    Bagi anda yang belum mempunyai akaun ASB, disarankan anda membukanya demi masa depan anda dan anak-anak anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    10 Comments

    1. Terbaik.sangat sangat membantu..saya nak tanya..bole ka melabur mnggunakan simpanan sndiri dan membuat pinjaman daripada bank utk pelaburan sekali gus

    2. mohd khaidil bin daud on

      dlm open new account no 7. untuk setiap tabung unit amanah pelaburan permulaan blh tlg jelaskan.. adakah angka kekal 10 atau menaik?

    3. Norhizatul Shima binti mohamed Shima on

      KLU nk buat penama 2 atau satu akaun mcm mna…mak kena ad skali kea,akaun mak,nk tmbh lgi 1 nma Sya….sbb mak dh tua

    4. klau nak daftar akaun bijak/remaja untuk anak saya seramai 6 orang adakah saya perlu mengisi 6 borang pendaftaran?

    Leave A Reply