Sebagai pelajar baru, anda jangan takut untuk belajar daripada kesilapan dan mengambil sebanyak mungkin pengalaman semasa tempoh pembelajaran anda di menara gading. Jadi pada hari ini kita akan membahaskan tentang topik yang paling penting iaitu cara daftar course UiTM bagi para pelajar yang baru sahaja mendaftar bersama Universiti Teknologi Mara.
Pertama sekali, apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu membuka laman web UiTM Student Portal untuk memulakan langkah anda mendaftar courses dan subjek mata pelajaran anda di UiTM.
Anda juga harus memastikan bahawa anda sudah mendaftar bersama UiTM untuk mendapatkan Student ID dan password anda yang akan anda gunakan ketika ingin mendaftar courses anda nanti.
Langkah ini amatlah penting kerana ia menjadi sebagai bahan bukti bahawa anda merupakan salah seorang pelajar UiTM.
Cara daftar course UiTM
Laman web rasmi untuk para pelajar UiTM adalah uitm.edu.my. Anda hanya perlu menaip alamat web tersebut ke dalam browser laman web pada telefon anda atau pada computer riba anda atau pada mana mana gajet yang anda gunakan untuk mendaftar courses anda itu.
- Sila layari direct link untuk laman web rasmi khusus bagi UiTM Student Portal di sini https://istudent.uitm.edu.my
- Setelah anda berjaya akses laman web student portal anda, apa yang anda perlu lakukan adalah klik pada butang pada sebelah kanan atas anda yang tertulis Student Login.
- Anda perlu klik butang tersebut untuk log masuk ke student portal milik anda yang telah anda daftarkan bersama UiTM.
- Untuk log masuk ke student portal anda, anda perlu menggunakan Student ID anda dan isikan pada ruangan Student ID
- Masukkan kata laluan anda pada ruangan password dan klik pada butang Sign-In untuk anda masuk ke portal student anda.
- Cara daftar course UiTM yang seterusnya, setelah anda log masuk ke student portal anda, anda akan boleh melihat semua maklumat tentang anda pada bahagian kiri anda iaitu bahagian Student Information. Antara maklumat yang disediakan tentang anda adalah, Student ID anda, nama penuh anda, dan penasihat (advisor) anda.
- Baiklah, untuk anda mula mendaftar courses anda, apa yang perlu anda lakukan adalah klik pada butang e-Academic System.
- Setelah itu anda akan melihat beberapa pilihan seperti Examination Slip (SMP) dan Course Registration.
- Anda perlu klik butang Course Registration untuk bermula mendaftar courses
- Kemudian anda akan dibawa ke paparan di mana anda dapat melihat maklumat diri pelajar dan status pengajian pelajar.
- Anda perlu klik pada butang Register New Courses untuk meneruskan cara daftar course UiTM.
- Seterusnya anda perlu memilih salah satu course yang tersenarai pada bahagian Main Course.
- Perlu diingatkan bahawa anda hanya perlu memilih satu sahaja dan anda perlu memastikan course yang anda pilih adalah course yang akan anda ambil pada semester anda sekarang.
- Apabila anda sudah memilih course anda, anda perlu memilih kumpulan kelas anda daripada senarai kelas yang tersedia untuk subjek course Ingat anda perlu memilih satu sahaja daripada senarai kelas yang disediakan untuk anda.
- Kemudian anda klik Register Course dan kini anda telah selesai mendaftar satu kod courses anda.
- Langkah seterusnya, anda perlu mengulang langkah sebelum ini untuk kesemua kod courses anda kerana anda perlu mendaftar courses anda secara berasingan untuk memilih kelas yang anda ingin masuk.
- Setelah selesai mendaftar semua kod courses anda, anda perlu menyemak dan memastikan kesemua kod courses anda telah berjaya didaftar dan anda tidak ketinggalan untuk mengisi apa apa courses
- Kemudian anda hanya klik Close & Logout untuk menamatkan sesi course registration anda bersama UiTM.
Akhir kata
Diharapkan agar langkah langkah dan cara daftar course UiTM ini dapat memudahkan lagi proses pendaftaran anda. Bila sudah jadi pelajar UiTM, belajar elok-elok. Jangan main-main. Ini bukan lagi zaman persekolahan.
Sama-sama kita banggakan mak ayah kita. Pada yang masih berkira-kira, baca dulu tentang course yang senang dapat kerja. Mudah nanti untuk masa depan.
Semoga bermanfaat.