Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta ini adalah inisiatif dari MITI dan MIDA. Perlaksanaan ini adalah terpakai untuk semua negeri-negeri di Malaysia. Jadi, jika anda adalah salah satu majikan dan pemain industri pembuatan atau manufacturing, jemput baca cara daftar PIKAS untuk pekerja-pekerja anda.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara daftar dan mohon PIKAS 2021

Berikut ialah cara untuk memohon PIKAS:

  1. Layari laman web rasmi MITI di sini: https://www.miti.gov.my/redir/pikas/registrationform.html
  2. Pilih untuk download samada Form 1 atau Form 2
  3. Lengkapkan maklumat dalam borang yang disediakan dalam format Microsoft Excel
  4. Hantar borang yang sudah dilengkapkan ke email [email protected]
  5. Selesai

 

2. Kenapa majikan perlu daftar PIKAS?

Matlamat utama program kerjasama awam-swasta ini adalah bagi membantu dan memudahkan lagi usaha Kerajaan bagi mempercepatkan vaksinasi untuk rakyat dan mencapai imuniti kelompok (herd immunity).

Dengan cara meningkatkan pengambilan vaksinasi COVID-19 di kalangan tenaga kerja di Malaysia, iaitu warganegara dan bukan warganegara, ini akan dapat mengurangkan bilangan kluster COVID-19 dalam kelompok tempat kerja.

 

3. Sektor apa yang boleh daftar dan mohon PIKAS?

Syarikat dalam subsektor pembuatan kritikal termasuk elektrik dan elektronik, pemprosesan makanan, besi dan keluli, alat perubatan, alat pelindung diri (PPE), minyak dan gas serta produk getah termasuk pembuatan sarung tangan perubatan akan diberikan keutamaan untuk vaksinasi.

 

4. Pendaftaran PIKAS adalah wajib atau sukarela?

Seperti yang dimaklumkan, PIKAS adalah program imunisasi kerjasama awam-swasta yang menyasarkan pekerja- pekerja di sektor pembuatan yang mana MITI telah dilantik sebagai agensi pelaksana program imunisasi tersebut.

Penyertaan syarikat dan pekerja dalam PIKAS adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, alangkah baiknya jika semua pekerja kilang yang terlibat dapat mendaftar untuk kebaikan semua.

 

5. Perlu bayar atau tidak untuk dapatkan vaksin COVID-19 untuk pekerja kilang?

Tidak pelru bayar apa-apa. Vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma oleh Kerajaan di bawah program PIKAS ini.

Jika majikan memilih untuk membuat vaksinasi di premis kilang sendiri, kriteria 1,000 pekerja perlu dipenuhi.

 

6. Kriteria untuk menjalankan vaksinasi dan menubuhkan PPV di kilang sendiri

Syarikat harus mematuhi kriteria-kriteria berikut untuk menubuhkan PPV di kilang (on- site):

Syarikat perlu menyediakan lima (5) stesen utama untuk PPV, iaitu:

  • Pemeriksaan
  • Pendaftaran
  • Perundingan
  • Vaksinasi
  • Pemerhatian.

Syarikat juga perlu memastikan penyediaan perkara-perkara berikut:

  • bilangan pekerja bukan kesihatan yang mencukupi
  • menyediakan komputer dan alat elektronik yang mencukupi untuk semua stesen
  • stor penyimpanan yang sesuai untuk vaksin (jika diperlukan)
  • ambulans
  • pengurusan sisa klinikal
  • keselamatan dan kawalan orang ramai
  • kakitangan untuk pra-saringan dan pendaftaran (Stesen 1 dan 2)
  • perabot (kerusi/meja) dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply