Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi cabaran kos sara hidup. Program ini disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, termasuk isi rumah, individu bujang, dan warga emas yang tiada pasangan.

Semakan status kelayakan dan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kini boleh dilakukan oleh penerima bantuan tersebut. Mereka boleh menyemak status kelayakan STR bermula 29 Ogos 2024 melalui Portal Rasmi STR di pautan bantuantunai.hasil.gov.my. Semakan ini membolehkan penerima mengetahui sama ada mereka layak menerima bantuan tunai sehingga RM650 mengikut kategori kelayakan masing-masing serta tarikh pembayaran yang dijadualkan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Apa Itu STR Fasa 3?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bermaksud salah satu fasa dalam jadual pembayaran bantuan kewangan yang disediakan kepada penerima yang layak di bawah program STR. Program ini dibahagikan kepada 4 fasa yang bayaran STR akan dikreditkan pada bulan Februari, April, Ogos dan November 2024.

Bagi STR Fasa 3 secara khusus, penerima yang layak akan menerima pembayaran berdasarkan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan dengan jadual dan jumlah bayaran yang telah diumumkan.

Tujuan pembahagian 4 fasa ini adalah untuk memastikan bantuan diagihkan secara berperingkat kepada penerima, memudahkan pengurusan kewangan dan memastikan penerima menerima bantuan pada masa yang paling sesuai dengan keperluan mereka.

Bagaimana Cara Login STR Melalui Portal Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.hasil.gov.my?

Log masuk STR merupakan satu proses pengesahan identiti pengguna untuk mengakses portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia adalah langkah keselamatan untuk memastikan hanya pengguna yang sah sahaja dapat membuat semakan pembayaran STR, check status permohonan dan mengemaskini maklumat peribadi dan membuat rayuan.

Semakan STR Fasa 3 Bagi Status Pembayaran Dan Kelulusan Permohonan
Pemohon Perlu Login STR Untuk Buat Semakan Melalui bantuantunai.hasil.gov.my

Untuk login ke portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui bantuantunai.hasil.gov.my, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Masukkan nombor MyKad (12 digit) anda dalam kotak tersebut.
  3. Selepas memasukkan nombor MyKad, klik butang “Log Masuk” yang berwarna biru untuk meneruskan.
  4. Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan.
  5. Selepas memasukkan kata laluan, klik butang “Log Masuk” untuk mengakses akaun MySTR.

Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh klik pada pautan “Terlupa Kata Laluan” untuk menetapkan semula kata laluan anda. Pastikan anda mempunyai akses kepada emel yang didaftarkan untuk menerima kata laluan sementara atau arahan lanjut.

Macam Mana Kalau Lupa Kata Laluan STR?

Lupa kata laluan STR merujuk kepada situasi di mana pemohon atau penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tidak dapat mengingati kata laluan yang diperlukan untuk mengakses akaun MySTR. Masalah ini mungkin timbul apabila pemohon terlupa atau tersilap memasukkan kata laluan semasa cuba log masuk ke akaun mereka.

Semakan STR Fasa 3 Bagi Status Pembayaran Dan Kelulusan Permohonan
Pautan Terlupa Kata Laluan STR Di Laman Semakan MySTR

Jika terlupa kata laluan MySTR, ikuti langkah-langkah berikut untuk menetapkan semula kata laluan MySTR:

  1. Log Masuk ke MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memasukkan nombor MyKad (12 digit).
  2. Klik ‘Terlupa Kata Laluan’.
  3. Nombor MyKad akan dipaparkan di halaman soalan keselamatan.
  4. Tekan butang ‘Semak’.
  5. Masukkan emel yang telah didaftarkan dalam Borang Permohonan STR.
  6. Klik butang ‘Seterusnya’.
  7. Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan. Jika tiada emel, klik butang ‘Seterusnya’.
  8. Frasa keselamatan akan dipaparkan. Pemohon perlu mengisi tiga soalan keselamatan.
  9. Klik butang ‘Seterusnya’.
  10. Isikan kata laluan baharu dan sahkan kata laluan tersebut.
  11. Klik butang ‘Tukar Kata Laluan’ untuk menetapkan kata laluan baharu.
  12. Pilih log masuk dan masukkan nombor MyKad (12 digit) bersama kata laluan yang telah dihantar melalui emel.
  13. Klik butang ‘Log Masuk’.
  14. Setelah berjaya log masuk, klik menu ‘Tukar Kata Laluan’.
  15. Masukkan kata laluan semasa, kata laluan baharu, dan sahkan kata laluan baharu.
  16. Klik butang ‘Tukar’ untuk menyimpan perubahan.
  17. Penukaran kata laluan berjaya akan dipaparkan.

Bolehkah Semak STR Tanpa Login?

Ya, penerima boleh membuat semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tanpa perlu login ke MySTR. Penerima bantuan STR boleh menyemak status pembayaran STR dengan hanya log masuk ke akaun perbankan internet anda dan melihat baki amaun yang dipaparkan.

Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya boleh dilakukan sekiranya pemohon telah melengkapkan proses pendaftaran, permohonan, kemaskini, dan mendapat status Lulus. Bagi semakan lain seperti semakan kelulusan, semakan rayuan, dan semakan status pembayaran STR, anda masih perlu log masuk ke portal rasmi STR menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Kenapa Ada Masalah Tidak Boleh Login STR?

Pengguna portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menghadapi masalah semasa proses login disebabkan kesesakan trafik di portal MySTR. Apabila jumlah pengguna serentak tinggi, lalu mengakibatkan kegagalan log masuk. Untuk mengurangkan risiko kegagalan ini, pengguna digalakkan mengakses portal MySTR pada waktu luar puncak, terutamanya pada lewat malam atau awal pagi, apabila beban pelayan adalah minimum.

Isu lain yang lazim ialah kehilangan atau terlupa kata laluan. Sekiranya pengguna terlupa kata laluan, klik pautan “Terlupa Kata Laluan?” dan menjawab soalan keselamatan yang diberikan.

Sesetengah pengguna mungkin berhadapan dengan mesej ralat “ID pengenalan belum didaftarkan”. Ralat ini menunjukkan bahawa ID pengguna tidak wujud dalam pangkalan data sistem, berkemungkinan kerana pengguna belum pernah mendaftar untuk mana-mana bantuan terdahulu seperti Bantuan Keluarga Malaysia atau Bantuan Prihatin Nasional.

Apa Itu MySTR?

MySTR adalah singkatan untuk “My Sumbangan Tunai Rahmah”, iaitu portal rasmi dalam talian yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk pengurusan dan pemantauan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Portal ini membolehkan rakyat Malaysia yang layak membuat permohonan STR, menyemak status permohonan, menyemak status pembayaran, mengemaskini maklumat peribadi dan membuat rayuan.

Bagaimana Cara Buat Semakan STR Untuk Mengetahui Status Pembayaran Dan Kelulusan Permohonan Baru?

Semakan STR merujuk kepada proses menyemak status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah dibuat oleh seseorang individu. Melalui semakan STR, pemohon dapat mengetahui sama ada permohonan baru diluluskan atau ditolak, menyemak jumlah bantuan yang akan diterima, mengesahkan tarikh pembayaran yang dijadualkan dan mengetahui status pembayaran STR yang terkini.

Semakan ini boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan mereka dan mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan untuk mendapatkan status terkini STR.

Berikut ialah langkah-langkah untuk menyemak status STR melalui laman web rasmi MySTR:

  1. Layari laman web MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Masukkan nombor MyKad pemohon dan tekan butang ‘Log Masuk’.
  3. Tekan butang ‘Semak’ dan sahkan kod keselamatan yang tertera untuk pengesahan identiti.
  4. Masukkan kata laluan yang tepat dan tekan butang ‘Log Masuk’ untuk mengakses akaun MySTR anda.

Bagaimana Cara Buat Semakan Permohonan STR?

Untuk membuat semakan permohonan STR, pergi ke menu utama MySTR dan tekan pada ruangan ‘Semakan Permohonan’ untuk melihat status permohonan STR anda. Status permohonan STR akan dipaparkan, menyatakan sama ada permohonan anda telah lulus atau tidak.

Apa Maksud Status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?

Status Permohonan Diterima merujuk kepada permohonan STR yang telah berjaya dihantar dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Pada tahap ini, pemohon masih dibenarkan untuk mengemas kini maklumat permohonan mereka sehingga status permohonan ditukar kepada Dalam Proses.

Apabila status berubah kepada Dalam Proses, ini menandakan bahawa permohonan STR sedang melalui proses verifikasi kelayakan STR 2024 dan tidak lagi boleh dikemas kini.

Apa Maksud Status Lulus?

Status Lulus merujuk kepada permohonan STR yang telah menepati semua syarat kelayakan setelah melalui proses semakan verifikasi yang teliti. Pemohon yang menerima status ini akan layak untuk menerima bantuan STR mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Apa Maksud Status Tidak Lulus?

Status Tidak Lulus pula merujuk kepada permohonan STR yang didapati tidak menepati satu atau lebih syarat kelayakan setelah proses semakan verifikasi dilakukan. Pemohon yang menerima status ini tidak akan menerima bantuan STR bagi tahun 2024.

Kenapa Permohonan STR Tidak Lulus?

Sekiranya permohonan anda mendapat status Tidak Lulus, anda boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 untuk mengenal pasti alasan permohonan anda tidak berjaya dan dokumen sokongan yang diperlukan sekiranya anda ingin membuat Permohonan Rayuan STR.

Permohonan Rayuan STR membolehkan anda mengemukakan maklumat atau dokumen tambahan untuk pertimbangan semula kelayakan anda.

Kenapa Tidak Boleh Kemaskini Permohonan STR Jika Status Dalam Proses?

Jika status permohonan anda telah bertukar kepada Dalam Proses, pemohon tidak lagi dibenarkan untuk mengemas kini maklumat permohonan anda sehingga keputusan muktamad dipaparkan. Ini adalah untuk memastikan proses verifikasi dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang perubahan maklumat yang boleh menjejaskan keputusan.

Apa Maksud Status Permohonan Tidak Layak?

Status Permohonan Tidak Layak merujuk kepada beberapa situasi berbeza yang menyebabkan pemohon tidak layak untuk memohon atau menerima bantuan STR. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan status ini dan langkah seterusnya yang boleh anda ambil, sila hubungi pejabat HASiL yang berdekatan dengan anda.

Apa Maksud Dalam Proses Semakan dalam SARA?

Walaupun permohonan STR ialah Lulus, , status kelulusan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dengan paparan ‘Dalam Proses Semakan’ menunjukkan bahawa kelayakan pemohon untuk menerima SARA masih belum muktamad.

Status ini akan dikemas kini setelah pemakluman rasmi dikeluarkan oleh pihak Kerajaan. Sila bersabar dan pantau status SARA anda dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan terkini.

Bagaimana Cara Buat Semakan Pembayaran STR?

Untuk membuat semakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), log masuk ke portal MySTR, masukkan nombor MyKad pemohon dan sahkan kata kunci keselamatan. Setelah berjaya log masuk, klik pada menu ‘Semakan Pembayaran Fasa 3’.

Maklumat yang akan dipaparkan di dalam MySTR termasuk nama pemohon, nombor MyKad pemohon, status permohonan seperti “Layak Fasa 3 STR,” dan maklumat pembayaran seperti fasa pembayaran, jumlah pembayaran (contohnya RM300), dan status kredit yang mungkin dinyatakan sebagai “Dalam Proses Pengkreditan.”

Bila Tarikh Pembayaran STR?

Tarikh bayaran STR bagi tahun 2024 telah diumumkan secara rasmi dengan bayaran Fasa 1 akan dibayar pada 29 Januari 2024, diikuti oleh Fasa 2 pada 3 April 2024.

Semakan STR Fasa 3 Bagi Status Pembayaran Dan Kelulusan Permohonan
Jadual Pembayaran STR 2024

Seterusnya, pembayaran Fasa 3 dijadualkan pada 29 Ogos 2024, manakala Fasa 4 pula akan dilaksanakan pada bulan November 2024. Walau bagaimanapun, tarikh jadual pembayaran STR ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Bila Tarikh Bayaran STR Fasa 3?

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kepada 8.5 juta penerima sedia dijadualkan pada 29 Ogos 2024. Penerima baharu dan rayuan akan menerima bayaran mereka bermula 18 September 2024. Penerima-penerima ini akan menerima bantuan tunai sehingga RM650 berdasarkan kategori kelayakan masing-masing.

Jadual Bayaran STR

Berikut adalah jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 untuk tahun 2024 berserta penerangan ringkas:

FasaTarikh BayaranPenerangan
Fasa 129 Januari 2024Pembayaran untuk Fasa 1 STR 2024 akan dikreditkan ke akaun penerima yang layak pada 29 Januari 2024.
Fasa 23 April 2024Penerima yang layak akan menerima bayaran Fasa 2 STR 2024 pada 3 April 2024, seperti yang telah dijadualkan.
Fasa 329 Ogos 2024Bayaran untuk Fasa 3 STR 2024 dijadualkan pada 29 Ogos 2024. Tarikh sebenar akan diumumkan kelak.
Fasa 4November 2024Fasa terakhir pembayaran STR 2024 akan dilaksanakan pada bulan November 2024, tertakluk kepada pengumuman.
Jadual Bayaran STR 2024

Jadual di atas menunjukkan pembahagian pembayaran STR 2024 kepada empat fasa utama sepanjang tahun. Fasa 1 dan Fasa 2 mempunyai tarikh yang telah ditetapkan, iaitu masing-masing pada 29 Januari 2024 dan 3 April 2024.

Manakala, bagi Fasa 3 dan Fasa 4, hanya bulan pembayaran sahaja yang diumumkan setakat ini, iaitu 29 Ogos 2024 dan November 2024. Tarikh sebenar bagi kedua-dua fasa ini masih belum dinyatakan dan akan dimaklumkan kepada penerima kelak.

Bila Bayaran STR Fasa 3 Dikreditkan?

Tarikh STR Fasa dikreditkan ke akaun penerima bermula 29 Ogos 2024, namun mungkin berbeza sedikit bergantung kepada bank masing-masing. Walaupun pembayaran akan diproses pada tarikh yang ditetapkan, tempoh pemprosesan dan pengkreditan oleh bank mungkin mengambil masa sehingga 1 hingga 3 hari bekerja.

Kementerian Kewangan turut menyatakan bahawa penerima sedia ada dan penerima baharu serta rayuan yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat.

Penerima disarankan untuk bersabar sekiranya amaun bayaran belum terpapar dalam akaun. Tunggu 1 hingga 3 hari bekerja untuk bank memproses transaksi tersebut.

Adakah Bayaran STR Fasa 3 Diawalkan?

Tidak, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilewatkan ke tarikah 29 Ogos 2024.

Bila Berita Bayaran STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 3 Akan Diumumkan?

Pengumuman rasmi dan berita mengenai tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 3 2024 telah dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Semakan STR Fasa 3 Bagi Status Pembayaran Dan Kelulusan Permohonan
Semakan STR Fasa 3 Bagi Status Pembayaran Dan Kelulusan Permohonan 8
Semakan STR Fasa 3 Bagi Status Pembayaran Dan Kelulusan Permohonan
Semakan STR Fasa 3 Bagi Status Pembayaran Dan Kelulusan Permohonan 9
Semakan STR Fasa 3 Bagi Status Pembayaran Dan Kelulusan Permohonan
Semakan STR Fasa 3 Bagi Status Pembayaran Dan Kelulusan Permohonan 10

Berapa Jumlah Bayaran STR Fasa 3?

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah berbeza mengikut kategori penerima dan kelayakan permohonan seperti isi rumah, warga emas sebatang kara, bujang dan STR Tambahan (SARA).

Bagi kategori isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM2,500, bayaran yang akan diterima adalah RM1,000 untuk isi rumah tanpa anak, RM1,500 untuk isi rumah dengan 1 hingga 2 anak, RM2,000 untuk isi rumah dengan 3 hingga 4 anak, dan RM2,500 untuk isi rumah dengan 5 anak atau lebih.

Bagi kategori isi rumah dengan pendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 pula, bayaran yang akan diterima adalah RM500 untuk isi rumah tanpa anak, RM750 untuk isi rumah dengan 1 hingga 2 anak, RM1,000 untuk isi rumah dengan 3 hingga 4 anak, dan RM1,250 untuk isi rumah dengan 5 anak atau lebih.

Sementara itu, bagi kategori warga emas sebatang kara, jumlah bayaran yang akan diterima adalah RM600. Manakala bagi kategori individu bujang yang berumur bawah 60 tahun, jumlah bayaran adalah RM350.

Selain itu, terdapat juga STR Tambahan (SARA) yang disediakan khusus untuk isi rumah miskin tegar. Mereka akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 (RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan) yang akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Kenapa Duit STR Tak Masuk Lagi?

Jika anda masih belum menerima duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) walaupun semakan status di portal rasmi menunjukkan Dalam Proses Pengkreditan atau Berjaya Kredit, ini adalah berpunca daripada kelewatan pihak bank atau status permohonan Gagal Kredit.

Kelewatan duit STR masuk dalam bank mungkin berpunca daripada proses agihan duit bantuan yang dilakukan mengikut giliran bank. Kerajaan akan mengagihkan dana ke bank-bank terpilih, dan proses ini mengambil masa, terutamanya bagi bank yang mempunyai ramai penerima seperti BSN dan Maybank.

Jika duit STR belum masuk disebabkan status permohonan adalah “Gagal Kredit”, ini bermakna terdapat masalah dengan akaun bank penerima yang mungkin tidak aktif atau nombor akaun yang diberikan tidak betul.

Bagaimana Cara Check Bayaran STR Mengikut Bank?

Untuk menyemak status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut bank, penerima perlu buat semakan melalui perbankan Internet bank-bank di Malaysia seperti Maybank, CIMB Bank, Public Bank, RHB Bank, AmBank, Hong Leong Bank, Affin Bank, Agro Bank, Alliance Bank, Al Rajhi Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank Berhad, Citibank Berhad, HSBC Bank, OCBC Bank, Standard Chartered Bank, dan UOB Bank

Anda juga boleh menghubungi pihak bank secara terus atau menyemak di kaunter ATM untuk mengesahkan penerimaan bayaran.

Apa Maksud Status STR Dalam Proses Pengkreditan?

Status STR “Dalam Proses Pengkreditan” bermaksud bahawa duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda sedang dalam proses untuk dikreditkan terus ke akaun bank pilihan anda. Walaupun proses ini mungkin kedengaran mudah seperti membuat pemindahan segera dari satu akaun ke akaun yang lain, hakikatnya ia memerlukan masa yang lebih lama, terutamanya apabila melibatkan jutaan penerima STR di seluruh negara.

Terdapat pelbagai bank yang terlibat dalam proses pengkreditan terus STR, termasuk Maybank, CIMB Bank, Public Bank, RHB Bank, AmBank, Hong Leong Bank, Affin Bank, Agro Bank, Alliance Bank, Al Rajhi Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank Berhad, Citibank Berhad, HSBC Bank, OCBC Bank, Standard Chartered Bank, dan UOB Bank.

Penerima hanya perlu memastikan bahawa nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR adalah betul dan masih aktif. Sila buat semakan kelulusan serta status bayaran hanya selepas tarikh pembayaran rasmi diumumkan oleh kerajaan.

Bagaimana Kaedah Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Terdapat dua kaedah utama untuk pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima yang layak iaitu pengkreditan terus ke akaun bank penerima dan tuntutan secara tunai di kaunter-kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.

1. Kredit ke Akaun Bank Penerima

Kaedah pembayaran paling utama adalah melalui pengkreditan langsung ke akaun bank penerima atau pasangan mereka. Ini merupakan kaedah yang paling mudah kerana wang bantuan akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan oleh penerima semasa proses permohonan STR.

Walau bagaimanapun, sekiranya penerima tidak memberikan maklumat akaun bank semasa permohonan atau terdapat masalah dengan proses pengkreditan automatik, pembayaran STR boleh dibuat secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Penerima perlu hadir sendiri ke kaunter BSN yang berdekatan dengan dokumen pengenalan diri untuk menuntut bayaran STR secara tunai.

2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah pembayaran tunai di kaunter BSN ini bertujuan untuk memastikan semua penerima yang layak dapat mengakses bantuan STR, walaupun mereka mungkin tidak mempunyai akaun bank atau menghadapi isu teknikal dengan pengkreditan automatik. Ini adalah komitmen kerajaan untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan, tanpa mengira kekangan yang mungkin dihadapi oleh penerima dalam proses pembayaran.

Bagaimana Cara Kemaskini STR (Sumbangan Tunai Rahmah)?

Terdapat dua cara untuk mengemaskini maklumat Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kaedah pertama ialah secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my, di mana pemohon perlu log masuk ke akaun MySTR dan klik pada menu Perubahan Maklumat Asas.

Kaedah kedua pula adalah dengan menghantar Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR yang boleh dimuat turun dari portal rasmi atau diperoleh di Pejabat LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC). Pemohon digalakkan untuk membuat kemas kini secara dalam talian kerana ia lebih mudah, cepat, dan selamat.

Apakah Tujuan Fungsi Kemas Kini Maklumat Permohonan STR?

Pembukaan Skrin Kemas Kini Maklumat Permohonan STR bertujuan untuk membenarkan pemohon yang berstatus Lulus mengemaskini maklumat asas terhad mereka. Antara maklumat yang boleh dikemaskini termasuk No. Telefon Rumah, No. Telefon Bimbit, Alamat Surat Menyurat, Alamat e-Mel, Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan, No. Telefon Pasangan, dan Maklumat Waris.

Bila Boleh Kemaskini Maklumat Permohonan STR?

Tarikh dan tempoh kemas kini maklumat Permohonan STR adalah berbeza-beza mengikut fasa. Ia akan diumumkan dari semasa ke semasa, bergantung kepada keputusan permohonan STR.

Di Mana Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR Boleh Didapati?

Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR boleh didapati melalui dua cara.

  1. Pemohon boleh memuat turun borang tersebut dari Portal Rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Borang juga boleh diperoleh di Pejabat LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Bolehkah Mengemaskini Maklumat Waris Jika Permohonan STR Lulus?

Ya, boleh. Sekiranya permohonan berstatus Lulus dan anda ingin mengemaskini maklumat waris (maklumat asas), anda perlu Log Masuk ke akaun MySTR anda dan klik pada menu Perubahan Maklumat Asas.

Bolehkah Mengemaskini Maklumat Akaun Bank Jika Terlupa Semasa Pendaftara STR?

Ya, anda dibenarkan untuk menambah maklumat akaun bank pemohon atau pasangan jika tiada maklumat akaun bank yang didaftarkan pada borang permohonan STR. Pengemaskinian maklumat akaun bank juga dibenarkan sekiranya bayaran STR fasa terkini tidak dikreditkan ke akaun bank pemohon/pasangan tersebut.

Bolehkah Kemaskini Maklumat Akaun Bank Jika Status Pembayaran Adalah Berjaya Kredit

Tidak, kemas kini maklumat akaun bank penerima tidak dibenarkan sekiranya status bayaran fasa sebelumnya adalah Berjaya Kredit.

Kemas kini maklumat akaun bank pasangan hanya dibenarkan sekiranya status bayaran STR semasa fasa pembayaran sebelumnya adalah Gagal Kredit atau Tunai disebabkan akaun bank tidak aktif.

Bolehkah Kemaskini Maklumat Akaun Bank dan Maklumat Waris Jika Status Bertukar Kepada Kahwin Dalam Permohonan Rayuan Tambahan STR ?

Bagi Permohonan STR yang berstatus Lulus dan telah mengemukakan Permohonan Rayuan Tambahan dengan pertukaran status Bujang kepada Kahwin, maklumat Permohonan STR pemohon tidak boleh dikemaskini pada menu Kemas Kini Maklumat Permohonan.

Bolehkah Kemaskini Maklumat Waris Yang Telah Meninggal Dunia/Uzur/Sakit/Berada di Penjara?

Ya, boleh. Pengemaskinian maklumat waris bagi pemohon yang telah meninggal dunia, uzur, sakit atau berada di penjara perlu dilakukan di Pejabat LHDNM berdekatan. Waris baharu perlu melengkapkan Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan dan menyertakan dokumen-dokumen seperti kad pengenalan (asal) waris, Sijil Kematian (asal/salinan) pemohon dan dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris.

Bil.Hubungan WarisDokumen Pengesahan Pertalian
1.Pasangana. Sijil Perkahwinan; atau
b. Sijil Lahir Anak
2.Ibu/BapaSijil Kelahiran penerima
3.AnakSijil Kelahiran Waris
4.Anak Angkata. Sijil anak angkat yang dikeluarkan oleh JPN; atau
b. Pengesahan Agensi Kerajaan (jika pemohon tidak sijil anak angkat) iaitu: i. Mahkamah; atau ii. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
5.Anak Tiria. Sijil Lahir Waris (anak tiri); dan
b. Sijil Perkahwinan Ibu/Bapa Tiri
6.Adik Beradika. Sijil Kelahiran Penerima; dan
b. Sijil Kelahiran Waris
7.Cucua. Sijil Kelahiran Waris (Cucu); dan
b. Sijil Kelahiran Ibu/Bapa kepada Waris
Dokumen Pembuktian Hubungan Waris

Maklumat waris baharu akan dikemaskini dan diserahkan kepada pihak BSN. Waris tersebut boleh hadir ke BSN untuk tujuan penunaian bayaran STR atau tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) STR.

Siapakah Yang Layak Buat Permohonan Dan Terima Bantuan STR?

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 terdiri daripada beberapa kategori utama. Bagi kategori isi rumah, penerima merangkumi pasangan yang berkahwin, sama ada mempunyai anak atau tidak, serta ibu bapa tunggal, balu, janda, atau duda yang mempunyai anak. Kategori warga emas bujang atau tiada pasangan pula meliputi individu bujang atau ibu bapa tunggal, balu, janda, atau duda yang tiada anak, dengan had umur 60 tahun dan ke atas.

Sementara itu, kategori bujang merangkumi individu bujang, ibu bapa tunggal, balu, janda, atau duda yang tiada anak, dengan had umur 21 hingga 59 tahun, atau bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas, serta bukan pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon STR?

Syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 merangkumi pelbagai kategori pemohon, termasuk isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, dan individu bujang. Secara umumnya, pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan yang tidak melebihi had yang ditetapkan mengikut kategori masing-masing.

Selain itu, faktor-faktor seperti status perkahwinan, umur, dan status pekerjaan atau pendidikan juga diambil kira dalam menentukan kelayakan pemohon untuk menerima bantuan STR. Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan syarat yang melayakkan individu buat permohonan STR:

Isi Rumah

Untuk kategori isi rumah, pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. Pemohon boleh terdiri daripada lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah. Pasangan pemohon pula mestilah sama ada warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS). Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, mereka mestilah memiliki pengenalan selain MyPR atau MyKAS.

Bagi anak-anak dalam isi rumah, hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja. Anak-anak ini mestilah warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja. Mereka juga mestilah tidak bekerja atau tiada punca pendapatan dan berumur 18 tahun dan ke bawah, atau 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Bagi kategori warga emas bujang atau tiada pasangan, pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. Mereka mestilah bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah serta berumur 60 tahun dan ke atas.

Bujang

Untuk kategori bujang, pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. Mereka mestilah bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah serta berumur 21 tahun hingga 59 tahun. Bagi Orang Kurang Upaya (OKU), had umur adalah 19 tahun hingga 59 tahun. Pemohon juga mestilah bukan pelajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS.

Apakah Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Mohon STR?

Untuk memohon STR, beberapa dokumen sokongan perlu dikemukakan oleh pemohon seperti salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN, salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN atau JPN, atau salinan Sijil Dekri Nisi/Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.

Bagi pasangan pemohon pula, dokumen sokongan yang diperlukan adalah salinan pengenalan pasangan seperti MyKad, MyPR, atau MyKAS. Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, salinan pasport, Visa, UNHCR, Pas Sempadan, Sijil lahir, atau KP lama perlu dikemukakan.

Untuk anak-anak pemohon, dokumen sokongan berbeza mengikut status anak tersebut. Bagi anak kandung, salinan MyKad atau MyKID dan salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN diperlukan. Manakala bagi anak angkat, salinan MyKad atau MyKID dan salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN perlu disertakan.

Adakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Mempunyai Aplikasi di Google Play Store?

Ya, terdapat aplikasi rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang boleh dimuat turun dari Google Play Store. Aplikasi ini menyediakan kemudahan kepada pemohon untuk membuat permohonan, mengemaskini maklumat, menyemak status permohonan dan menyemak status pembayaran secara dalam talian.

Semakan STR Fasa 3 Bagi Status Pembayaran Dan Kelulusan Permohonan
Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Boleh Dimuat Turun Melalui Google Play Store

Aplikasi STR direka untuk memudahkan pengurusan permohonan STR bagi pelbagai kategori pemohon, termasuk Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan, dan Bujang. Dengan menggunakan aplikasi ini, pemohon boleh mengakses dan menguruskan maklumat permohonan mereka dengan lebih cekap dan mudah, tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada portal web MySTR.

Adakah Aplikasi STR Tersedia Untuk Pengguna iOS Yang Menggunakan iPhone?

Tidak, aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah tidak tersedia untuk pengguna peranti iOS dan ditawarkan di App Store. Namun begitu, pengguna iOS masih boleh mengakses portal rasmi MySTR melalui pelayar web di peranti mereka untuk menguruskan permohonan dan mendapatkan maklumat berkaitan STR. Aplikasi ini hanya tersedia untuk pengguna peranti Android melalui Google Play Store sahaja.

Adakah STR Inisiatif e-Government?

Ya, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dianggap sebagai sebahagian daripada inisiatif eGovernment kerana ia melibatkan penggunaan teknologi dan platform digital dalam pengurusan, pemprosesan, dan pengagihan bantuan kewangan kepada rakyat. Portal dalam talian seperti MySTR di bantuantunai.hasil.gov.my membolehkan penerima mengakses maklumat, membuat permohonan bantuan, dan menyemak status permohonan mereka dengan mudah dan cekap.

Adakah STR Memudahkan Komunikasi Di Antara Kerajaan dan Rakyat?

Ya, penggunaan sistem digital melalui portal MySTR memudahkan komunikasi antara kerajaan dan rakyat, dan meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam proses pengagihan bantuan. Inisiatif seperti ini merupakan contoh bagaimana teknologi digital dimanfaatkan untuk menambah baik perkhidmatan awam dan mengeratkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat dalam konteks e-Government.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

1 Comment

Leave A Reply