Cara paling mudah untuk dapatkan penyata Bank Islam ialah melalui aplikasi BIMB Mobile atau laman BIMB Web (web.bimb.com), dan anda boleh muat turun e-statement dalam format PDF terus ke peranti tanpa perlu ke cawangan.
Kami faham, ada beberapa sebab anda perlu dapatkan statement Bank Islam. Antaranya ialah untuk memohon pinjaman kereta ataupun rumah dan anda perlu buktikan pendapatan atau gaji masuk setiap bulan.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara terkini untuk dapatkan penyata Bank Islam supaya anda tidak membuang masa lama menunggu.
Cara dapatkan penyata Bank Islam melalui BIMB Mobile
Sejak 28 Jun 2025, laman web bankislam.biz dan aplikasi GO by Bank Islam telah ditamatkan sepenuhnya. Platform baharu yang menggantikannya ialah BIMB Mobile (aplikasi) dan BIMB Web (laman web di web.bimb.com).Berikut adalah cara muat turun e-statement melalui aplikasi BIMB Mobile:
- Muat turun aplikasi BIMB Mobile daripada App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery
- Log masuk menggunakan User ID dan Password perbankan internet anda
- Pilih akaun yang ingin anda lihat penyatanya
- Ketik tiga titik di penjuru skrin
- Pilih View or Download E-Statement
- Pilih tahun dan bulan yang dikehendaki
- Ketik tiga titik di sudut kanan atas, kemudian pilih Download
- Fail PDF penyata anda akan tersimpan ke dalam peranti
Cara dapatkan penyata Bank Islam melalui BIMB Web
Jika anda lebih selesa menggunakan komputer, anda boleh log masuk ke laman perbankan internet baharu Bank Islam di web.bimb.com.Sekiranya anda belum mempunyai akaun berdaftar, sila daftar dahulu di vao.bankislam.com.my.
- Lawati https://web.bimb.com
- Log masuk menggunakan User ID dan Password
- Pilih akaun anda dan cari bahagian E-Statement
- Pilih tempoh penyata yang dikehendaki
- Klik Download untuk muat turun dalam format PDF
Cara dapatkan penyata Bank Islam melalui ATM
Statement di ATM adalah statement mini sahaja. Anda boleh cetak untuk rujukan sendiri. Ia tidak boleh digunakan untuk submit apa-apa permohonan kerana ia bukan yang rasmi.Berikut ialah cara untuk mendapatkan dan cetak penyata Bank Islam anda menggunakan ATM:
- Hadirkan diri ke mana-mana ATM Bank Islam terdekat
- Masukkan kad ATM Bank Islam anda
- Masukkan PIN ATM anda
- Pilih Bank Islam
- Pilih Khidmat Penyata
- Pilih Penyata Mini
- Pilih Cetak
- Ambil resit yang keluar untuk melihat penyata mini Bank Islam
Apa lagi kegunaan statement bank Bank Islam?
Tidak semua orang sedar bahawa penyata bank adalah satu cebisan atau dokumen yang penting dalam menguruskan kewangan harian.Selain digunakan untuk apply loan, antara kegunaan penyata akaun Bank Islam adalah seperti berikut:
- Anda boleh lihat dan semak laporan mengenai dana wang masuk dan keluar dari akaun anda dalam tempoh masa tertentu seperti daripada bulan Januari hingga Disember
- Anda boleh mengawal aktiviti akaun anda daripada disalahgunakan tanpa pengetahuan anda
- Jika anda seorang usahawan, penyata bank ini mampu memudahkan urusan perniagaan anda untuk memeriksa sebarang pemindahan wang masuk daripada pengguna
- Ini dapat mengelakkan sebarang penipuan atau pun aktiviti yang mencurigakan daripada scammer
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara untuk dapatkan penyata Bank Islam ini akan memudahkan urusan perbankan anda.Sila simpan salinan statement Bank Islam anda baik-baik kerana ia boleh digunakan untuk permohonan-permohonan lain jika ada. Apa-apa pun, semoga urusan permohonan pinjaman anda dipermudahkan.
Semoga bermanfaat.