Jika anda ibu bapa dan mahu semak markah ujian anak melalui SAPSNKRA, jemput baca cara login SAPS Ibu Bapa terlebih dahulu. Perlu diingatkan bahawa cara login ini adalah tidak sama dengan SAPS guru. keran

Sedikit mengenai sistem SAPS online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, sistem ini dibangunkan bagi mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Melalui SAPS, ibu bapa kini boleh membuat semakan keputusan peperiksaan terkini anak-anak, sama ada pelajar sekolah rendah mahupun yang menengah secara atas talian (online).

Antara objektif sistem ini adalah untuk mengurangkan masalah permintaan data peperiksaan sekolah. Selain itu, SAPS juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak yang berkenaan melalui analisis TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).

Semakan markah ujian online

Anda mungkin sudah peka dan faham dengan situasi yang anda akan hadapi apabila musim peperiksaan anak-anak tiba. Apabila keputusan peperiksaan keluar, pasti ibu bapa perlu datang ke sekolah untuk mengetahui keputusan tersebut, di samping mengetahui prestasi anak-anak di sekolah.

Tetapi, bukan semua ibu bapa mampu untuk meluangkan masa pergi ke sekolah semata-mata untuk mengambil buku laporan prestasi anak-anak ataupun yang biasa kita panggil, report card. Masing-masing sibuk dengan bekerja, tapi dalam masa yang sama masih ingin tahu prestasi anak-anak dalam akademik.

Selain itu, kebanyakan anak juga gemar merahsiakan keputusan peperiksaan daripada pengetahuan ibu bapa, biasanya kerana takut dimarahi. Ada juga yang merahsiakan terus peperiksaan yag diduduki mereka. Jadi, bagaimana ibu bapa ingin mengetahui prestasi anak-anak mereka di sekolah sekiranya perkara sebegini anak mereka selalu rahsiakan? Mungkin kini keadaan boleh berubah dengan SAPS.

Sedikit mengenai sistem SAPS untuk ibu bapa

Ibu bapa semestinya dapat memanfaatkan penggunaan SAPS ini. Dengan sistem ini, ibu bapa ataupun penjaga boleh mengetahui, memantau perkembangan prestasi pembelajaran anak-anak/jagaan mereka selain dapat muat turun (download) slip keputusan peperiksaan secara online melalui portal Semakan Ibu Bapa di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tersebut.

Mereka juga boleh mengetahui Kedudukan Dalam Kelas (KDS) dan Kedudukan Dalam Darjah (KDD) bagi sekolah rendah atau Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) bagi sekolah menengah.

Sistem SAPS menyokong kesemua ujian peringkat sekolah, termasuk ujian percubaan sekolah rendah dan menengah, tetapi tidak bagi peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 dan SPM. Ibu bapa perlu membuat semakan secara manual di sekolah masing-masing atau secara SMS seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Misalnya, sekiranya anda sebagai ibu bapa ingin login ke SPAS, apa yang anda perlu lakukan?

 

SAPSNKRA: Cara login SAPS Ibu Bapa online

Untuk memboleh ibu bapa login ke SAPS, lihat maklumat seperti di bawah.

Link untuk login SAPS ibu bapa:

https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

Beberapa langkah perlu diikuti oleh ibu bapa:

  1. Layari laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/.
  2. Ini adalah link laman SAPS untuk log masuk kepada ibu bapa.
  3. Anda akan dibawa ke laman utama sistem SAPS untuk login ibu bapa. Pada ruang No KP / Sijil Lahir, masukkan nombor kad pengenalan anak anda. Nombor kad pengenalan tersebut mestilah tidak mempunyai tanda sempang “-“ ataupun jarak.
  4. Tekan butang Cari.
  5. Kemudian, beberapa kotak pilihan akan dibuka untuk dipilih. Untuk kotak pilihan Negeri, pilih negeri untuk sekolah anak anda.
  6. Pada kotak Daerah, pilih Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk lokasi sekolah tersebut.
  7. Pada Nama Sekolah, pilih nama sekolah anak anda.
  8. Kemudian, tekan butang Semak.
  9. Pada laman seterusnya, akan tertera nama anak anda dan nombor kad pengenalan. Pada kotak TAHUN, pilih tahun yang anda ingin lihat data peperiksaan anak anda. Tahun yang terdapat dalam kotak pilihan adalah bermula dari tahun 2011 sahaja, sehinggalah kepada tahun yang terkini.
  10. Akan tertera nama serta kod sekolah tempatnya bersekolah pada tahun yang anda pilih.
  11. Kemudian, di sebelahnya akan tertera segala maklumat mengenai mata pelajaran yang dipelajari anak anda pada tahun tersebut, iaitu nama mata pelajaran dan nama guru mata pelajaran tersebut.
  12. Pada kotak KEPUTUSAN PEPERIKSAAN dalam SAPS Ibu Bapa, pilih jenis peperiksaan yang anda ingin lihat.
  13. Kemudian, pada ruangan ANALISIS MARKAH, tertera dua butang untuk dipilih. Tekan Papar Slip Keputusan untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda untuk peperiksaan yang anda pilih. Tekan Papar Markah Peperiksaan untuk melihat data keseluruhan untuk kesemua peperiksaan yang diduduki anak anda pada tahun tersebut.

 

Semakan slip keputusan dalam SAPS NKRA

Selepas login SAPS Ibu Bapa, liha pada Slip Keputusan.

Di sini akan tertera pelbagai maklumat seperti subjek dan gred, kedudukan dalam kelas, kedudukan dalam tingkatan, pencapaian gred keseluruhan, gred purata, peratus dan nama guru kelas.

Pada paparan markah peperiksaan pula, akan tertera data seperti subjek yang dipelajari tahun tersebut berserta gred mengikut peperiksaan, kedudukan dalam tingkatan, kedudukan dalam kelas serta peratus.

Memandangkan semakan data ini adalah berdasarkan tahun, maka anda sebagai ibu bapa mempunyai akses untuk menyemak prestasi akademik anak anda, sama ada ketika sekolah rendah mahupun menengah, dari tahun 2011 sehinggalah kepada tahun terkini.

 

Akhir kata

Kewujudan SAPS Ibu Bapa secara mudahnya dapat membantu semua penjaga untuk memantau dengan lebih mudah prestasi anak-anak mereka di sekolah.

Simpanan rekod peperiksaan pelajar secara sistematik dengan SAPSNKRA ini dapat membantu sekolah untuk membuat penilaian secara menyeluruh tentang pelajar dari segi mengesan kelemahan pelajar serta cara untuk meningkatkan prestasi pelajar.

Rujuk sini untuk baca cara buka SAPS menggunakan IC untuk menyemak markah peperiksaan.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

2 Comments

Leave A Reply