Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ialah institusi pendidikan menengah di Malaysia yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1972. MRSM menyediakan pendidikan berasaskan sains dan teknologi kepada pelajar bumiputera yang cemerlang dalam akademik dengan menggabungkan kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas. Kurikulum khas ini menekankan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) serta pembangunan sahsiah, keusahawanan, dan kemahiran insaniah. Terdapat lima jenis program MRSM, iaitu MRSM Premier, MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), MRSM Ulul Albab, MRSM Teknikal dan MRSM Bitara.

Untuk memohon kemasukan ke MRSM melalui Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), calon perlu membuat permohonan dalam talian bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Semua calon perlu menduduki UKKM yang merangkumi subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, dan ujian keperibadian, serta ujian hafazan bagi program khas seperti MRSM Ulul Albab. Status permohonan dan maklumat ujian boleh disemak melalui laman web rasmi MRSM, dan calon yang layak akan dipanggil untuk menduduki UKKM dalam beberapa fasa sebelum keputusan diumumkan secara dalam talian.

Bagaimana Cara Buat Permohonan MRSM Bagi Kemasukan Tingkatan 1 Melalui mrsm.mara.gov.my?

Untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 sesi 2025, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi MRSM di https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1:

  1. Layari laman web rasmi MRSM di https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/.
  2. Muat turun dan baca dengan teliti perkara berikut:
    • Syarat dan Pilihan Program MRSM
    • Buku Panduan Permohonan MRSM
    • FAQ untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan MRSM tahun 2025
  3. Tandakan (✔) pada Perakuan Permohonan dan klik “Setuju” sebelum mengisi permohonan secara dalam talian.
  4. Klik pada “Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2025”
  5. Klik “Daftar Pengguna” untuk mendapatkan kata laluan permohonan.
  6. Isikan nombor kad pengenalan calon tanpa simbol (-) dan klik “Hantar”.
  7. Isikan maklumat nama, e-mel yang sah dan aktif, dan nama sekolah. Klik “Hantar”.
  8. Simpan kata laluan yang diberikan untuk tujuan log masuk.
  9. Log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan serta kata laluan dan klik “Log Masuk” untuk memulakan permohonan.
  10. Jika terlupa kata laluan, klik “Lupa Kata Laluan”, isikan nombor kad pengenalan serta e-mel, dan klik “Hantar”. Kata laluan baharu akan dipaparkan.
  11. Lengkapkan semua maklumat pemohon di ruangan yang disediakan dengan tepat, termasuk:
    • Nombor telefon bimbit yang aktif dan e-mel ibu/bapa atau penjaga (jika ada)
    • Nombor kad OKU dan kategori OKU bagi calon OKU
    • Jenis penyakit kronik (jika ada) atau nyatakan di ruangan yang tersedia
    • Maklumat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik, Bahasa Inggeris, dan Matematik yang terkini
    • Maklumat Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK)
  12. Klik “Seterusnya” untuk ke halaman berikutnya.
  13. Lengkapkan semua maklumat ibu, bapa, dan penjaga dengan tepat.
  14. Tandakan (✔) jika maklumat ibu atau bapa sama dengan penjaga.
  15. Nyatakan nombor anggota jika ibu, bapa atau penjaga bekerja sebagai Polis atau Tentera.
  16. Nyatakan jika ibu, bapa atau penjaga berasal dari Felda dengan menyatakan nombor kad pengenalan.
  17. Nyatakan status ibu, bapa atau penjaga (OKU, meninggal dunia, ibu tunggal, bapa tunggal).
  18. Isi maklumat pendapatan kasar bulanan termasuk elaun dan punca pendapatan lain.
  19. Bagi yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai slip gaji, isikan borang yang disahkan oleh penghulu mukim atau pegawai kerajaan dari kumpulan pengurusan dan profesional.
  20. Slip gaji atau borang pengesahan pendapatan perlu dibawa semasa menduduki UKKM.
  21. Klik “Seterusnya” untuk ke halaman berikutnya atau klik “Sebelum” untuk kembali ke halaman Maklumat Pemohon.
  22. Pilih tiga (3) pilihan program dan MRSM. Tidak dibenarkan memilih MRSM yang sama secara berulang.
  23. Pilih zon Ujian UKKM yang sesuai mengikut negeri.
  24. Klik “Seterusnya” untuk melihat semua maklumat permohonan yang telah diisi.
  25. Tandakan (✔) pada bahagian Perakuan Pemohon dan Perakuan Penjaga/Bapa/Ibu untuk mengesahkan semua maklumat yang diisi adalah benar dan klik “Hantar”.
  26. Popup akan dipaparkan apabila permohonan telah berjaya dihantar.
  27. Klik “Cetak” untuk mencetak permohonan yang telah lengkap diisi.
  28. Klik “Log Keluar” setelah selesai semua proses.

Berapa Lama Tempoh Permohonan MRSM?

Tempoh permohonan MRSM untuk Tingkatan 1 bermula dari 6 Ogos hingga 6 September 2024. Pastikan anda membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Bila Boleh Semak Semula dan Kemaskini Maklumat Permohonan MRSM Tingkatan 1?

Calon boleh membuat semakan permohonan MRSM dan mengemas kini maklumat permohonan sepanjang tempoh permohonan dibuka. Tempoh permohonan dibuka dari 6 Ogos hingga 6 September 2024. Sepanjang tempoh ini, calon boleh log masuk ke akaun permohonan mereka untuk menyemak semula maklumat yang telah diisi dan membuat sebarang kemas kini yang diperlukan. Ini membolehkan calon membuat sebarang perubahan atau pembetulan pada maklumat yang telah diisi sekiranya perlu.

Selepas tempoh permohonan ditutup, calon mungkin tidak lagi dibenarkan untuk membuat sebarang perubahan pada maklumat permohonan mereka.

Sekiranya calon mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan berkaitan permohonan MRSM, mereka boleh menghubungi pihak MRSM melalui e-mel ke [email protected]. E-mel ini disediakan sebagai saluran komunikasi rasmi antara calon dan pihak MRSM untuk menangani sebarang pertanyaan, kemusykilan, atau maklum balas berkaitan proses permohonan.

Apa Program Yang Ditawarkan Untuk Kemasukan MRSM Tingkatan 1?

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menawarkan pelbagai program untuk kemasukan pelajar Tingkatan 1 yang disesuaikan dengan minat, bakat, dan keperluan pembelajaran mereka. Terdapat empat jenis aliran MRSM dengan program utama yang ditawarkan untuk Tingkatan 1 iaitu MRSM Program Premier, MRSM Program IGCSE, MRSM Program Ulul Albab, dan MRSM Program Teknikal.

Penerangan ringkat untuk program-program di MRSM bagi kemasukan Tingkata 1 adalah seperti berikut:

1. MRSM Program Premier

MRSM Program Premier merupakan program yang menekankan kepada pendidikan yang holistik dan seimbang. Program ini menggabungkan kurikulum kebangsaan dengan kurikulum yang menekankan kepada pembangunan sahsiah, kemahiran insaniah, dan pemikiran kritis.

Permohonan MRSM dan Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 dan 4
Senarai MRSM Premier Bagi Tawaran Kemasukan Tingkatan 1

Pelajar yang mengikuti program ini akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti kokurikulum dan program pembangunan kepimpinan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

2. MRSM Program IGCSE

MRSM Program IGCSE pula menawarkan kurikulum antarabangsa yang diiktiraf di peringkat global. Program ini menggunakan kurikulum International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang ditawarkan oleh Cambridge Assessment International Education.

Permohonan MRSM dan Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 dan 4
Senarai MRSM IGCSE Bagi Tawaran Kemasukan Tingkatan 1

Pelajar yang mengikuti program ini akan didedahkan kepada pendidikan yang bersifat global dan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris mereka.

3. MRSM Program Ulul Albab

Bagi pelajar yang mempunyai minat dalam bidang keagamaan, MRSM Program Ulul Albab merupakan pilihan yang sesuai. Program ini menggabungkan kurikulum kebangsaan dengan pendidikan tahfiz al-Quran.

Permohonan MRSM dan Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 dan 4
Senarai MRSM Ulul Albab Bagi Tawaran Kemasukan Tingkatan 1

Pelajar akan diberi penekanan kepada penghayatan dan amalan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian, selain cemerlang dalam bidang akademik.

4. MRSM Program Teknikal

MRSM Program Teknikal pula menawarkan pendidikan yang menekankan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

Permohonan MRSM dan Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 dan 4
Senarai MRSM Teknikal Bagi Tawaran Kemasukan Tingkatan 1

Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai minat dan bakat dalam bidang teknikal. Pelajar akan didedahkan kepada pembelajaran yang bersifat hands-on dan aplikasi praktis dalam bidang teknikal.

Kesemua program yang ditawarkan oleh MRSM untuk kemasukan Tingkatan 1 ini bertujuan untuk memenuhi kepelbagaian minat dan keperluan pelajar.

Apa Syarat Kelayakan Kemasukan MRSM?

Calon yang ingin memohon kemasukan ke MRSM mestilah warganegara Malaysia, dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu atau bapa kandung juga mestilah warganegara Malaysia. Calon perlu memohon secara dalam talian dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Selain itu, calon mesti sihat tubuh badan dan mampu berdikari semasa menuntut di MRSM.

Calon yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013 layak memohon untuk kemasukan Tingkatan 1. Ibu bapa/penjaga dan penjamin calon tidak boleh disenarai hitam oleh MARA. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Adakah Calon Perlu Menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)?

Ya, semua calon yang memohon mesti menduduki UKKM yang merangkumi subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, dan ujian keperibadian. Ujian ini bertujuan untuk menilai kecenderungan dan potensi calon dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

Bagi program khas seperti MRSM Ulul Albab, calon juga perlu menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan. Ujian ini menilai kemampuan calon dalam menghafaz dan memahami Al-Quran.

Apakah Dokumen yang Perlu Dibawa Semasa Menduduki Ujian UKKM?

Semasa menghadiri UKKM, calon perlu membawa beberapa dokumen penting. Ini termasuk surat panggilan menduduki UKKM, kad pengenalan calon (MyKad/MyKid), slip gaji ibu bapa/penjaga atau borang pengesahan pendapatan yang disahkan, serta keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang disahkan.

Calon juga perlu membawa alat tulis yang mencukupi. Bagi calon yang memohon untuk kemasukan Tingkatan 4, mereka juga perlu membawa kalkulator saintifik.

Bagaimana Proses Permohonan

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda membaca dan memahami semua program yang ditawarkan oleh MRSM. Ini akan membantu anda membuat pilihan yang tepat berdasarkan minat dan kemampuan anda.

Semasa mengisi borang permohonan atas talian, pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap. Maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.

Untuk maklumat lebih lanjut dan membuat permohonan, anda boleh melayari laman web rasmi MRSM di mrsm.mara.gov.my. Laman web ini menyediakan panduan terperinci mengenai proses permohonan dan maklumat terkini berkaitan MRSM.

Bagaimana Cara Buat Permohonan MRSM Bagi Kemasukan Tingkatan 4 Melalui mrsm.mara.gov.my?

Untuk membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 4 sesi 2025, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi MRSM di https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 4:

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 4:

  1. Layari laman web rasmi MRSM di https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/.
  2. Muat turun dan baca dengan teliti perkara berikut:
    • Syarat dan Pilihan Program MRSM
    • Buku Panduan Permohonan MRSM
    • FAQ untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan MRSM tahun 2025
  3. Tandakan (✔) pada Perakuan Permohonan dan klik “Setuju” sebelum mengisi permohonan secara dalam talian.
  4. Klik pada “Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2025”.
  5. Klik “Daftar Pengguna” untuk mendapatkan kata laluan permohonan.
  6. Isikan nombor kad pengenalan calon tanpa simbol (-) dan klik “Hantar”.
  7. Isikan maklumat nama, e-mel yang sah dan aktif, dan nama sekolah. Klik “Hantar”.
  8. Simpan kata laluan yang diberikan untuk tujuan log masuk.
  9. Log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan serta kata laluan dan klik “Log Masuk” untuk memulakan permohonan.
  10. Jika terlupa kata laluan, klik “Lupa Kata Laluan”, isikan nombor kad pengenalan serta e-mel, dan klik “Hantar”. Kata laluan baharu akan dipaparkan.
  11. Lengkapkan semua maklumat pemohon di ruangan yang disediakan dengan tepat, termasuk:
    • Nombor telefon bimbit yang aktif dan e-mel ibu/bapa atau penjaga (jika ada)
    • Nombor kad OKU dan kategori OKU bagi calon OKU
    • Jenis penyakit kronik (jika ada) atau nyatakan di ruangan yang tersedia
    • Maklumat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik, Bahasa Inggeris, dan Matematik yang terkini
    • Maklumat Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK)
  12. Klik “Seterusnya” untuk ke halaman berikutnya.
  13. Lengkapkan semua maklumat ibu, bapa, dan penjaga dengan tepat.
  14. Tandakan (✔) jika maklumat ibu atau bapa sama dengan penjaga.
  15. Nyatakan nombor anggota jika ibu, bapa atau penjaga bekerja sebagai Polis atau Tentera.
  16. Nyatakan jika ibu, bapa atau penjaga berasal dari Felda dengan menyatakan nombor kad pengenalan.
  17. Nyatakan status ibu, bapa atau penjaga (OKU, meninggal dunia, ibu tunggal, bapa tunggal).
  18. Isi maklumat pendapatan kasar bulanan termasuk elaun dan punca pendapatan lain.
  19. Bagi yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai slip gaji, isikan borang yang disahkan oleh penghulu mukim atau pegawai kerajaan dari kumpulan pengurusan dan profesional.
  20. Slip gaji atau borang pengesahan pendapatan perlu dibawa semasa menduduki UKKM.
  21. Klik “Seterusnya” untuk ke halaman berikutnya atau klik “Sebelum” untuk kembali ke halaman Maklumat Pemohon.
  22. Pilih tiga (3) pilihan program dan MRSM yang menawarkan pendidikan untuk Tingkatan 4, seperti MRSM Premier dan MRSM Bitara. Tidak dibenarkan memilih MRSM yang sama secara berulang.
  23. Pilih zon Ujian UKKM yang sesuai mengikut negeri.
  24. Klik “Seterusnya” untuk melihat semua maklumat permohonan yang telah diisi.
  25. Tandakan (✔) pada bahagian Perakuan Pemohon dan Perakuan Penjaga/Bapa/Ibu untuk mengesahkan semua maklumat yang diisi adalah benar dan klik “Hantar”.
  26. Popup akan dipaparkan apabila permohonan telah berjaya dihantar.
  27. Klik “Cetak” untuk mencetak permohonan yang telah lengkap diisi.
  28. Klik “Log Keluar” setelah selesai semua proses.

Bilakah Permohonan MRSM Dibuka?

Tempoh permohonan MRSM dibuka dari 6 Ogos hingga 6 September 2024. Pastikan anda membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Bila Boleh Buat Semakan Permohonan MRSM Tingkatan 4?

Semakan semula atau kemas kini maklumat permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh permohonan. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh dihantar melalui e-mel ke [email protected].

Apa Program Yang Ditawarkan Untuk Kemasukan MRSM Tingkatan 4?

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menawarkan dua program utama untuk kemasukan pelajar Tingkatan 4, iaitu MRSM Program Premier dan MRSM Program Bitara. Kedua-dua program ini direka untuk memenuhi keperluan dan aspirasi pelajar yang berbakat dan cemerlang dalam bidang akademik.

Penerangan ringkat untuk program-program di MRSM bagi kemasukan Tingkata 1 adalah seperti berikut:

1. MRSM Program Premier

MRSM Program Premier merupakan gabungan kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas yang berteraskan STEM. Program ini direka untuk pelajar yang mempunyai minat dan kecenderungan yang tinggi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik.

Permohonan MRSM dan Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 dan 4
Senarai MRSM Premier Bagi Kemasukan Tingkatan 4

Pelajar yang mengikuti program ini akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti kokurikulum dan program pembangunan kepimpinan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Program ini sesuai untuk pelajar yang mempunyai minat dalam pelbagai bidang dan ingin mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh.

2. MRSM Program Bitara

MRSM Program Bitara merupakan program yang direka khas untuk pelajar dengan pencapaian akademik yang tinggi, dengan tawaran program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan khas MRSM berteraskan STEM. Program ini merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

MRSM Program Bitara menggunakan pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan memberi penekanan kepada pembangunan bakat serta potensi pelajar. Ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, seimbang, dan holistik.

Permohonan MRSM dan Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 dan 4
Senarai MRSM Bitara Bagi Kemasukan Tingkatan 4

Pelajar akan didedahkan kepada teknologi terkini dan berpeluang untuk bekerjasama dengan pakar-pakar dalam industri berkaitan. Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berinovasi, kreatif, dan mampu menerajui bidang STEM pada masa hadapan.

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memasuki MRSM?

Calon yang ingin memohon MRSM mestilah warganegara Malaysia, dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu atau bapa kandung juga mestilah warganegara Malaysia. Calon perlu sihat tubuh badan dan mampu berdikari semasa menuntut di MRSM.

Calon yang lahir antara 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010 layak memohon untuk kemasukan Tingkatan 4. Ibu bapa atau penjaga calon tidak boleh disenarai hitam oleh MARA. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Adakah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Wajib Diambil?

Ya, calon yang memohon MRSM perlu mengambil ujian UKKM, yang merangkumi subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, dan ujian keperibadian. Ujian ini bertujuan untuk menilai kecenderungan dan potensi calon dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

Calon juga perlu membawa keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK) semasa menghadiri UKKM. Dokumen ini penting untuk penilaian prestasi akademik dan kokurikulum calon.

Apakah Senarai Dokumen yang Diperlukan Ketika Ujian UKKM?

Semasa menghadiri UKKM, calon perlu membawa beberapa dokumen penting. Ini termasuk surat panggilan menduduki UKKM, kad pengenalan calon (MyKad/MyKid), slip gaji ibu bapa atau penjaga atau borang pengesahan pendapatan yang disahkan, serta keputusan PBD yang disahkan.

Calon juga perlu membawa alat tulis yang mencukupi. Bagi calon yang memohon untuk kemasukan Tingkatan 4, mereka juga perlu membawa kalkulator saintifik untuk subjek Matematik.

Adakah MARA Menyediakan Bantuan Kewangan Kepada Pelajar MRSM?

Ya, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan 3 jenis bantuan kewangan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang layak. Bantuan ini bertujuan untuk memastikan pelajar dapat menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran dan aktiviti kokurikulum tanpa perlu bimbang tentang bebanan kewangan. Kelayakan untuk menerima bantuan kewangan ini adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh MARA, berdasarkan latar belakang pelajar, pendapatan isi rumah, dan tanggungan ibu bapa atau penjaga.

1. Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI)

Pelajar dari keluarga B40 yang berkelayakan dan memenuhi syarat berpeluang menerima bantuan kewangan melalui program BUDI-MARA atau BUDI di bawah tajaan bersama agensi luar. Bantuan kewangan ini merangkumi pengecualian Wang Caruman (WC), pemberian Wang Saku (WS), dan penyediaan barangan persekolahan seperti pakaian seragam maktab, pakaian sukan, alat persekolahan, serta keperluan asas asrama. Program BUDI ini adalah satu inisiatif yang komited dalam membantu pelajar yang memerlukan untuk mendapatkan akses kepada pendidikan berkualiti di MRSM.

2. Pemberian Wang Saku (WS)

Wang Saku adalah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh MARA kepada pelajar yang layak sepanjang tempoh pengajian mereka di MRSM. Pemberian ini adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh pihak MARA. Wang Saku ini dapat membantu pelajar menampung perbelanjaan harian mereka seperti membeli alat tulis, buku, dan keperluan pembelajaran yang lain. Ia juga dapat meringankan beban kewangan keluarga pelajar, terutamanya bagi mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.

3. Pengecualian Bayaran Wang Caruman (WC)

Pengecualian bayaran Wang Caruman diberikan kepada pelajar B40 yang berkelayakan sepanjang tempoh pengajian mereka di MRSM. Pengecualian ini juga tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh MARA. Wang Caruman merupakan bayaran yang perlu dijelaskan oleh pelajar untuk menampung sebahagian daripada kos penginapan, makanan, dan kemudahan pembelajaran di MRSM. Dengan pengecualian ini, pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dapat mengurangkan bebanan kewangan mereka dan fokus sepenuhnya kepada pelajaran.

Bantuan-bantuan kewangan yang disediakan oleh MARA ini merupakan satu usaha untuk memastikan pelajar dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi mendapat peluang yang sama untuk belajar di MRSM. Ia juga selaras dengan misi MARA untuk memperkasakan pendidikan anak bangsa dan membangunkan modal insan yang berkualiti untuk kemajuan negara. Dengan adanya bantuan-bantuan ini, pelajar dapat menikmati pengalaman pembelajaran yang lengkap dan mencapai potensi maksimum mereka tanpa perlu risau tentang kekangan kewangan.

Apa Beza MRSM dan SBP?

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan dua institusi pendidikan berasrama yang menawarkan pendidikan menengah kepada pelajar yang cemerlang. Walaupun kedua-duanya menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik, terdapat 10 aspek yang berbeza di antara MRSM dan SBP.

Berikut adalah jadual yang menunjukkan 10 perbezaan antara Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP):

AspekMRSMSBP
PentadbiranDitadbir oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiDitadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Kelayakan PermohonanTerbuka kepada pelajar bumiputera sahajaTerbuka kepada semua kaum
KurikulumMenggunakan kurikulum khas MRSM dan menekankan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM)Menggunakan kurikulum kebangsaan dengan penambahan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat
Pemilihan PelajarMelalui Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) yang menilai kecenderungan dan potensi pelajar dalam bidang STEMBerdasarkan keputusan ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 
Program KhasMenawarkan program khas seperti MRSM Premier, MRSM Bitara, MRSM Ulul Albab, MRSM Teknikal, dan MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)Menawarkan program khas seperti SBP Premier, Sekolah Menengah Sain (SMS), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) , Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
Bantuan KewanganMenyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak melalui Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI), Pemberian Wang Saku (WS), dan pengecualian Wang CarumanBantuan kewangan disediakan oleh KPM berdasarkan kelayakan pelajar
Lokasi54 buah MRSM di seluruh Malaysia (yang terkini)69 buah SBP di seluruh Malaysia (yang terkini)
Yuran PengajianYuran pengajian dan asrama ditanggung oleh MARA untuk pelajar yang layakYuran pengajian, yuran asrama dan yuran makan perlu dibayar. Pelajar yang layak boleh mendapatkan diskaun mengikut pendapatan ibu bapa atau percuma.
Jangka Masa PengajianTingkatan 1 hingga Tingkatan 5Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
Penawaran MatapelajaranMenawarkan mata pelajaran elektif yang lebih menumpukan kepada bidang STEMMenawarkan mata pelajaran elektif yang juga menumpukan kepada bidang STEM
Perbandingan di Antara MRSM dan SBP

Jadual ini menunjukkan perbezaan antara MRSM dan SBP dari segi pentadbiran, kelayakan permohonan, kurikulum, pemilihan pelajar, program khas, bantuan kewangan, lokasi, yuran pengajian, jangka masa pengajian, dan penawaran mata pelajaran. Walaupun terdapat perbezaan dari segi pentadbiran dan penekanan kurikulum, kedua-dua institusi ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dari segi akademik, sahsiah, dan kepimpinan.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply