Pengeluaran tunai atau “cash advance” daripada kad kredit merujuk kepada tindakan mengeluarkan wang tunai menggunakan kad kredit melalui mesin ATM. Ini berbeza daripada penggunaan kad kredit untuk pembelian barangan atau perkhidmatan, kerana ia melibatkan pengambilan wang tunai secara langsung dari had kredit.
Walau bagaimanapun, pengeluaran tunai kad kredit seperti Maybank, CIMB dan BSN melibatkan yuran tambahan dan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan transaksi pembelian biasa.
Pengeluaran Duit Melalui Kad Kredit
Bolehkah Kad Kredit Keluarkan Tunai?
Ya, semua kad kredit membolehkan pengeluaran tunai, sama ada melalui mesin ATM atau kaunter bank. Walau bagaimanapun, pengeluaran tunai kad kredit biasanya melibatkan yuran tambahan dan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding transaksi pembelian biasa. Faedah akan dikenakan serta-merta, tanpa penangguhan masa. Sila fahami implikasi kewangan sebelum membuat pengeluaran tunai menggunakan kad kredit.
Bagaimana Cara Keluar Duit Guna Kad Kredit?
Untuk mengeluarkan wang tunai menggunakan kad kredit, anda boleh melakukannya di mesin ATM yang menerima kad kredit anda. Cari logo Visa atau Mastercard pada mesin ATM, masukkan kad kredit, pilih, masukkan PIN dan pilih “Cash Advance”.
Bagaimana Cara Keluarkan Duit Tunai Melalui Kad Kredit Di ATM?
Untuk mengeluarkan duit tunai melalui kad kredit di ATM, ikuti langkah-langkah umum di bawah:
- Masukkan kad kredit anda ke dalam mesin ATM.
- Pilih bahasa yang dikehendaki.
- Masukkan PIN kad kredit anda.
- Pilih “Cash Advance” atau “Credit Card”.
- Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan.
- Wang tunai akan dikeluarkan.
Bagaimana Cara Buat Pengeluaran Duit Guna Kad Kredit CIMB?
Terdapat dua cara untuk keluarkan duit guna kad kredit CIMB iaitu mealui ATM dan kaunter:
1. Pengeluaran ATM
Untuk pengeluaran duit melalui kad kredit CIMB, ikuti langkah-langkah berikut:
- Kunjungi mana-mana ATM CIMB Bank
- Masukkan kad kredit anda
- Isikan nombor PIN anda
- Pilih Withdrawal
- Pilih Credit Card
- Masukkan jumlah wang yang anda ingin keluarkan.
Jika anda tidak mempunyai PIN, anda boleh mencipta nombor PIN anda melalui ATM atau CIMB Click. PIN yang yang diberikan hanyalah sementara. Anda perlu menetap semula PIN dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-62047788.
2. Pengeluaran di Kaunter
Untuk pengeluaran duit melalui kad kredit CIMB melalui kaunter, pergi ke mana-mana cawangan CIMB. Maklumkan kepada pegawai bank untuk membuat pengeluaran. Hanya 80% daripada had kredit dibenarkan dan tertakluk kepada beberapa syarat.
Bagaimana Cara Buat Pengeluaran Duit Guna Kad Kredit Maybank?
Untuk pengeluaran duit kad kredit Maybank, gunakan pelan yang dinamakan Maybank EzyCash/ EzyCash-i. Kedua-dua pelan ini hanya ditawarkan kepada pemegang kad kredit utama (principal card holder). Anda boleh buat pinjaman dengan jumlah pinjaman minimum dari RM2,000 dan jumlah maksimum sehingga 90% daripada had kredit kad anda.
Berikut adalah langkah-langkah untuk keluarkan duit dari kad kredit Maybank:
- Layari https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
- Masukkan username dan tekan LOGIN.
- Pastikan gambar dan security phrase anda betul dan tekan YES.
- Masukkan password anda dan tekan LOGIN.
- Klik APPLY di menu atas kanan.
- Tekan CARDS. Klik GET EZYCASH.
- Pilih kad kredit yang diingini.
- Masukkan jumlah wang yang anda ingin keluarkan.
- Pilih Pelan EzyCash.
- Baca, fahamkan dan tick Kotak Terms and Conditions dan Product Disclosure Sheet.
- Tekan SUBMIT.
- Request TAC dan masukkan.
- Permohonan selesai dan anda akan dihubungi semula untuk proses lebih lanjut.
Bagaimana Cara Buat Pengeluaran Duit Guna Kad Kredit BSN?
Bagi pemegang kad kredit BSN, anda juga boleh keluarkan duit dari kad kredit anda melalui pelan BSN EasyCash. Berikut ialah langkah-langkah untuk memohon pelan BSN EasyCash:
- Layari https://www.bsn.com.my/PersonalBanking/Cards/bsn-easycash?lang=en&csrt=13844186526340244865.
- Tekan APPLY NOW. Anda akan dibawa ke paparan bawah sekali.
- Tekan Submit Details.
- Masukkan butiran yang diperlukan iaitu:
- Nama
- No kad pengenalan
- No telefon
- Emel
- No kad kredit
- Jumlah yang ingin dipohon
- Pelan
- Tick pada kotak I have read and understood the Bank’s Privacy Policy and agree that I may be contacted via email and/or phone to follow-up on my submission.
- Tekan Submit.
Berapa Caj Pengeluaran Tunai Kad Kredit?
Caj pengeluaran tunai kad kredit berbeza mengikut bank dan jenis kad kredit. Sebagai contoh, untuk Kad Kredit Maybank Ikhwan, caj pengeluaran tunai ialah 5% daripada jumlah yang dikeluarkan atau minimum RM20, yang mana lebih tinggi. Faedah harian juga akan dikenakan bermula dari tarikh pengeluaran tunai sehingga baki dibayar sepenuhnya
Bagaimana Cara Transfer Duit Dari Kad Kredit Ke Akaun Bank?
Untuk memindahkan wang dari kad kredit ke akaun bank, anda boleh melakukannya melalui perkhidmatan perbankan dalam talian atau aplikasi mudah alih bank anda. Sebagai contoh, untuk kad kredit CIMB:
- Log masuk ke CIMB Clicks atau aplikasi CIMB Clicks.
- Pilih “Pemindahan” atau “Transfer”.
- Pilih kad kredit anda sebagai akaun sumber.
- Pilih akaun bank anda sebagai akaun destinasi.
- Masukkan jumlah yang ingin dipindahkan.
- Sahkan transaksi menggunakan TAC (Transaction Authorization Code) yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda.
Berapa Limit Pengeluaran Tunai Kad Kredit?
Had pengeluaran tunai kad kredit biasanya adalah sebahagian daripada had kredit keseluruhan anda, seperti 70% hingga 80% daripada had kredit. Sebagai contoh, jika had kredit kad anda ialah RM10,000, had pengeluaran tunai anda mungkin sekitar RM7,000 hingga RM8,000. Had ini mungkin berbeza bergantung pada bank dan jenis kad kredit anda.
Adakah Kad Kredit AEON Boleh Keluarkan Duit?
Ya, kad kredit AEON membolehkan pengeluaran tunai. Anda boleh mengeluarkan wang tunai daripada kad kredit AEON di mana-mana cawangan AEON Credit Service atau mesin ATM yang menerima kad kredit AEON. Pengeluaran tunai melibatkan yuran pendahuluan tunai dan kadar faedah yang tinggi.
Bagaimana Cara Keluarkan Cash Daripada Kad Kredit AEON?
Untuk mengeluarkan wang tunai daripada kad kredit AEON, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Pergi ke mana-mana cawangan AEON Credit Service atau mesin ATM yang menerima kad kredit AEON.
- Jika di kaunter, isi borang pengeluaran tunai dan berikan kepada juruwang bersama kad kredit anda. Jika di mesin ATM, masukkan kad, pilih “Pendahuluan Tunai”, dan ikut arahan pada skrin.
- Wang tunai akan diberikan kepada anda dan akaun kad kredit anda akan dicajkan dengan jumlah yang dikeluarkan serta yuran pendahuluan tunai yang berkenaan.
Pengeluaran tunai kad kredit melibatkan caj faedah yang tinggi dan yuran tambahan, jadi elakkan menggunakannya melainkan jika perlu. Adalah lebih baik menggunakan kad debit atau wang tunai untuk pengeluaran tunai harian anda.