Risau juga bila dapat tahu kita ini pernah kena blacklist. Tentu sukar untuk buat pinjaman dan apa-apa yang berkaitan dengan perbankan. Jangan bimbang, untuk mengesahkan samada kita kena senarai hitam atau tidak, boleh baca cara login CTOS online di ctos.id.ctos.com.my.

Izinkan kami berkongsi seperti di bawah.

Sedikit mengenai ctosid.ctos.com.my

Dengan MyCTOS Basic Report yang boleh didapati dari CTOS online, anda boleh lihat sendiri laporan kredit tentang anda.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang tentang hutang kita dengan bank dan status kita sebagai penjamin.

CTOS login

Maka, kami berbesar hati untuk berkongsi tentang CTOS online memainkan peranan besar dalam urusan sistem kewangan kita.

Cara daftar CTOS online

Sebelum boleh login CTOS, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.

Cara daftar CTOS secara online adalah seperti di bawah:

Untuk mendapatkan laporan dari CTOS online, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Jangan bimbang, percuma sahaja:

  1. Klik pautan ini: https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/NewSimpleRegister
  2. Pilih jenis dokumen. Dalam kes ini, pilih MyKad jika anda warganegara Malaysia
  3. Masukkan nama penuh seperti dalam MyKad
  4. Masukkan nombor kad pengenalan
  5. Masukkan email
  6. Pilih bahasa samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  7. Masukkan nombor telefon
  8. Klik “Get Verification Code”
  9. Tunggu sehingga SMS diterima pada nombor telefon anda
  10. Masukkan Verification Code yang diterima untuk buat pengesahan
  11. Klik “Continue”
  12. Semak email
  13. Buat pengesahan email

Selepas proses pengesahan, pihak CTOS memerlukan lebih kurang 3 hari bekerja untuk mengaktifkan akaun anda.

 

Cara login CTOS online (CTOS self check login)

Sebelum anda boleh login, pastikan anda telah mendaftar atau register CTOS terlebih dahulu. Pastikan tunggu paling kurang 3 hari bekerja untuk mengaktifkan akaun anda terlebih dahulu.

Jika sudah, ikut panduan dan cara login CTOS seperti bawah:

  1. Klik pautan ini: https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/LoginPage
  2. Klik Login
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Masukkan password

 

Cara semak CTOS (Check status blacklist)

Cara daftar CTOS dan pendaftaran CTOS sudah dikongsikan di atas.

Kami andaikan, anda sudah berjaya login.

Selepas selesai login, anda akan dipaparkan dengan Dashboard dalam sistem CTOS online.

Laporan rasmi CTOS mempunyai 5 bahagian iaitu:

  1. Bahagian A – perihal butiran diri
  2. Bahagian B – perihal dan butiran dari Bank Negara dan agensi kerajaan yang lain
  3. Bahagian C – perihal milikan syarikat dan lembaga pengarah
  4. Bahagian D – perihal kredit dan butiran dari CCRIS serta senarai cek tendang yang dikeluarkan.
  5. Bahagian E – perihal bayaran tunggakan dan sebagainya kepada syarikat utiliti seperti telekomunikasi, api, air dan sebagainya.

Anda akan diberi CTOS ID dan laporan lengkap yang pertama secara percuma. Bagi mendapat laporan berikutnya, bayaran akan dikenakan mengikut kategori-kategori tertentu.

Bayaran yang dikenakan bermula dari RM25 untuk satu laporan.

Untuk membersihkan nama, boleh rujuk cara clear CTOS agar rekod kembali bersih.

 

Soalan lazim tentang CTOS

Berikut adalah antara beberapa soalan lazim (atau FAQs) yang ramai orang tanya tentang CTOS online.

CTOS adalah suatu perkhidmatan

Apa itu CTOS? CTOS adalah singkatan yang bermaksud Credit Tip Off Service itu sebuah perkhidmatan yang memberi maklumat rahsia berkenaan kredit seseorang.

 

Apa beza dengan CCRIS?

CCRIS adalah singkatan bagi Central Credit Reference Information Systematau boleh diterjemahkan sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.

Berbeza dengan CTOS, CCRIS dikendalikan 100% oleh agen kerajaan iaitu Bank Negara Malaysia.

Ia adalah dibawah tanggungjawab Biro Kredit, yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Central Bank of Malaysia Act 2009).

Sama seperti CTOS, CCRIS tidak mengeluarkan senarai blacklistyang menghalang mana-mana individu dari membuat pinjaman.

Baca lebih lanjut tentang apa itu CCRIS berserta faktanya.

 

Adakah CTOS agensi kerajaan?

CTOS dikendalikan oleh syarikat swasta yang berdaftar dan bukanlah di bawah pentadbiran mana-mana badan kerajaan.  CTOS Sdn Bhd ditubuhkan di bawah skop Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (Credit Reporting Agencies Act 2010).

 

Adakah CTOS satu-satunya platfom yang ada senarai blacklist?

CTOS mengumpul maklumat dan menyediakan laporan kredit seseorang individu untuk kegunaan institusi kewangan. Ia hanya melaporkan keadaan kredit individu berkenaan.

Ia tidak berhak dan tidak pernah menyenaraihitamkan atau blacklist mana-mana individu.

Melalui laporan CTOS itu, institusi kewangan boleh menganalisa dan mengira risiko yang akan dihadapi dalam meluluskan atau menolak permohonan pinjaman seseorang.

 

Apa yang CTOS laporkan?

Daripada sumber awam yang diambil oleh pihak CTOS, institusi kewangan dan individu berkaitan boleh mendapatkan laporan CTOS yang mempunyai maklumat.

Ia termasuk sejarah kredit seseorang individu, kaedah dan cara perbelanjaan serta hutang berbaki yang ada, trending gaya pembayaran, kaitan dengan perihal undang-undang, pemilikan syarikat dan risiko yang ditanggung.

Laporan CTOS adalah refleks kepada keadaan kredit seseorang samada positif atau negatif.

Untuk melihat laporan, sila baca cara login CTOS seperti yang dikongsikan di atas.

 

Adakah satu masalah besar jika individu mempunyai rekod laporan CTOS?

Ini adalah satu tanggapan yang salah sama sekali.

Mempunyai rekod dan laporan CTOS tidak bermakna anda menghadapi masalah yang besar.

 

Dari mana sumber laporan CTOS?

Bagi menghasilkan laporan CTOS, CTOS Sdn Bhd mendapatkan data dan maklumat dari sumber awam seperti:

  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Bank Negara Malaysia
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar tempatan dan warta kerajaan.

Siapa yang memerlukan CTOS?

  1. Institusi kewangan dan perbankan untuk permohonan pinjaman, buka akaun dan memdapatkan portfolio individu
  2. Pemilik industri kecil (SME) untuk memantau rakan niaga dan industri
  3. Pengguna individu untuk melihat dan memantau laporan sendiri

 

Adakah CTOS khusus untuk bank dan institusi kewangan?

Tidak benar.

Anda, sebagai individu yang terlibat boleh mendapatkan laporan CTOS, malah mengisi ruangan komen untuk menyatakan keadaan sebenar laporan kredit yang dilaporkan.

 

Adakah data yang ada, tidak dikemaskini oleh pihak CTOS online?

CTOS mendapat data dari sumber awam. Ia tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini status terkini mana-mana individu melainkan status itu dikemaskinikan okeh sumber-sumber asal.

CTOS menyimpan data yang ada selama 24 bulan. Jadi jika ada hutang PTPTN dan sebagainya akan disenaraikan di dalam laporan CTOS anda.

 

Adakah saya boleh kemaskini data CTOS online sendiri?

Tentulah jika kita sudah melangsaikan mana-mana hutang atau urusan perundangan seperti ditarik balik status muflis, kita mahukan status di dalam CTOS dikemaskini dengan segera.

Namun kerana birokrasi dan sumber yang terhad, ia akan mengambil-masa.

Anda boleh menghubungi pihak CTOS untuk membetulkan maklumat terbaru.

 

Apa itu penskoran MyCTOS?

Apa itu CTOS score?

Anda sudah tahu bahawa CTOS tidak menyenaraihitamkan seseorang.

Namun, CTOS ada menyedikan sistem penskoran MyCTOS sebagai rujukan.

MyCTOS adalah laporan lengkap yang mengandungi skor berkenaan keadaan kredit seseorang serta kemampuan kredit individu tersebut.

 

Apakah faktor yang mempengaruhi skor MyCTOS?

Penskoran MyCTOS adalah berdasarkan:

  • Sejarah bayaran
  • Jumlah tanggungan hutang
  • Jangkamasa hutang
  • Kepelbagaian hutang
  • Hutang baru

 

Apa maksud keputusan penskoran MyCTOS?

Skor MyCTOS bermula dari 300 mata sehingga 850 di mana lagi besar skor seseorang, lebih baik kedudukan kewangan dan kredit seseorang itu.

Sejarah berkenaan status pembayaran hutang menyumbang lebih kurang 45% daripada jumlah keseluruhan skor MyCTOS.

Skor antara 300 hingga 696 berpotensi melihatkan individu itu kurang berdaya maju (‘less viable’).
Skor antara 744 hingga 850 akan meningkatkan potensi seseorang individu untuk pinjaman diluluskan.

 

Apa cara nak dapatkan penskoran CTOS (CTOS score) yang bagus?

  • Periksa laporan kredit sebelum memohon pinjaman
  • Bayar hutang kad kredit dan loankereta, rumah dan segala pinjaman bank yang ada tepat pada masanya
  • Bil api, air, telefon dan lain-lain juga hendaklah dibayar tepat pada masanya
  • Elakkan daripada memohon terlalu banyak pinjaman dan kad kredit
  • Berbincang dengan pihak bank jika ada bayaran tertunggak dan memerlukan sistem pembayaran yang fleksibel

 

Apa harus dilakukan jika maklumat di dalam CTOS online salah?

Setelah mendapatkan laporan terkini, pastikan semua maklumat betul dan tepat.

Hanya maklumat yang salah, tidak tepat dan belum dikemaskini yang boleh ditukar di dalam laporan CTOS.
Hubungi pihak CTOS melalui telefon atau email atau mengisi borang online di website CTOS. Anda perlu menyediakan

  • salinan MyKad untuk pengesahan
  • dokumen sah dari sebagai bukti, jika berkaitan
  • pengesahan daripada SSM atau dokumen perundangan, jika berkaitan

Pihak CTOS akan menyiasat laporan yang dibuat dan mengemaskini data yang ada selepas pengesahan.

 

Adakah dengan menyelesaikan hutang lama akan segera meluluskan rekod dalam laporan CTOS online seseorang?

Tidak dengan kadar serta-merta. Rekod Bank Negara dikekalkan selama 12 bulan, maka laporan CTOS akan mengekalkan laporan yang sama seperti yang dilaporkan Bank Negara.

Namun, jika corak bayaran dalam masa 6 bulan adalah baik, institusi kewangan dan bank akan memahami perubahan positif yang ditunjukkan.

 

Kenapa bank tak luluskan pinjaman walau skor MyCTOS baik?

CTOS bukanlah penentu bagi sesuatu permohonan pinjaman atau sebagaimana.
Skor yang tinggi bukan jaminan pinjaman diluluskan.

Institusi kewangan akan merujuk CTOS untuk mengumpul maklumat bagi memudahcarakan mereka membuat keputusan atas status pinjaman yang dipohon.

Namun,keputusan bank bukan sahaja berdasarkan rekod CTOS tetapi juga kepentingan bank itu sendiri, polisi syarikat dan strategi.

 

Akhir kata

Semoga penerangan tentang apa itu CTOS dapat memberikan sedikit gambaran pada anda. Rujuk sini untuk pergi ke laman web rasmi CTOS.

Diharapkan agar artikel mengenai cara login CTOS online dan juga cara semak CTOS ini dapat memudahkan hidup anda untuk melihat status blacklist.

Secara keseluruhannya, CTOS adalah platform telus antara seseorang dan institusi kewangan untuk menambah peluang mendapat kelulusan pinjaman.

Sebagai pihak bank, maklumat perihal kredit calon peminjam boleh diakses sementara bagi individu, CTOS membantu kita untuk memperbaiki nilai kemampuan kredit kita.

Jika lega dan puas hati dengan laporan kredit kita, jemput baca tentang ASB online dan Tabung Haji online pula. Kini, sudah ada THiJARI untuk transaksi Tabung Haji secara online.

Melaburlah serba sedikit untuk masa hadapan.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

2 Comments

Leave A Reply