Jika anda seorang cikgu dan mahu isi markah pelajar, jemput baca cara login SAPS guru terlebih dahulu. Perlu diingatkan bahawa cara login guru tidak sama dengan SAPS menggunakan IC murid.
Klik untuk langkau artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang SAPSNKRA.

Sedikit mengenai SAPS untuk ibu bapa

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, sistem ini dibangunkan bagi mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
Melalui SAPS, ibu bapa kini boleh membuat semakan keputusan peperiksaan terkini anak-anak, sama ada pelajar sekolah rendah mahupun yang menengah secara atas talian (online).
Antara objektif sistem ini adalah untuk mengurangkan masalah permintaan data peperiksaan sekolah. Selain itu, SAPS juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak yang berkenaan melalui analisis TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).

Sedikit mengenai SAPS untuk guru

Selain daripada ibu bapa, perkhidmatan SAPS ini juga sudah semestinya disediakan untuk guru.
Misalnya anda sebagai guru, bagaimanakah anda ingin log masuk ke sistem ini? Beberapa langkah perlu dibuat sebelum itu:

  • Guru data Hal Ehwal Murid (HEM) ataupun Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) perlu mendaftar anda ke dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Apabila pendaftaran nama anda berjaya, anda akan mempunyai ID serta kata laluan.
  • Anda sebagai guru perlu mengemas kini data murid-murid anda dalam APDM.
  • Setiausaha Peperiksaan akan import data murid-murid anda ke SAPS menggunakan butang Import Data Murid. Hanya data asas akan diambil seperti nombor kad pengenalan, nombor surat beranak, nama, jantina, kaum, agama, kelas dan butiran Guru Kelas daripada APDM.

Cara login SAPS guru

Untuk memboleh guru Login ke SAPS, lihat maklumat seperti di bawah.
Link untuk login SAPS guru: https://sapsnkra.moe.gov.my
Sebagai maklumat tambahan, untuk log masuk ke SAPS guru, ada dua acara iaitu anda log masuk sendiri, ataupun dengan bantuan Setiausaha Peperiksaan (SUP):
 

1) Login sendiri SAPS guru online

  1. Pada laman https://sapsnkra.moe.gov.my/, tekan link Daftar ID Guru.
  2. Pada laman seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan, ID anda, kata laluan serta pengesahan kata laluan anda.
  3. Anda berjaya akses masuk ke SAPS.

 

2) Login SAPS guru dengan bantuan SUP

  1. SUP perlu menekan butang Guru. Kemudian, sub menu akan keluar. Pilih Tambah Guru.
  2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan, nama penuh guru mata pelajaran serta jantina guru tersebut.
  3. Kemudian, klik Simpan.

 

Cara daftar mata pelajaran dalam SAPS NKRA

Untuk guru mata pelajaran MATA PELAJARAN mendaftar mata pelajaran:

  1. Gunakan kemudahan MENU GURU MP-DAFTAR MP untuk mendaftar mata pelajaran yang anda mengajar.
  2. Tekan butang MENU GURU MP, kemudian tekan butang Daftar MP.
  3. Pada laman seterusnya, pilih tingkatan atau darjah untuk subjek itu, kemudian pada kotak untuk KELAS, pilih kelas untuk mata pelajaran tersebut.
  4. Pada kotak untuk Mata Pelajaran/Kod Lembaga, masukkan mata pelajaran berserta kod.
  5. Kemudian, pada kotak untuk Bil Murid Ambil, masukkan jumlah murid yang mengambil mata pelajaran tersebut.
  6. Kemudian, tekan butang Hantar.

 

Cara isi markah ujian dalam SAPS online

Untuk guru MATA PELAJARAN mengisi markah ujian atau peperiksaan murid:

  1. Tekan butang MENU GURU MP.
  2. Kemudian, sub menu akan keluar. Tekan butang Markah Peperiksaan.
  3. Pilih mata pelajaran yang diajar.
  4. Pada laman seterusnya, isikan markah ujian atau peperiksaan untuk setiap murid. Kemudian, klik butang Simpan Rekod.

 

Ulasan guru kelas dalam SAPS

Selain itu, guru kelas juga perlu memberi ulasan kepada murid mengenai prestasinya berdasarkan markah ujian/peperiksaan. Ulasan ini adalah penting bagi meningkatkan motivasi murid.
Dalam ulasan tersebut, guru seeloknya memberikan kata-kata semangat dalam bentuk pujian serta mendorong mereka meningkatkan prestasi untuk hasil yang lebih baik pada masa akan datang.
Ini adalah panduan untuk guru KELAS memasukkan ulasan ujian/peperiksaan dalam slip keputusan pelajar dalam SAPS:

  1. Pada MENU GURU KELAS, klik Analisis Peperiksaan.
  2. Akan keluar sub-menu. Klik Slip Keputusan.
  3. Akan terpapar jadual yang mengandungi nama murid berserta data lain. Untuk setiap pelajar, klik ikon padaULASAN.
  4. Di laman seterusnya, untuk bahagian Kedatangan, masukkan jumlah kehadiran bagi setiap pelajar untuk tempoh setahun.
  5. Kemudian, di bahagian Ulasan, masukkan ulasan untuk pelajar tersebut.
  6. Kemudian, klik butang Hantar.

 

Akhir kata

Kewujudan SAPS guru secara mudahnya dapat membantu ibu bapa untuk memantau dengan lebih mudah prestasi anak-anak mereka di sekolah.
Simpanan rekod peperiksaan pelajar secara sistematik dengan SAPS ini dapat membantu sekolah untuk membuat penilaian secara menyeluruh tentang pelajar dari segi mengesan kelemahan pelajar serta cara untuk meningkatkan prestasi pelajar.
Sebagai seorang guru, bertabahlah untuk guna sistem seperti EPSA, eOperasi, PAJSK, HRMIS, APDM, SPLKPM, ePangkat atau yang guna SSO KPM dan lain-lain lagi. Semoga ini adalah jihad untuk memandaikan bangsa.
Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply