Setiap bulan bagi individu yang sudah bekerja, khususnya sektor swasta pasti akan terdapat amaun tertentu yang ditolak dan dimasukkan ke dalam akaun KWSP anda. Tetapi adakah anda tahu berapa jumlah terkumpul dalam akaun tersebut? Jika anda tidak ada akaun KWSP online, jemput baca cara menggunakan kiosk KWSP untuk check balance yang ada.
Dulu susah, sekarang senang
Kalau dahulu untuk membuat semakan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda perlu pergi ke kaunter mana-mana cawangan KWSP berhampiran. Agak leceh kerana memakan masa untuk beratur. Malahan, kalau cawangan tersebut adalah cawangan yang menjadi tumpuan, makan seharian jugalah untuk hanya membuat semakan. Mungkin sampai perlu mengambil cuti.
Guna kiosk KWSP
Namun, kini anda boleh menyemak menggunakan kiosk KWSP. Apa itu kiosk KWSP? Ia adalah sebuah mesin berwarna biru, seakan ATM tetapi ia dibawah KWSP. Ia adalah satu inisiatif yang sudah tentu dapat memudahkan urusan pemilik akaun KWSP yang ingin membuat semakan.
Cara menggunakan mesin kiosk KWSP
Sudah tentu anda ingin tahu bagaimana untuk menggunakan kiosk KWSP ini, bukan? Pertama sekali anda perlu pastikan anda membawa kad pengenalan (IC) anda dan pergi ke kiosk KWSP yang boleh didapati di cawangan KWSP, sesetengah bank dan juga UTC.
Langkah-langkahnya adalah:
- Sentuh skrin dan buat pilihan bahasa
- Sistem akan meminta anda untuk meletakkan IC di tempat yang disediakan pada bahagian sebelah kiri
- Letakkan ibu jari kanan anda pada ruangan yang disediakan
- Anda diberikan pilihan untuk memilih perkhidmatan sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun KWSP atau mahu mencetak penyata
- Oleh kerana tujuan kita adalah untuk mencetak penyata, maka pilih untuk ‘Cetak Penyata’
- Mesin akan mencetak penyata anda dan akan keluar pada ruangan yang tersedia
- Jangan lupa ambil semula IC anda ya?
Fungsi lain mesin kiosk KWSP
Selain daripada mencetak penyata, beberapa lagi fungsi lain yang boleh dilakukan melalui kiosk ini seperti:
- Mengemas kini nombor telefon untuk Transaction Authorisation Code (TAC)
- Mendaftar untuk i-Akaun (sekejap lagi penulis kongsikan mengenai ini)
- Membuat caruman (khusus untuk majikan)
- Semak atau mengemaskini profil
Lokasi kiosk KWSP
Terdapat lebih 68 KWSP Kiosk di seluruh Malaysia dan anda boleh menyemaknya di https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks
KWSP Alor Gajah8670-Lot 10 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Alor SetarGround, Mezzanine, Level 8 & 9 |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP BahauNo. 4, 5 & 6 Jalan Kiara 1 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Batu PahatNo. 6 & 8, Jalan Sulaiman |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Bayan BaruGround Floor, Level 1 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP BeaufortLot 1, Ground Floor |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP BintuluLot 6 & 7, Jalan Court, |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP DungunGround Floor & Level 1 |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP GombakLot 5, Sunway Batu Caves |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP JasinJC 538, Jalan Bestari 5 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP JerantutGround Floor |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP JertehGround Floor & Level 1 |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP KajangGround Floor, Mezzanine, Level 1, 2 & 3 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP KangarGround Floor, Podium Block |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP KemamanGround Floor & Level 1 |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP KeningauBeg Berkunci 20 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP KepongNo. 1 & 3 Fax: 03-61793080 |
Isnin – Jumaat: 8.30am – 4.30pm |
KWSP KlangGround Floor & Level 1 |
Isnin – Jumaat: 8.15AM – 5.15PM |
KWSP KluangNo. 8 & 10, Tingkat Bawah |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Kota BharuLevel 2, 3 & 5 |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Kota KinabaluBlock A, EPF Building |
Isnin – Jumaat: 7.30AM – 8.30PM |
KWSP Kota MaruduEPF Building |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Kuala KangsarGround Floor, No. 8B |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Kuala KraiLot PT 5556, |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Kuala SelangorGround Floor & Level 1 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP KudatGround Floor, Lot 1, Block G |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP KulaiNo. 259 & 260, |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP KulimNo. 33 & 34, Persiaran 7 |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP LabuanGround Floor, Lot E004, Fax: 087-424816 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Lahad DatuEPF Building, MDLD 3330 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP LangkawiNo. 25 (GF-1), Langkawi City, Fax: 04-9663453 |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Learning CampusPersiaran KWSP |
Isnin – Jumaat: 8.15AM – 5.15PM |
KWSP LimbangLot 1565, Tingkat Bawah |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP ManjungNo. 260 & 261, Jalan PPMP 3/4 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP MersingLot. No. 2 Level 1 & 2 |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP MiriLot 1225, |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP MuarGround Floor, Level 1, 2 & 3 |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP NilaiD’Nilai Convention Mall |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Parit BuntarNo. 2 & 4, Jalan Wawasan 1 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP PekanGround Floor & Level 1 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Petaling Jaya Services CounterPJX-HM Shah Tower |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP PuchongNo.19 Jalan Bandar Lapan Belas |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Raub798, Jalan Tun Razak |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP RawangNo. 3S-10-G & 3S-10-1 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP SandakanLot 3A & 5, Midtown Plaza |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP SarikeiGround Floor & Level 1 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP SegamatNo. 5 & 6 |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Seri PetalingNo. 2, Jalan Radin Bagus 6 Fax: 03-90546704 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Shah AlamGround Floor, Level 1 & 2 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP SibuNo. 10-12, Ground Floor & Level 1 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Sri AmanGround Floor Lot 654, Block 3 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Sungai PetaniGround Floor & Level 1, Wisma Keladi |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP TaipingGround & Mezzanine Floor |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Tanah MerahLot 655 |
Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP TawauTB 308, Block 35, |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP Teluk IntanNo. 1-3G Jalan 2, |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP TemerlohNo. 1 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
KWSP GeorgetownLevel 3, EPF Tower |
Setiap Hari: 8.30AM – 09.00PM |
KWSP IpohGround Floor, Level 5, 6, 7 & 8 |
Setiap Hari: 8.30AM – 09.00PM |
KWSP Jalan Raja ChulanGround Floor, Mezzanine & Level 1 Fax: 03-20264570 |
Setiap Hari: 8.30AM – 09.00PM |
KWSP Johor BahruLevel 1 KWSP Building |
Setiap Hari: 8.30AM – 09.00PM |
KWSP Kuala LumpurGround Floor KWSP Building Fax: 03-26941391 |
Setiap Hari: 8.30AM – 09.00PM |
KWSP Kuala TerengganuEPF Building |
Setiap Hari: 8.30AM – 09.00PM |
KWSP KuantanEPF Building Pahang, |
Setiap Hari: 8.30AM – 09.00PM |
KWSP KuchingEPF Building, Jalan Uplands, |
Setiap Hari: 8.30AM – 09.00PM |
KWSP MelakaKWSP Building |
Setiap Hari: 8.30AM – 09.00PM |
KWSP Seberang JayaEPF Building Seberang Jaya |
Setiap Hari: 8.30AM – 09.00PM |
KWSP SerembanNo. 1, Jalan Dato’ A.S. Dawood |
Setiap Hari: 8.30AM – 09.00PM |
KWSP Wangsa MajuNo. 32A, Dataran Wangsa Fax: 03-41435488 |
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM |
Akhir kalam
Jadi anda sebenarnya mempunyai pilihan, sama ada perlu bersusah payah pergi ke cawangan KWSP semata-mata untuk menyemak penyata atau anda boleh memudahkan diri anda dengan mendapatkan penyata anda melalui kiosk.
Diharapkan agar perkongsian cara menggunakan kiosk KWSP ini dapat membantu anda.
Walau bagaimanapun, kaedah yang paling mudah, sudah tentu melalui atas talian dengan menggunakan i-Akaun. Kita kini hidup dalam zaman teknologi, jadi mengapa tidak kita gunakan teknologi untuk memudahkan urusan harian kita, bukan?
Akhir sekali, kalau tak ingat no KWSP, boleh dapatkan dari EPF CMC atau login i-Akaun secara online.
Semoga bermanfaat.
2 Comments
Kalau ic tak bole baca cip nya.. Kita bagi ic dekat Kaunter bank Yg jadi kiosk Tu utk keluarkan penyata kwsp kita Bole tak
memohon pengeluaran kwsp saya sebanyak RM8000
ke dalam akuan BankBSN Saya 06105-41-00007334-7 mohd nizam bin abdul manaf.840801-06-5325