Adakah anda baru sahaja berdaftar sebagai pelanggan RHB? Masih keliru dengan panduan check balance akaun anda? Anda telah pilih artikel yang betul untuk mendapatkan jawapan anda. Jadi, izinkan kami kongsikan cara semak baki akaun RHB anda secara ringkas agar mudah difahami.
Persediaan
Adakah anda tahu yang RHB membawa maksud Rashid Hussain Bank?
RHB dinamakan sempena pengasasnya iaitu Tan Sri Rashid Hussain.
RHB merupakan bank keempat yang terbesar di Malaysia.
Sekiranya anda masih belum berdaftar untuk online banking RHB, sila berbuat demikian setelah membaca artikel ini.
Cara semak baki akaun dalam RHB Bank
Berikut merupakan tiga cara semak baki akaun RHB iaitu melalui laman web RHB Now, aplikasi RHB Now dan ATM RHB.
#1 Semakan baki akaun melalui laman web RHB Now
Anda boleh membuat semakan akaun RHB anda melalui online di official website RHB Malaysia. Tapi, anda perlu berdaftar untuk online banking RHB terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. Cara semakan adalah seperti di bawah.
- Layari laman web https://logon.rhb.com.my/
- Pada sebelah kanan skrin anda, terdapat kenyataan tertera RHB MALAYSIA. Hello. Please Login.
- Masukkan username anda pada ruangan Enter Username.
- Kemudian, klik NEXT, GET SECRET WORD.
- Sahkan secret word anda yang tertera.
- Masukkan password anda pada ruangan Password.
- Klik butang Login.
- Anda akan berjaya akses ke online banking RHB anda.
- Kemudian, cari menu kecil yang tertera My Accounts.
- Klik pada ikon anak panah ke bawah pada sebelah My Accounts.
- Klik Account Balance.
- Maklumat penyata baki akaun anda secara lengkap akan terpapar.
- Selesai.
#2 Check balance akaun melalui aplikasi RHB Now
Anda juga boleh membuat semakan baki akaun RHB anda melalui aplikasi RHB Now. Tapi, pastikan anda telah download aplikasi tersebut dari Playstore/Appstore ke telefon anda. Panduan semakan baki akaun adalah seperti di bawah.
- Buka aplikasi RHB Now anda.
- Masukkan username pada ruangan Username.
- Klik Next.
- Sahkan Security Image yang tertera.
- Masukkan password pada ruangan Password.
- Klik butang Login.
- Kemudian, klik menu kecil.
- Klik My Account.
- Klik Account Balance.
- Baki penyata akaun yang lengkap akan terpapar.
- Selesai.
#3 Panduan semakan baki akaun melalui ATM RHB
Anda juga boleh semak baki akaun anda melalui ATM RHB. Lawati cawangan ATM RHB yang berdekatan dengan anda. Caranya seperti di bawah.
- Masukkan kad ATM RHB ke slot kad.
- Tunggu hingga disahkan.
- Pilih bahasa yang diingini..
- Anda akan tiba pada bahagian Sila Masukkan PIN.
- Masukkan PIN ATM berangka enam pada ruangan yang diberi dengan menekan pada butang keypad ATM.
- Klik Enter/Masuk.
- Kemudian, tunggu sehingga diproses dan disahkan.
- Klik pada Pertanyaan Baki.
- Baki akaun anda akan terpapar pada skrin ATM.
- Sekiranya pilihan Pertanyaan Baki tiada, klik Transaksi Lain.
- Klik Maklumat Akaun.
- Klik Menu Maklumat Baki.
- Pilih akaun yang anda ingin semak.
- Baki akaun anda akan terpapar pada skrin ATM.
- Selesai.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian tentang cara semak baki akaun RHB telah memudahkan lagi urusan anda.
Jemput baca untuk mengetahui cara menamatkan pinjaman ASB anda.
Anda juga boleh buat semakan baki akaun Bank Islam dan BSN secara online.
Semoga bermanfaat.
3 Comments
salam. ..saya nak stOp bayar duit insuran.. ..sebab x mampu nk bayar saya x bekerja sekarang ny. ..
Buka rhb now tengok duit cheque ada masuk kt details tapi kt balance masih tiada.kenapa?
Rhb bank Online nak tengok baki