What's Hot

    Dengar cerita, sekarang dah boleh claim ePemula 2022 daripada semua penyedia eWallet termasuk TNG. Amaun kredit ePemula TNG ini adalah berjumlah RM150 dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun Touch n Go anda.

    Untuk makluman, bantuan ini adalah dalam bentuk kredit. Kami dimaklumkan, secara asasnya memang tidak ada cara keluarkan duit ePemula. Namun, ada juga yang menggunakan cara lain bagi mendapatkan duit tunai.

    Apa-apa pun, izinkan kami berkongsi terlebih dahulu berkenaan ePemula daripada Touch ‘n Go.

    Kenapa pilih ePemula TNG?

    Dikatakan bahawa TNG eWallet adalah yang paling pantas sekali memproses permohonan ePemula. Sekiranya anda belum pernah daftar TNG eWallet sekalipun, proses verifikasi juga sangat pantas.

    Apabila selesai verifikasi, anda sudah boleh terus claim RM150. Kredit tersebut juga akan terus masuk ke dalam aplikasi dengan cepat.

    Tepuk dada, tanya selera. Kami hanya berkongsi apa yang orang cerita.

     

    Boleh beli apa dengan kredit ePemula TNG?

    Ada yang mengatakan bahawa kredit RM150 itu memang tidak boleh digunakan untuk shopping online. Walau bagaimanapun, anda masih lagi boleh memanfaat duit tersebut dengan shopping offline di mana-mana kedai atau merchant yang menerima TNG eWallet.

    Nak tahu senang sahaja. Tengok samada kedai tersebut ada memaparkan logo TNG di kaunter mereka atau tidak. Kadang-kadang, sticker TNG juga ditampal di luar kedai.

    Setidak-tidaknya, boleh beli makanan atau barang keperluan harian.

    Untuk makanan dan minuman, boleh dapatkan senarai di bawah. Namun, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak status halal di restoran-restoran ini:

    • KFC
    • Starbucks
    • Tealive
    • Kenny Rogers
    • Manhattan Fish Market
    • O’Briens Sandwich
    • Sangkaya
    • Family Mart
    • DubuYo
    • Dominos Pizza
    • Myeongdong Topokki
    • Llao Llao
    • Pizza Hut
    • Secret Recipe
    • Texas Chicken
    • Old Town White Coffee
    • Burger King
    • Salad Atelier
    • Genki Sushi
    • Empire Sushi
    • Marrybrown
    • Boat Noodle
    • Nandos
    • Boost Juice
    • Cool Blog
    • Bubble Bee
    • dan banyak lagi….

     

    Barang keperluan harian:

    • 99 Speedmart
    • Mydin
    • Lotus’s
    • Watsons
    • 7 Eleven
    • KK Mart
    • Mr DIY
    • Eco Shop
    • dan banyak lagi….

     

    Isi minyak:

    • Shell
    • Petron
    • Caltex
    • dan banyak lagi….

     

    Lifestyle:

    • MBO Cinemas
    • TGV Cinemas
    • Book Xcess
    • Gamers Hideout
    • Red Box
    • Samsung Store
    • Xiaomi Store
    • Switch (barang-barang Apple)
    • Huawei Store
    • Uniqlo
    • JD Sports
    • ELLE
    • Giordano
    • Focus Point
    • dan banyak lagi….

     

    Macam mana nak daftar TNG eWallet?

    Menurut FAQ di laman web rasmi Touch ‘n Go di support.tngdigital.com.my, berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk daftar dan verify TNG untuk claim ePemula:

    A) Daftar pengguna baru TNG

    1. Download & install aplikasi TNG terlebih dahulu
    2. Tekan butang Sign Up
    3. Masukkan nombor telefon bimbit anda
    4. Anda akan menerima OTP / TAC ke nombor telefon tersebut
    5. Masukkan kod OTP / TAC yang diterima ke dalam ruang yang disediakan
    6. Setkan 6 digit PIN dan jawab soalan berkaitan sekuriti seperti dipinta
    7. Isikan maklumat periadi seperti dipinta
    8. Sila bersetuju dengan semua Terms & Conditions
    9. Verify identiti anda menggunakan Kad Pengenalan
    10. Selesai

     

    B) Verify pengguna lama TNG

    Untuk mengesahkan identiti anda menggunakan Kad Pengenalan atau MyKad, ikuti langkah-langkah di bawah:

    1. Buka aplikasi TNG
    2. Tekan ikon Profile di bahagian atas sebelah kanan
    3. Selepas itu, tekan Account Verification
    4. Seterusnya, tekan Let’s Go untuk mulakan proses pengesahan
    5. Ambil gambar Kad Pengenalan atau MyKad bahagian depan dan belakang seperti dipinta
    6. Ambil gambar selfie menggunakan kamera hadapan telefon bimbit anda dan tekan Let’s Go
    7. Tekan butang Sign Up
    8. Masukkan nombor telefon bimbit anda
    9. Anda akan menerima OTP / TAC ke nombor telefon tersebut
    10. Masukkan kod OTP / TAC yang diterima ke dalam ruang yang disediakan
    11. Setkan 6 digit PIN dan jawab soalan berkaitan sekuriti seperti dipinta
    12. Isikan maklumat periadi seperti dipinta
    13. Sila bersetuju dengan semua Terms & Conditions
    14. Verify identiti anda menggunakan Kad Pengenalan
    15. Tunggu 48 jam untuk proses verifikasi selesai
    16. Selesai

     

    Macam mana nak claim ePemula TNG?

    Berdasarkan FAQ di laman web rasmi Touch ‘n Go di support.tngdigital.com.my, ini adalah panduan bagi menebus atau claim RM150 ePemula TNG:

    1. Buka aplikasi TNG
    2. Tekan banner ePemula di halaman hadapan TNG eWallet
    3. Tick Agree to Terms & Conditions
    4. Tekan Claim Now!
    5. Pastikan semua maklumat anda adalah betul
    6. Sila bersetuju dengan privacy clause yang dipaparkan
    7. Tekan Continue
    8. Anda akan dibawa ke laman rasmi ePemula
    9. Lengkapkan maklumat peribadi seperti dipinta
    10. Tekan Submit untuk hantar maklumat tersebut
    11. Pastikan submission anda berjaya dengan menekan butang Done
    12. Pastikan juga anda tekan butang OK, got it
    13. Selesai

     

    Berapa lama duit ePemula TNG akan masuk?

    Ini bukan duit, tetapi kredit. Jangan salah faham berkenaan hal ini.

    Masa menunggu untuk menerima kredit RM150 ini adalah 3 hari selepas hari permohonan diterima.

    Walau bagaimanapun, ia masih bergantung kepada syarat dan kelayakan kerana akan disemak oleh pihak TNG terlebih dahulu.

     

    ePemula TNG pun ada bonus voucher?

    Jika anda claim ePemula Shopee, pihak Shopee akan memberikan voucher bernilai RM500 secara percuma. Jika claim ePemula BigPay pula, pihak BigPay akan memberikan voucher bernilain RM1500. Dengan ePemula Grab, anda juga akan menerima voucher untuk GrabFood berjumlah RM150 dan daripada rakan niaga yang lain berjumlah RM60.

    TNG juga ada memberikan bonus atau insentif dalam bentuk voucher. Walau bagaimanapun, semakan kami di FAQ TNG Digital tidak menunjukkan amaun tersebut.

    Yang kami jumpa, baucer ini sah dari 11 April 2022 sehingga 10 Jun 2022. Mana-mana baucer yang tidak digunakan akan luput pada tarikh 10 Jun 2022.

     

    Apa boleh buat dengan ePemula TNG ini?

    Macam-macam boleh buat dalam aplikasi TNG. Boleh beli prepaid, boleh bayar bil, boleh bayar parking, tol dan macam-macam lagi.

    Yang tidak boleh ialah mengeluarkan kredit tersebut dalam bentuk tunai ataupun transfer pada orang lain.

     

    Siapa yang layak tebus ePemula TNG ini?

    Untuk melayakkan anda menerima kredit RM150 dalam program ePemula, anda mestilah berumur 18-20 tahun pada tahun 2022.

    Masih tak clear?

    Untuk mudah faham, anda mestila lahir pada tahun 2002, 2003 dan 2004 sahaja. Sekiranya anda lahir pada tahun 2001, anda tidak layak kerana anda sudah terlebih umur iaitu 21 tahun. Sekiranya anda lahir pada tahun 2005, anda juga tidak layak kerana masih bawah lingkungan umur yang dibenarkan iaitu 17 tahun.

    Ingat, hanya yang berumur 18, 19 dan 20 tahun sahaja layak menerima ePemula 2022.

     

    Apa syarat lain untuk dapat kredit RM150 ePemula TNG?

    Selain faktor umur, anda juga mestilah seorang pelajar sepenuh masa yang aktif di mana-mana institusi pengajian tinggi di Malaysia.

    Untuk lebih mudah faham, anda mestilah seorang pelajar sepenuh masa yang mengambil diploma, sijil kemahiran SKM4 dan ke atas. Ini termasuk IPTA dan juga IPTS. Yang paling utama, kursus yang diambil mestilah yang diiktiraf oleh kerajaan.

    Macam mana nak tahu diiktiraf atau tidak?

    Permohonan anda akan disemak silang. Takkan kerajaan buta-buta nak bagi duit macam itu sahaja tanpa buat semakan. Kalau anda dah habis sekolah tapi tak sambung belajar dan menganggur di rumah sambil goyang kaki tengok TikTok, anda tidak akan dapat apa-apa. Itulah, suruh belajar tak nak.

     

    Akhir kata

    Tepuk dada, tanya selera. Jika anda suka dengan TNG, boleh sahaja menebus ePemula dengan TNG yang sinonim dengan pembayaran tol. Jika tidak, masih ada lagi penyedia eWallet yang lain seperti BigPay, ShopeePay dan GrabPay. Jangan salah taip Empula pula. Yang betul ialah ePemula.

    Apa-apa pun, selamat berbelanja! Jangan boros.

    Semoga dipermudahkan segala urusan.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply