Apakah antara kebaikan kad kredit? Benarkah keburukan kad kredit itu lebih terserlah, hingga banyak kelebihan yang kita tak nampak?

Kami kongsikan ini adalah atas kapasiti pengguna individu. Jika anda menjalankan perniagaan, jangan sesekali guna kad kredit. Boleh cuba mohon pinjaman perniagaan seperti MARA, TEKUN dan lain-lain lagi.

Kebaikan kad kredit

Tak perlu bawa ‘cash’

Salah satu faktor yang menggalakkan penggunaan kad kredit ialah individu tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli-belah.

Bagi sesetengah orang, membawa wang tunai yang banyak merupakan satu beban dan mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan wang serta kecurian.

Penggunaan kad kredit menggelakkan semua risiko tersebut kerana hanya tandatangan yang diperlukan bagi setiap transaksi perbelanjaan.

Sebenarnya, tak kiralah anda ambil kad kredit dari mana sekalipun – kad kredit Maybank, CIMB, Ambank, AEON, RHB, BSN – semuanya adalah selamat.
Cuma cara penggunaan kita apabila di atas talian itu yang membuatkan poket tidak selamat.

 

Boleh rancang perbelanjaan

Kebaikan kad kredit yang lain ialah kita boleh buat bajet sendiri setiap bulan.

Setiap transaksi yang dilakukan menggunakan kad kredit direkodkan secara automatik. Pengguna akan mendapat penyata lengkap mengenai perbelanjaan mereka pada setiap bulan.

Secara tidak langsung, penyata tersebut dapat digunakan untuk merancang perbelanjaan bulanan. Dengan pengetahuan dan kesedaran yang tinggi tentang hala tuju perbelanjaan, pengguna boleh menggelakkan perbelanjaan yang tidak diingini.

Tengok penyata kad kredit, dan buat analisis sendiri, bahagian mana yang perlu dikurangkan perbelanjaan.

Maybank Card Spending Tracker

Jika anda menggunakan kad kredit Maybank, anda boleh lihat senarai perbelanjaan menggunakan Maybank2u secara percuma.

Dapatkan pemahaman yang lebih jelas mengenai tabiat perbelanjaan anda dan uruskan perbelanjaan anda mengikut keperluan anda sendiri dengan fungsi Card Spending Tracker.

Perbelanjaan kad debit & kad kredit pada setiap bulan dipisahkan ke dalam kategori dan ditunjukkan pada carta pai untuk memudahkan pemahaman.

Kategori yang boleh digunakan ialah:

  • Pengangkutan
  • Runcit
  • Utiliti
  • Makanan
  • Penginapan
  • Sukan
  • Perkhidmatan kewangan
  • Telekomunikasi
  • Hiburan
  • Lain-lain
  • Pendidikan
  • Insurans

Untuk menggunakan fungsi ini, masuk ke Maybank2u.com.my dan pilih ‘My Account‘ dari menu utama.
Pilih paparan seterusnya di bawah ‘Cards‘ dan lihat ‘Auto Spending Tracker‘ di bawah ‘My Total Spending‘ yang ditunjukkan dalam carta pai.

 

Transaksi lebih selamat

Semua transaksi kad kredit adalah dilindungi. Sebarang akses yang tidak sah biasanya tidak akan melibatkan wang simpanan kita secara terus.

Segala transaksi yang tidak sah boleh dilaporkan kepada pihak bank dengan mengemukakan aduan pertikaian (dispute report) untuk penyiasatan dan tindakan lanjut. Transaksi tidak sah akan terbatal secara automatik tanpa sebarang pembayaran atau caj dikenakan kepada pengguna.

Dengan bertambahnya penipu yang beleluasa di Internet, sudah pasti ini adalah salah satu kebaikan kad kredit yang tidak dapat disangkal.

 

Boleh kumpul points, dapat banyak reward

Setiap wang yang dibelanjakan menggunakan kad kredit akan melayakkan pengguna untuk mengumpul mata ganjaran.

Mata ganjaran ini boleh ditebus dengan hadiah-hadiah menarik seperti baucer membeli belah, petrol, barangan elektrik ataupun ganjaran perjalanan (miles) daripada syarikat penerbangan.

Orang perempuan pasti setuju, ini sememangnya kebaikan kad kredit yang akan membuatkan mereka lebih banyak berbelanja.
 

Menaikkan credit rating

Pengguna kad kredit juga mempunyai mata kredit (credit rating) tersendiri.Jika pengguna mempunyai rekod pembayaran yang baik, mereka akan memperolehi mata kredit yang tinggi dan ini akan memudahkan urusan permohonan pinjaman pada masa akan datang.

Pengguna juga boleh mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah lebih rendah jika memiliki mata kredit yang baik.

Jika credit rating tinggi juga, buatlah pinjaman rumah atau pinjaman kereta, nescaya semuanya akan jadi mudah.

 

Akhir kata

Seperti yang dinyatakan tadi, tak kiralah anda ambil kad kredit dari mana sekalipun – iaitu kad kredit Maybank, CIMB, Ambank, AEON, RHB, BSN, Bank Rakyat, Citibank – pastikan berhati-hati semasa berbelanja.

Pastikan juga anda tahu cara pembayaran kad kredit yang betul, agar tidak terus dibebani hutang.

Paling baik, selepas berbelanja, terus bayar tanpa hutang.

Jika anda seorang yang beragama Islam, pastikan buat kajian terlebih dahulu. Pastikan mendahulukan kad kredit Islamik berbanding konvensional. Semoga ada keberkatannya.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply