Jika anda pengguna telefon dari Apple ini, tahu tak kenapa iPhone cepat panas? Persoalan yang satu lagi, kenapa bateri iPhone cepat habis? Adakah ini petanda telefon pintar ini akan rosak?
Jangan risau. Kami akan rungkaikannya seperti di bawah. Langkau artikel ini jika iPhone anda ada menunjukkan simpton hang atau tak boleh on langsung.
Sedikit mengenai iPhone
iPhone ialah telefon pintar yang direkabentuk dan dipasarkan oleh Apple.
Peranti ini boleh berfungsi sebagai telefon kamera, pemain multimedia mudah alih, dan klien internet untuk emel dan melayari web. Telefon multimedia ini tidak menggunakan kekunci fizikal tetapi dilengkapi dengan skrin sesentuh dengan kekunci maya.
iPhone menggunakan sistem operasi yang dikenali sebagai iOS. Pelbagai versi iPhone telah berjaya dijual dan yang terkini, iPhone 11 Pro telah dilancarkan pada September 2019, dan telah mula dijual kepada pengguna.
Penghasilan haba
iPhone, seperti jenama telefon pintar yang lain seperti Samsung, Oppo dan Vivo, merupakan telefon pinter berkonsepkan komputer bersaiz kecil.
Dan berfungsi seperti komputer, iPhone juga akan menghasilkan haba yang mengakibatkannya menjadi panas. Tetapi, tidak seperti komputer, iPhone tidak mempunyai kipas untuk menyejukkannya kembali.
Kenapa iPhone cepat panas
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan iPhone menjadi panas.
iPhone anda overworked
Pertama sekali, pemanasan pada iPhone anda terjadi disebabkan iPhone anda berfungsi dan bekerja melebihi kemampuan dan kesesuaian pada satu-satu masa. Daripada bermain permainan 3D ataupun live streaming video dalam resolusi HD, serta penggunaan GPS dengan kerap, faktor-faktor ini menyumbang kepada iPhone menjadi panas.
Selain itu, bateri dan cip sistem yang terkandung dalam iPhone, berfungsi sama seperti komputer.
Malangnya, seperti yang disebutkan tadi, tidak seperti laptop atau PC, iPhone tidak mempunyai kipas untuk menyejukkan komponen-komponen ini. Tambahan pula, badan iPhone yang mengandungi besi bertindak sebagai pengalir haba yang baik, memudahkan iPhone menjadi panas.
Perkara baik tentang iPhone adalah apabila peranti iOS mula untuk panas dan menjadi suam, haba akan mudah untuk keluar daripada komponen dalaman. Cip ARM yang digunakan dalam peranti ini sangat berkesan dalam mengawal penghasilan haba. Cip ini hanya akan menjadi suam dan panasnya meningkat apabila dikerahkan bekerja melebihi kesesuaian pada satu-satu masa.
Suam dan panas adalah dua perkara yang berbeza. Anda juga boleh tahu perbezaannya apabila telefon anda menjadi panas atau menjadi terlampau panas untuk dipegang dengan tangan.
Peranti iOS Apple direka untuk beroperasi pada suhu 32-95 darjah Fahrenheit ataupun bersamaan dengan 0-35 darjah Celsius. Sekiranya iPhone anda digunakan pada suhu atau iklim yang kurang atau melebihi daripada suhu tersebut, masalah akan timbul pada iPhone anda, termasuk menjadi terlampau panas.
Sekiranya iPhone menjadi sangat panas, sebuah mesej akan tertera di skrin memaklumkan kepada anda tentang masalah tersebut.
Selain itu, banyak fungsi-fungsi utama yang sedang berjalan akan ditukar kepada mod tenaga rendah, aatupun dalam sesetengah kes, akan dinyahupayakan, atau tidak akan berfungsi.
Tetapi, anda juga mampu menyelesaikan masalah ini denga tidak menggunakan iPhone anda untuk beberapa minit dan biarkan peranti anda menjadi sejuk perlahan-lahan dalam cuaca yang sejuk ataupun redup.
Jangan bimbang, tiada kerosakan kekal akan berlaku.
Jika anda rajin, boleh baca lanjut di Macworld.
Suhu persekitaran tidak sesuai
Di samping itu, sekiranya anda menggunakan aplikasi yang berat ataupun memerlukan telefon anda bekerja dengan kuat seperti permainan online ataupun menonton video HD, pada cuaca yang panas, iPhone anda mampu untuk mengeluarkan amaran mengatakan bahawa peranti tersebut menjadi terlampau panas.
Situasi lain yang mampu membawa kepada mesej ini adalah seperti berjemur di bawah cahaya matahari terlampau lama, ataupun meninggalkan iPhone anda di dalam kereta di bawah cuaca yang panas.
iPhone cepat panas, sebab bateri Ion Litium yang mudah panas
Masalah iPhone menjadi panas ini juga boleh dikaitkan dengan penggunaan bateri dalam iPhone itu sendiri.
Inilah yang menyebabkan ramai orang bertanya, kenapa bateri iPhone cepat habis.
Sebelum ini, Samsung telah membuktikan bahawa penggunaan bateri ion litium mampu membawa risiko sekiranya bateri ion litium tersebut menjadi panas. Peranti iOS Apple juga menggunakan bateri ion litium.
Walaupun dikira masih lagi selamat, masih terdedah dengan risiko sekiranya beroperasi dalam keadaan panas yang ekstrem.
Guna pengecas yang tidak disahkan SIRIM
Di samping itu, pemanasan pada iPhone mungkin terjadi apabila anda menggunakan pengecas pihak ketiga yang tidak disahkan.
Hanya pengecas Apple, ataupun pengecas jenis third-party yang disertakan dengan seal penegsahan Made for iPhone sahaja yang boleh dan selamat digunakan.
Pengecas yang tidak disahkan mampu merosakkan iPhone anda.
Jadi, kenapa iPhone cepat panas? Kemungkinan besar kerana guna charger yang tidak original. Jadi, beli dan gunakanlah yang original, bukan 3rd party. Biarlah mahal sedikit, janji berbaloi.
Akhir kalam
Kesimpulannya, haba adalah normal kepada iPhone, ataupun peranti jenama lain, lebih-lebih lagi apabila peranti tersebut menggunakan bateri ion litium.
Apabila digunakan, haba akan tetap keluar apabila anda menyentuh telefon anda. Anda tidak perlu risau dengan telefon anda, melainkan apabia telefon anda menjadi panas secara tiba-tiba.
Untuk kegunaan yang optimum, elakkan mendedah iPhone anda kepada terik matahari, terutamanya dengan bahagian skrin menghadap matahari.
Sekiranya anda berjaga-jaga dalam penggunaan anda, iPhone anda akan kekal sejuk dan mampu bertahan lama.
Memandangkan anda menggunakan iPhone dan pernah rasa Internet slow, jemput juga baca cara lajukan Internet.
Terakhir, jangan lupa baca cara langgan Apple One untuk mendapatkan pakej Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud sekaligus.
Semoga bermanfaat.