Perbankan Internet Bank Muamalat memang memudahkan. Jika anda sudah berdaftar, hanya perlu log masuk Bank Muamalat melalui i-Mualamat; dan terus boleh buat urusan perbankan secara atas talian. Ini termasuk urusan harian seperti bayar bil, transfer duit Bank Muamalat guna DuitNow ke bank-bank lain, semak duit baki dalam akaun dan macam-macam lagi.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi semua perkara yang berkaitan dengan hal-hal log masuk Bank Muamalat.
Cara Log Masuk Bank Muamalat Online
Berikut ialah cara log masuk Bank Muamalat melalui Perbankan Internet Bank Muamalat:
- Sila layari Internet Banking Bank Muamalat di sini: https://www.i-muamalat.com.my
- Muka hadapan i-Muamalat akan terpapar
- Sila log masuk i-muamalat.com.my seperti biasa
- Isikan Username
- Seterusnya, teruskan dengan menekan butang Next
- Sila sahkan Chosen Image
- Isikan Password
- Tekan butang Login
- Sekiranya semua proses log masuk berjalan lancar, anda akan dapat masuk ke dalam sistem i-Muamalat
- Teruskan dengan transaksi yang diingini seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui i-Muamalat
- Selesai
Tak Boleh Log Masuk Bank Muamalat?
Ada beberapa sebab yang menyebabkan anda mengalami masalah untuk log masuk Bank Muamalat.
Antara masalah yang selalu berlaku dan penyelesaian kepada permasalahan login Bank Muamalat ini adalah seperti berikut:
- Tersalah Masukkan Kata laluan Bank Muamalat. Kalau ini berlaku, cuba ingat semula dan pastikan anda telah mengisi kata laluan yang betul di ruang yang disediakan. Pastikan anda tidak menggunakan aksara atau simbol yang tidak dibenarkan dalam kata laluan anda. Jika anda lupa kata laluan, janganlah menggelabah. Anda boleh tetapkan semula kata laluan atau reset password Bank Muamalat anda.
- Tersalah Masukkan username. Ya, ada kalanya, ia berlaku akibat kecuaian. Periksa sama ada anda telah melakukan kesalahan semasa daftar username anda. Contohnya, nak letak username “farhan1992”, tapi tersilap “farhan1993”. Jika ini berlaku, anda perlu hubungi bank anda untuk mendapatkan bantuan. Mungkin boleh tukar, mungkin tidak boleh.
- Sambungan Internet slow macam siput dan bermasalah. Jika line nampak slow sangat-sangat, pastikan anda menggunakan sambungan Internet yang stabil sebelum mencuba log masuk. Kalau boleh, jangan guna data, tapi guna Wi-Fi.
- Perkhidmatan Bank Muamalat memang ditutup sementara. Anda perlu pastikan perkhidmatan Internet Banking tidak ditutup untuk maintenance atau sebab lain. Klik-klik sana sini, tak jadi. Memanglah, sebab dia down. Boleh rujuk Twitter untuk melihat status terkini.
- Masalah cache pada browser. Cuba clear cache dan cookies pada pelayar atau browser di telefon Android atau iPhone seperti Brave, Google Chrome, Safari, Firefox dan macam-macam lagi. Ini boleh membantu selesai problem untuk log masuk yang disebabkan oleh data lama yang tersimpan pada pelayar anda.
- Masalah pelayar itu sendiri. Kadang-kadang Google Chrome (atau Brave dan lain-lain) memang buat gila. Tak selamanya dia berkelakuan baik. Jadi, cuba gunakan pelayar yang berbeza untuk log masuk Bank Muamalat. Ini boleh membantu anda mengetahui jika masalah tersebut disebabkan oleh pelayar yang anda gunakan atau tidak.
Reset Kata Laluan Bank Muamalat Online
Kami faham, anda kalau boleh memang nak masalah log masuk ini diselesaikan segera.
Jadi, jika anda adalah orang yang memang mahir dan pandai dalam bidang IT, anda boleh cuba reset password Bank Muamalat sendiri secara online melalui https://www.i-muamalat.com.my.
Tidak susah mana pun. Hanya perlu ikut langkah-langkah yang diberikan satu persatu.
Boleh ikuti panduan ringkas berkenaan cara reset kata laluan Bank Muamalat ini.
Sila bersedia dengan handphone anda di sebelah kerana Bank Muamalat akan send SMS TAC Bank Muamalat atau OTP untuk verifikasi.
Masih Ada Masalah Untuk Set Semula Kata Laluan Bank Muamalat?
Kalau anda dah cuba reset password Bank Muamalat banyak kali tapi masih lagi gagal, tak payah buang masa. Lebih baik hubungi Customer Service Bank Muamalat.
Berikut ialah cara reset semula kata laluan Bank Muamalat anda dengan bantuan Customer Service:
- Sila ‘call’ Bank Muamalat di talian 03-2600 5500
- Sila pilih nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
- Bagi memudahkan urusan pertanyaan tentang log masuk, pilih Bahasa Melayu
- Tunggu sekejap sehingga ‘call’ anda dijawab oleh Customer Service Bank Muamalat
- Apabila ‘call’ sudah dijawab, perkenalkan diri anda
- Untuk tidak membuang masa, terus berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
- Beritahu Customer Service, anda ada masalah untuk log masuk
- Jika difikirkan perlu, Customer Service di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti
- Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang ditanya dengan betul
- Ini termasuk dalam satu proses untuk memastikan bahawa anda benar-benar pemilik akaun ini
- Pihak Customer Service di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
- Seterusnya, pihak Customer Service akan membantu anda semak akaun anda jika ada apa-apa masalah
- Jika betul-betul tak ingat password, minta Customer Service reset password
- Terus kekal di talian sementara pihak Customer Service membantu menyelesaikan masalah log masuk dan kata laluan anda
- Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk dan kata laluan anda akan diselesaikan oleh Customer Service
- Selesai
Apa Kriteria Kata Laluan Yang Bagus?
Kata laluan biar susah, jangan guna yang senang-senang. Nanti orang boleh hack.
Secara asasnya, anda boleh guna kombinasi huruf besar dan kecil, angka, dan simbol.
Ini akan meningkatkan kekerapan kesukaran kata laluan untuk diteka. Contohnya “farhan1992” ini nampak biasa-biasa. Tapi kalau “F4rh4n@1992!”, ia lebih baik.
- Jangan gunakan kata-kata yang mudah orang teka, seperti nama penuh, tarikh lahir, atau nombor telefon.
- Jangan gunakan password yang sama untuk akaun bank yang berbeza.
- Jangan simpan kata laluan Bank Muamalat anda di telefon atau komputer anda.
- Jangan beritahu kata laluan anda kepada sesiapa, walaupun keluarga sendiri.
- Sesekali tukarlah kata laluan Bank Muamalat anda, ia akan menambahkan lagi lapisan keselamatan.
- Jangan guna yang pendek, tapi gunakan kata laluan yang panjang, sekurang-kurangnya 8-12 aksara.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara log masuk Bank Muamalat ini cukup ringkas dan mudah difahami.
Terakhir, untuk menjaga keselamatan akaun anda, pastikan anda memilih kata laluan Bank Muamalat yang betul-betul kuat supaya tak kena hack.
Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?
Semoga bermanfaat.