Jika anda sudah mempunyai akaun bank Maybank, tetapi belum mempunyai Maybank2u, jemput baca cara daftar Maybank2u online ini dalam Bahasa Melayu di maybank2u.com.my
Kami berpendapat, jika guna Bahasa Melayu untuk menerangkan cara buat Maybank2u, ia lebih mudah faham.
1. Sebelum daftar Maybank2u, daftar nombor telefon bimbit dahulu
Jika anda ingin melakukan apa-apa transaksi online menggunakan Maybank2u, anda perlukan TAC atau nombor PIN. Untuk wujudkan Maybank2u, memang wajib register phone number.
Kenapa wajib?
Ini adalah satu ciri keselamatan yang penting bagi mengelakkan scam semasa buat transfer duit Maybank ke akaun yang lain.
Jadi, sebelum daftar dan buat akaun Maybank2u online, kami sarankan anda daftar nombor telefon bimbit terlebih dahulu supaya tidak membuang masa.
Cara untuk register nombor handphone adalah seperti berikut:
- Pergi ke mesin Automated Teller Machine (ATM) Maybank yang berdekatan.
- Masukkan kad Maybank anda pada mesin berkenaan, dan pilih bahasa yang anda ingini samada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina
- Masukkan nombor PIN enam digit untuk kad ATM Maybank anda.
- Apbila paparan Menu Utama ditayangkan, sila pilih Maybank2U/Phone Banking/ATM SMS Alerts.
- Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2U TAC.
- Pada ruangan yang diberikan pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit anda yang sah dan aktif. Kemudian, tekan Ya.
- Proses mendaftar nombor telefon bimbit anda selesai.
- Teruskan untuk proses pendaftaran Maybank2u
2. Daftar Maybank2u melalui aplikasi MAE (mulai 5 Januari 2026)
Dikemas kini 11 November 2026. Menurut pengumuman Maybank bertarikh 18 September 2025, mulai 5 Januari 2026 pendaftaran akaun Maybank2u baharu hanya boleh dibuat melalui aplikasi MAE (untuk pengguna Individu dan Pemilik Tunggal). Butang "REGISTER NOW" di laman web maybank2u.com.my yang digunakan dahulu bukan lagi cara pendaftaran. Langkah rasmi sekarang:
- Tetapkan PIN M2U sementara di ATM Maybank, dengan memasukkan kad debit atau kredit dan PIN 6 digit kad anda. Jika anda tiada kad, dapatkan Nombor Akses dan tetapkan PIN sementara di cawangan Maybank. PIN sementara ini hanya sah selama 48 jam.
- Buka aplikasi MAE dan tekan Register for M2U Online Banking Access.
- Masukkan nombor kad debit atau kredit, atau Nombor Akses anda. Gunakan pilihan yang sama seperti semasa menetapkan PIN sementara.
- Masukkan PIN M2U sementara.
- Cipta nama pengguna dan kata laluan Maybank2u, kemudian masukkan e-mel anda.
- Cipta Imej, Frasa dan Soalan Keselamatan anda.
- Tekan Activate Secure2u, kemudian Activate Now, dan ikut arahan di skrin.
Jangan lupa baca cara aktifkan Maybank Paywave untuk pembayaran yang lebih mudah menggunakan kad debit nanti.
3. Maklumat lanjut pendaftaran Maybank2u (bukan Mybank2u)
Sekiranya anda menghadapi masalah semasa proses mendaftar akaun Maybank2U, boleh hubungi Maybank Careline pada talian berikut:
- Customer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia)
- +603-7844 3696 (Luar Negara)
Akhir kalam
Sebenarnya, jika ikut panduan di atas, cara daftar Maybank2u tidaklah sesukar mana. Kalau ikut langkah demi langkah untuk buka akaun Maybank, pasti berjaya.
Suatu hari nanti, jika terlupa kata laluan, anda boleh cuba tukar password Maybank2u dan tukar no telefon Maybank jika perlu.
Semoga bermanfaat.