What's Hot

    Jika anda pernah terlibat dalam kes perundangan, tentu tercari-cari peguam mana yang boleh wakilkan anda. Kini tidak lagi. Dengan adanya portal direktori Malaysian Bar Find a Lawyer, segala-galanya jadi lebih mudah.
    Langkau artikel ini jika anda menghadapi masalah, dan mahu check scammer online.
    Usah risau. Undang-undang merupakan perkara yang memastikan sesebuah kawasan, kampung, bandar, daerah, negeri mahupun sesebuah negara itu kekal aman, terurus, dan mempunyai sistem pengurusan yang sistematik.
    Anda juga akan rasa selamat.

    Apa itu undang-undang?

    Dari segi istilah, undang-undang membawa maksud kepada sistem peraturan kelakuan yang ditentukan kerajaan sesuatu tempat untuk mengekalkan kestabilan dan keadilan. Undang-undang merupakan norma atau sistem yang perlu diikuti oleh ahli-ahli masyarakat, dan biasanya undang-undang merupakan peraturan sesuatu negara.
    Jika ia dilanggar, orang yang melanggarnya mungkin dihukum atau didenda. Secara lazimnya, undang-undang ditadbir oleh suatu sistem mahkamah di mana hakim mendengar pertikaian di antara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil.
    Selain itu, untuk memastikan sesebuah negara kekal aman dan sejahtera, terdapat individu-individu yang berperanan untuk memastikan undang-undang negara tersebut kekal relevan.
    Merekalah yang digelar pengamal undang-undang. Individu-individu ini, ataupun gelaran biasa mereka sebagai peguam, merupakan individu-individu yang telah mendapat latihan secara profesional dalam undang-undang.
    Kerja utama mereka termasuklah memberi nasihat atau bantuan guaman kepada pelanggan mereka, yang juga merupakan pihak yang terlibat dalam sesebuah kes di mahkamah.
    Seorang peguam menerapkan pengetahuannya mengenai teori undang-undang secara praktikal untuk menyelesaikan masalah sebenar atau pelanggannya.

    Fungsi peguam

    Tahukah anda? Fungsi peguam adalah berbeza mengikut tempat, di mana takrifannya juga mungkin berbeza. Misalnya:

    • Di Amerika Syarikat, mereka digelar wakil undang-undang yang mempraktikkan guaman
    • Di Australia, mereka digelar sebagai barrister dan peguam car
    • Di Kanada, mereka digelar sebagai individu yang berlesen untuk mempraktikkan guaman
    • Di United Kingdom, gelaran mereka agak umum; boleh merujuk kepada orang yang mempraktik guaman seperti barrister, peguam cara, peguam pindah hak ataupun tidak seperti hakim

    Tahukah anda juga bahawa kerjaya profesional seperti peguam ini mempunyai sebuah profesional di mana mereka bernaung di bawahnya? Badan ini digelar sebagai sebagai Badan Peguam Malaysia.

    Malaysian Bar (Badan Peguam Malaysia)

    Badan Peguam Malaysia atau Majlis Peguam Malaysia merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 (dimansuhkan kemudian dan digantikan oleh Akta Profesion Undang-undang 1976).
    Tujuan badan ini adalah untuk mendukung kedaulatan undang-undang dan perjuangan keadilan serta untuk melindungi kepentingan profesion undang-undang dan kepentingan orang ramai.
    Setiap peguam bela dan peguam cara merupakan ahli Badan Peguam Malaysia secara automatik asalkan mereka memegang perakuan amalan yang sah.
    Badan ini mempunyai organisasinya sendiri yang terdiri daripada 38 ahli yang dipilih setiap tahun untuk menguruskan urusan-urusan dan melaksanakan fungsi-fungsi badan ini.

    Fungsi Malaysian Bar

    Antara fungsi utama Badan Peguam Malaysia adalah untuk:

    • Untuk menegakkan keadilan tanpa dipengaruhi oleh kepentingan sendiri atau ahli-ahlinya, serta tidak dipengaruhi oleh rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak
    • Untuk mengekalkan dan meningkatkan standard pengendalian dan pembelajaran profesion undang-undang di Malaysia
    • Untuk memudahkan pemerolehan pengetahuan undang-undang oleh ahli profesion undang-undang dan lain-lain
    • Untuk mewakili, melindungi dan membantu ahli atau profesion undang-undang di Malaysia dan mempromosikan dengan cara yang betul kepentingan profesion undang-undang di Malaysia, serta banyak lagi fungsi utama lain

     

    Find a Lawyer (Mencari Peguam)

    Tahukah anda bahawa Badan Peguam Malaysia juga menyediakan kemudahan untuk rakyat di Malaysia untuk mencari peguam?
    Kebiasaannya, apabila seseorang individu berdepan dengan sesuatu kes yang melibatkan dirinya, amat lazim bagi individu tersebut mencari seorang peguam yang dapat memberi bantuan guaman, dengan erti kata lain, mewakili kliennya untuk membuktikan bahawa kliennya tidak bersalah selagi bukti yang kukuh tidak dapat disahihkan.
    Defendan, iaitu pihak yang dituntut bersalah, mahupun plaintif, pihak yang menuntut seseorang itu bersalah, kedua-dua pihak ini menggunakan peguam untuk membela diri mereka. Sebagai badan bebas, Badan Peguam Malaysia juga ingin memudahkan pelanggan untuk mencari peguam yang sesuai untuk mengendalikan kes mereka.
     

    Direktori senarai peguam di Malaysia

    Di bawah direktori https://www.malaysianbar.org.my/find_a_lawyer.html, pelanggan mempunyai akses untuk mencari peguam yang ada di seluruh Malaysia. Dengan menggunakan direktori ini, pelanggan boleh melihat secara terperinci peguam tersebut, seperti nama penuh, firma, alamat penuh firma yang diwakilinya, nombor telefon dan faks firma tersebut, emel firma serta kelayakan secara akademik peguam tersebut beserta tarikh pendaftaran peguam tersebut di bawah Badan Peguam Malaysia. Bagaimana caranya? (Perhatian: direktori ini dikendalikan dalam Bahasa Inggeris)
     

    Cara guna portal Malaysian Bar Find A Lawyer

    Caranya amat mudah untuk anda contohnya sebagai pelanggan/klien:

    1. Layari direktori laman web https://www.malaysianbar.org.my/find_a_lawyer.html. Anda akan dibawa ke salah satu direktori yang terkandung dalam laman web rasmi Badan Peguam Negara.
    2. Di dalam direktori tersebut, terdapat tiga jenis alternatif carian yang boleh digunakan; Enter Search Criteria, Browse Lawyers by State dan Browse Lawyers by Name. Pilih salah satu.
    3. Sekiranya anda memilih Enter Search Criteria:
    • Buat pilihan di bahagian kotak teratas yang mengandungi Contains, yang bermaksud sebarang perkataan (nama) yang anda ingin masukkan terkandung dalam mana-mana nama peguam yang berdaftar di bawah Badan Peguam Malaysia, ATAU
    • Memilih Start With, bermaksud sebarang nama yang anda masukkan, merupakan nama awalan untuk mana-mana peguam yang berdaftar di bawah Badan Peguam Malaysia. Misalnya, sekiranya anda memilih Start With dan memasukkan nama Ali dalam kotak di bawah kotak pilihan ini, anda akan mendapat nama peguam yang bermula dengan Ali, tidak kira nama peguam tersebut adalah Ali, ataupun terdapat perkataan Ali dalam nama penuhnya, seperti Alia atau Alister
    • Tekan butang Search untuk mendapat jawapan kepada pencarian anda
    1. Sekiranya anda memilih Browse Lawyers by State:
    • Di dalam kotak pilihan, pilih negeri yang anda ingin untuk carian peguam anda.
    • Hasil carian ini meliputi 14 buah negeri dalam Malaysia, dan juga meliputi peguam daripada firma dari Singapura dan juga Brunei yang berdaftar dengan Badan Peguam Malaysia
    1. Sekiranya anda memilih Browse Lawyers By Name:
    • Pilih abjad dari A sampai Z. Setiap abjad ini mewakili huruf paling awal pada nama penuh setiap peguam yang berdaftar di bawah Badan Peguam Malaysia
    • Sekiranya anda pilih A, maka setiap nama peguam yang bermula dengan huruf A akan terpapar pada hasil carian

    Nama penuh peguam

    Untuk makluman anda, direktori ini berfungsi untuk memaparkan maklumat penuh peguam yang berdaftar dengan Badan Peguam Negara, dan juga maklumat penuh firma peguam tersebut, seperti alamat penuh firma, no telefon dan faks firma, emel firma serta nama peguam di bawah firma tersebut.
    Bagi peguam atau firma yang merupakan ahli yang bernaung di bawah Badan Peguam Malaysia, mereka juga boleh mendaftar akaun baru atas talian di laman web rasmi Badan Peguam Negara ini.

    Akhir kata

    Mudah bukan?
    Walau bagaimanapun, Malaysian Bar Find a Lawyer hanyalah sekadar direktori.
    Sudah semestinya anda masih perlu menghantar emel kepada peguam atau firma yang berdaftar di bawah Badan Peguam Negara ini sekiranya anda ingin mendapatkan peguam ini sebagai peguam anda.
    Nombor telefon, faks dan alamat penuh yang tertera juga memudahkan lagi anda untuk menghubungi mereka. Apapun, semoga berjaya.
    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    1 Comment

    Leave A Reply