What's Hot

    Pengeluaran ASB kini menjadi semakin mudah kerana anda boleh keluarkan secara online melalui myasnb.com.my. Untuk makluman, pengeluaran ASB ini adalah percuma. Tidak akan dikenakan apa-apa caj.

    Izinkan kami berkongsi seperti di bawah.

    Persediaan / pra-syarat

    Sebelum boleh keluarkan secara online, pastikan ada sudah register ASB online terlebih dahulu.

    Sila baca cara daftar ASB online untuk maklumat lanjut.

    Pengeluaran ASB online

    Berikut ialah langkah mudah untuk keluarkan duit ASB secara online:

    1. Layari laman web rasmi ASB di sini: www.myasnb.com.my
      • Ada dua pilihan bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan English
      • Pilih BM iaitu Bahasa Melayu
    2. Klik Log Masuk di bahagian kanan atas
    3. Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna
    4. Klik Teruskan
    5. Akan keluar satu frasa keselamatan
    6. Jika ini bukan frasa keselamatan yang anda pilih, jangan teruskan urusniaga. Klik Tidak.
    7. Jika ini ialah frasa keselamatan yang anda piliah, klik Ya.
    8. Masukkan Kata Laluan
    9. Klik menu Portfolio
    10. Akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang anda langgan
    11. Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera, ada butang Transaksi
    12. Klik butang Transaksi
    13. Pilih Jualan Balik
    14. Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
    15. Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum sebelum meneruskan transaksi.
    16. Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
    17. Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
    18. Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
    19. Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat
    20. Akan keluar satu popup yang menatakan Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
    21. Jika bersetuju, klik Teruskan
    22. Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
    23. Klik Permintaan TAC
    24. Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan
    25. Klik Seterusnya
    26. Transaksi untuk buat pengeluaran ASB secara online kini sudah berjaya
    27. Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah  masuk

    Sila ambil maklum bahawa waktu operasi untuk buat pengeluaran duit ASB secara online ialah dari hari Isnin – Ahad; iaitu dari jam 7.00 pagi – 6.00 petang. Selepas 6.00 petang, tiada urusniaga dibenarkan.

     

    Had maksimum pengeluaran ASB

    Untuk makluman, walaupun anda kini boleh keluarkan duit ASB secara online, ada had minimum dan maksimum dan dikenakan. Ini adalah untuk mengelakkan pengeluaran ASB secara berlebihan.

    • Had minimum: RM100 sebulan
    • Had maksimum: RM500 sebulan

    Anda juga hanya boleh membuat pengeluaran maksimum 3 kali sebulan. Untuk keluarkan duit dalam jumlah yang lebih besar dari RM500, anda boleh baca cara keluarkan duit ASB di mana-mana cawangan dan juga ejen ASB yang berhampiran.

     

    Contoh pengiraan untuk keluarkan ASB dalam sebulan

    Jadi, jika anda ingin keluarkan RM500 sebulan, anda boleh buat 3 kali:

    • Pengeluaran pertama: RM200
    • Pengeluaran kedua: RM200
    • Pengeluaran ketiga: RM100

     

    Maklumat lanjut

    Sekiranya anda terlupa username atau password, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian ini:

    • 03 – 7730 8899

     

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian cara pengeluaran duit ASB secara online ini akan memudahkan urusan anda.

    Walaupun maksimum RM500 itu tidaklah banyak mana, setidak-tidaknya kita boleh keluarkan untuk kegunaan apabila terdesak. Jika masih tak cukup, boleh cuba cara keluarkan duit KWSP Akaun 1 dan juga pengeluaran duit KWSP Akaun 2.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    1 Comment

    Leave A Reply