Sebelum ini, memang ada cara daftar i-Lestari yang memerlukan i-Akaun untuk buat pengeluaran duit simpanan. Namun, tak semua orang boleh daftar kerana ada langkah yang menyukarkan seperti pendaftaran nombor telefon. Ramai ahli mahukan cara permohonan KWSP iLestari secara online tanpa i-Akaun.
Langkau artikel ini untuk baca cara mohon i-Sinar KWSP yang baru.
Sistem KWSP iLestari
Alhamdulillah.
Bermula pada April 2020, KWSP telah buat satu penambahbaikan yang sangat-sangat memudahkan ahli dengan mewujudkan sistem untuk buat permohonan secara online.
Ini sudah tentu akan memudahkan ahli membuat permohonan tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat KWSP.
Tambahan lagi dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperketatkan untuk membendung wabak Coronavirus COVID-19, segala-galanya terbatas.
Antara kebaikan menggunakan sistem ini ialah:
- Tidak perlu mengisi apa-apa borang pengeluaran
- Tidak perlu pergi ke cawangan KWSP
- Tidak perlu beratur di kaunter KWSP
- Tidak perlu login i-Akaun
- Tidak perlu email permohonan i Lestari
- Boleh buat semakan status permohonan secara online
- Juga boleh buat semakan pengeluaran secara online
- Segala-galanya adalah secara online sahaja
Maka, izinkan kami kongsikan cara untuk permohonan pengeluaran iLestari menggunakan sistem yang baru ini.
Permohonan KWSP iLestari
Berikut adalah perkongsian mengenai sistem i-Lestari tanpa i-Akaun yang terkini. Ia adalah alternatif kepada permohonan yang mewajibkan melalui i-Akaun.
Kelayakan permohonan
Sebelum itu, izinkan kami berkongsi apakah antara kelayakan untuk buat permohonan pengeluaran duit KWSP i-Lestari ini.
Pengeluaran ini adalah layak kepada ahli yang menepati syarat berikut:
- Warganegara Malaysia, pemastautin tetap dan bukan warganegara Malaysia
- Berumur di bawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
Permohonan baru pengeluaran KWSP iLestari (Tanpa i-Akaun)
Ingin kami ingatkan sekali lagi, ini ialah cara buat permohonan pengeluaran KWSP i-Lestari tanpa i-Akaun. Pastikan duit dalam Akaun 2 cukup untuk dikeluarkan.
Sekiranya nombor telefon anda tidak pernah didaftarkan dalam sistem KWSP, anda perlu mendaftar i-Akaun.
Dan anda hanya boleh memilih satu saluran sahaja untuk membuat permohonan.
Ini bermakna, jika anda pilih untuk buat pengeluaran dengan i-Akaun, maka guna i-Akaun sahaja. Sebaliknya, jika anda pilih iLestari, masa iLestari sahaja. Tidak boleh kedua-duanya.
- Layari portal rasmi i-Lestari di sini: https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik PERMOHONAN BAHARU KWSP
- Isikan Nombor MyKad.
- Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan permohonan pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun dibuat.
- Isikan Nombor Telefon Bimbit
- Isikan Alamat Email
- Isikan Alamat Rumah
- Isikan Poskod
- Isikan Bandar
- Pilih Negeri
- Pilih Amaun di bahagian Amaun Dimohon Sebulan (RM)
- Untuk permohonan pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun, sila pilih amaun mengikut baki yang ada dalam Akaun 2 EPF
- RM50
- RM100
- RM150
- RM200
- RM250
- RM300
- RM350
- RM400
- RM450
- RM500
- Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
- Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-Lestari online adalah seperti berikut:
- Affin Bank Berhad
- Agrobank
- Al Rajhi Bank (M) Berhad
- Alliance Bank
- Ambank (M) Berhad
- Bank Muamalat (M) Berhad
- Bank Rakyat
- Bank Islam (M) Berhad
- BSN
- CIMB Bank Berhad
- Citibank Berhad
- EON Bank Berhad
- HSBC Bank (M) Berhad
- Hong Leong Bank
- Kuwait Finance House
- Maybank
- OCBC Bank (M) Bhd
- Public Bank Bhd
- RHB Bank BHd
- Standar Chartered
- UOB (M) Bhd
- Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-Lestari online ini
- Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif akan menyebabkan duit i-Lestari tidak masuk
- Kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, akan menyebabkan masalah
- Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
- Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online
- Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
- Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
- Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
- Jika tidak ada gambar, klik langkau
- Pastikan pilihan semua selesai
- Klik Hantar
- Permohonan baru pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun kini sudah selesai.
Semakan status permohonan pengeluaran i-Lestari
Sila ikuti panduan ringkas di bawah untuk buat semakan permohonan secara online ini, iaitu pengeluaran i-Lestari KWSP tanpa i-Akaun.
Untuk panduan yang lebih lengkap, sila rujuk semakan i-Lestari online.
- Sama juga, layari i-Lestari online di sini: https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik SEMAK PERMOHONAN
- Pastikan anda berada di bahagian Semakan Status KWSP
- Isikan Nombor MyKad sama seperti dalam kad pengenalan
- Isikan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan tepat untuk semakan permohonan pengeluaran i-Lestari online ini
- Tick Saya bukan robot
- Selepas tick, akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
- Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
- Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
- Jika tidak ada gambar yang berkaitan, klik langkau
- Pastikan pilihan gambar telah selesai untuk meneruskan semakan pengeluaran iLestari online
- Klik Semak
- Anda akan dapat masuk melihat status permohonan KWSP i-Lestari
- Permohonan untuk buat semakan pengeluaran KWSP i-Lestari online tanpa i-Akaun kini sudah selesai.
- Bayaran akan dimasukkan ke dalam bank pilihan.
- Jika semakan status LULUS, anda tak perlu buat apa-apa. Hanya perlu tunggu duit masuk sahaja.
Soalan lazim
Macam mana nak tahu sudah dapat kelulusan?
Jika mendapat kelulusan, anda akan dapat melihat Status Permohonan seperti di bawah.
Bila boleh dapat duit KWSP iLestari?
Bagi pemohon yang ada buat permohonan pengeluaran sebelum akhir bulan, anda dibayar pada bulan seterusnya.
Ini bermakna, bukan duit akan diterima bukan dalam bulan yang sama.
Untuk lebih mudah faham, izinkan kami berikan contoh:
- Tarikh permohonan: April 2020
- Permohonan diterima: April 2020
- Permohonan disahkan: April 2020
Maka bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei 2020.
Walau permohonan ini adalah permohonan secara online, ia juga akan ambil sedikit masa untuk diproses oleh pekerja KWSP.
Berapa banyak amaun KWSP iLestari yang boleh dikeluarkan?
Amaun duit KWSP i-Lestari yang dibenarkan untuk dikeluarkan adalah bermula daripada RM 50 hingga maksimum RM 500 setiap bulan.
Jika dibuat kira-kira yang mudah:
- Jika anda keluarkan RM 500 setiap bulan
- Dan berterusan selama 12 bulan
- Jumlah amaun yang akan dikeluarkan adalah RM 6,000
Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada baki yang terdapat dalam Akaun 2 KWSP.
Permohonan pengeluaran boleh dibuat secara online. Permohonan pengeluaran Akaun 2 ini juga hanya perlu dibuat sekali sahaja.
Ahli boleh membuat permohonan dalam tempoh 12 bulan bermula April 2020 hingga Mac 2021.
Cuma janganlah bertangguh sehingga sudah hampir ke bulan Mac 2021.
Kalau tak ada akaun bank, macam mana?
Tidak boleh.
Untuk pengeluaran menggunakan sistem iLestari, anda mesti ada akaun atas nama sendiri. Sila tunggu selepas tamat PKP untuk membuka akaun di mana-mana bank berdekatan.
Walaupun sekarang masih dalam bulan April 2020, masih lagi ada masa yang mencukupi sehingga bulan Mac 2021 untuk buat urusan pengeluaran.
Bolehkah guna akaun bank pasangan?
Walaupun permohonan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk suami atau isteri, maklumat bank mestilah sama dengan nama pemohon.
Ini bermakna, jika pemohon ialah suami, maka suami mestilah menggunakan akaun bank yang atas nama sendiri.
Akhir kata
Terima kasih KWSP kerana mendengar suara rakyat yang mahukan cara buat permohonan pengeluaran i-Lestari online tanpa i-Akaun yang lebih memudahkan.
Benar, masih ada juga yang tidak mahir untuk membuat permohonan KWSP iLestari menggunakan sistem ini.
Namun, jangan bimbang kerana pengeluaran boleh dibuat selepas tempoh PKP tamat. Tambahan lagi, bulan Mac 2021 itu masih jauh lagi. Masih ada masa yang mencukupi untuk menyelesaikan segala urusan pengeluaran ini.
Bagi yang mendapat status permohonan lulus dan pengeluaran juga sudah diterima, berbelanjalah dengan berhemah. Jangan sesekali membazir.
Duit ini duit hasil titik peluh kita. Hargailah seadanya.
Semoga bermanfaat.
80 Comments
assalam wbt.saya ingin tahu cara utk pengeluaran I lestari pada orang yang tiada akaun bank.
terimakasih.
Cmne klu tersalah isi nom akaun bank.
No. telefon perlu yg do daftarkan atas nama pemohon atau mcm Mana?
bagaimana dengan tiada akaun bank yg ingin memohon i lestari?
terima kasih.
Assalamualaikum, bagaimana cara pengeluaran untuk yang tiada account bank ? mohon penjelasan segera. terima kasih
Esok pergi buka akaun baru. Tak sampai sejam dah dapat akaun baru.
Permohonan i lestari tak akaun macam mana caranya..
Salam saya dah dapat duit pada bulan Mei 2020 tetapi kenapa bayaran masuk seterusnya tidak konsisten?
Mcm mn klau x de akaun bank??
Bagaimana untuk memohon i lestari sekiranya tiada akaun bank
Saya dah isi borang i lestari…tapi nak tukar akaun bank lain ,sebab no akaun bank yang saya masukkan masa dftar dah tak aktif..macam mana ya
Saya pun sama bossku, macam mana ya.
Bagaimana untuk tukar amount i lestari yang dipohon dari rm350 ke rm 500? Dpt x? Dah apply untuk rm350. Dan duit dah masuk pun.. Cuma sekarang nk tukar bulan2 rm500
Smekom.. Saya suda buat kemaskini tetapi yang keluar sana ” Semakan anda belum diterima / kemaskini . ” Apa yang patut saya buat?
Sya pulak daftar atas account saudara tetapi bila saya buat semakan sudah pun di luluskan cuma belum sampai mesej yang pengesahan kemasukkan duit ke dalam account saja.
Samala,
Knapa duit sy Masuk 100 je…sdangkn mohon 500…..adakah account 2 xckup…..kje 8thn
Jika tersilap isi borang rekod permohonan tak diterima..tetapi bila di isa balik. Terdapat rekod permohonan yg telah di daftarkan menggunakan kad pengenalan anda
cara tukar no akaun , no akaun yang di beri salah
Askum my husben sya nk keluarkan kwsp tapi tiada acc bank, sebab masa sekarang tak dibenarkan buat acc bank, bagaimana cara nk mohon kalau tiada acc bank?
Dah lulus bila bole masuk duitnya,,
Dah buat i-lestari online 14.4.2020 tapi dah 3 hari masih belum lulus. Boleh tau apa masalah?
Bagaimana untuk memohon i lestari sekiranya tiada akaun bank, boleh pakai akun ASB atau Tabung Haji? Terima kasih
Macam mana kita nak tahu amaun dari akaun 2 wlaupun tiada i akaun n berapa jumlah nak letak
Boleh ka sya mnggunakan akaun bank isteri sya bg pengeluaran i-lestari sya
Macam mana saya nat tahu tiada akaun bank sebab sudah bankrap ??
Macam mana dengan yang tiada akaun bank..macam mana nak mohon i lestari..
Sekiranya tiada akaun bank macam mana cara untuk memohon
MCM mana yer KLU suami saya x account guna account saya boleh kaa tuu?? Permohonan KWSP tuu daa lulus daa..
Sama la sya pun lulus dh cuma mesej pengesahan msuk duit tu blom trima..
sy tak ada bank akuan mcm mana keluar duit kwsp, boleh tak guna bank akuan isteri.
Kalau nak tukar amaum mcm mana pulak… Tesilap tekan….
macamana yang tiada acc bank nak mohon keluarkan duit kwsp dari akaun 2 masa dalam pkp ni..
Macam mana tau i-lestari kwsp 500 bilah boleh masuk bank saya
Selamat sejahtera. Saya ada membuat permohonan melalui online. Masalahnya saya punya permohonan tidak lulus. Boleh saya tahu apa masalahnya l.
permohonan sdh dluluskan…tp mcm mne nk mntak tukar bank…sbb bru dpt tahu bank yg didaftarkn tu tidak aktif.
Salam saya nak tanya yang tak ada akuan bank atau muflis macam mana nak mohon pengeluaran kwsp
Daftar i listari 2 minggu tiada rekod diterima. Buat permohonan balik .sudah ada rekod permohonan. Beri penjelasan
Call kwsp tak dapat.
Sama dgn saya punya
Samalah dengan suami saya
Saya dh apply I lestari pd 20.4.2020 sampai sekarang pd 27.4.2020 masih dlm proses knpe…
Askum sy nk tnye kalo sy yg tiada apa2 akaun mcm mne?msh blh ke untk pengeluaran i lestari?
Takboleh langsung.maknanya rakyat malausia yg nk kluarkan duit kwsp WAJIB ada akaun bank…paling murah bank rakyat,rm20 tapi nak mcm2 dokumen.yg dok kampung kerja sendiri bank rakyat tak terima..bamk rakyatkah namanya???? Bank lain nak kna ada rm200-rm509….semua mau untung duku,keperluan rakyat kemudian lah….hampeh
Boleh guna ACC wife Tak ..
Saya dah apply ilestari pada 03/04/2020 lagi..tapi sampai sekarang masih dlm proses..bila apply balik btau no ic tlh digunakan sblm ini..knp lama sgt..tlg bg respon
Salam mcm mn nk buat kalau masa mohon tersilap isi no akaun Bank orng lain.. Mohon bantuan
saya pon tersalah letak num akaun orang lain , tapi bila semak dah lulus , tak tau masok ke tidak
Mohon bantuan sebab saya pun tersalah isi no akaun orang lain tapi permohonan dah lulus
Akaun Bank saya sdh Lama tidak aktif, boleh ke wang tersebut di tukar ke vocer
Saya dah isi borang i lestari…tapi nak tukar akaun bank lain ,sebab no akaun bank yang saya masukkan masa dftar dah tak aktif..macam mana ya
sama la..da ada jwpan ke bos
Eh betul ke ni,lain macam lah pulak tapi dah buat ?
Mcm mna nk tukar jumlah amaun?
Adakah tidak boleh ubah amaun yang dipohon… Minta pandangan…
Permohonan sda d luluskn tapi mcm mna nak tukar bank sbb baru dapat tau bank yang d daftarkn masa bt permohonan pengeluaran i-lestari akaun 2 bln April sda tidak aktif lagi …tolong beri pencerahan
Permohonan sda diluluskn tapi mcm mna nak tukar bank sbb baru dapat tau bank yang didaftarkn masa bt permohonan pengeluaran i-lestari akaun 2 sda tidak aktif lagi,tolong beri pencerahan..terima kasih..
Sya k tau duit sudah dikreditkan dlm akaun ke belum
Bolehkah beri jawapan betulkah duit akan dikreditkan pada 1 Mei 2020 dlm akaun pemohon
Saya tak mempunyai Bank Akaun kerana telah diistiharkan bank rap. Bagaimanakah cara untuk saya mohon jika tak ada bank Akaun? Mohon rujuakan tuan/puan ke alamat email saya [email protected]
TQ
Saya sda pergi ke bank tapi oleh kerana akaun bank saya yang d daftarkn untuk pengeluaran I -lestari tidak boleh d aktifkn lagi jadi bagaimanakh sia boleh mendapatkn duit i-lestari dari akaun 2 kwsp saya sbb pihak kwsp sda meluluskan permohonan saya pada akaun bank yang teda aktif
Mula tulis 4 mei duit masuk,sekarang lonjak lagi 20 mei,kenapa boleh jadi macam ni?
Pengeluaran I lestari sy 4hb permohonan lulus..di kreditkn dlm akaun..tapi sy pkai akaun isteri..
Tu la saya pun nak tukar amaun juga.. Tapi tak tahu nak buat macam mana.
Boleh tak nak tukar nombor akaun bank sebab akaun bank yang saya masukkan dah tak aktif
nak tnya .. pemohon nama husband .tpi dia guna akaun wife .mohon kwsp . lulus . tpi adkah ia msk ke dlm akau wife tu ..
Situasi kita sama, dapat jawapan kena isi semula tukar no acc sendiri sebab kwsp takkan bayar untuk orang ketiga tapi takda langsung dapat info macam mana nak tukarkan no acc tu. Langsung takda nombor untuk dihubungi & takda web yang boleh tukarkan no acc. Bila buat permohonan baru kata no ic telah didaftar.
TOLONG LAH SESIAPA BAGI INFO YANG TEPAT, PENING DAH NI!!!
awk da ada jwpn..sy pun terjadi
Slm saya guna akuan bank ank saya..i lestari saya tarikah pembayaran 18/5 ini..sya tahu mungkin xakan masuk dlm acc ank saya tu..mslahnya sya xbolh buka acc bank..jdi cara mcmna sya nk bgtau kepada pihak kwsp. ..scara online bgaimana caranya..bolh bntu sya
Salam saya nak tanya..
Saya dah lulus ilestari ke akaun saya.
Akaun bank saya tak aktiv.
Mcm mn sy nak selesaikan masalah ini..
Permohonan saya diluluskan, tp macam mana saya x tukar bank??? Sebab saya baru tahu yg acc bank saya semasa buat pendaftaran hari tu, acc bank tu tak aktif,saya col KWSP x dapat..
Adik ioar saya mau guna kan bank saya tuk pengeluaran i lestari,boleh ke tu
Saya nak buat akaun sendiri macam mane
Saya dah check dalam status i lestari dia tunjuk lulus tapi duit dalam akaun takde
Aslmualaikm .encik Sya dh mohon I lestari .tpi mslh Sy Skrg ni sya trma cek Bukn ke akaun bank ,sya duduk di kmpung pendalaman surat menyurat yg di hantar akn smpai di pekan yg pos tentukan.kdang2 surat itu akan org buang org yg tidak bertanggungjawab , bagaimana cara sya nak batal kan cek sejumlah rm5oo yg sya telah mohon HRI itu supaya selamat wang yg sya mohon itu terus ke akaun bank sya harap memerlukan juga itu
Encik
Saya belum lagi dapat duit dari ilestari pasa1 mcm mana caranya
Pemohonan saya telah di luluskan, katanya(KWSP) akan di masukan ke akaun pemohon setelah 14 hari, sampai skrg pun jgn bilang sesen habu pun tiada, tolong jelaskan pekara ini.
Assalam…saya cuma nak tanya kenapa saya belom dapat la lagi duit kwsp tu tapi permohonan saya sudah di luluskan…
salam sejahtera sy nk tya knpa suami sy dh mohon lama dh sb dia x de acc bank .. dh pegi ke kwsp pn sudah tapi call pun x apa jawapan pun x de ..macam mana nak ctc kwsp..nk tya tentang i lestari belum da pa jawapan pun
Saya hardy bin mohammad
Bulan september saya terima pengeluaran i lestari rm500
, namun bulan oktober belum masuk, ikut jadual masuk 9 oktober, kerana saya penerima yang di majukan 18mei lulus,
No tfn yg lma dh hilang ..mcam mna cra nk tkar no bru