Para usahawan mikro yang memerlukan juga boleh dapatkan pinjaman mikro Agrobank sebagai salah satu sumber untuk bantuan kewangan atau pembelian aset yang diperlukan oleh perusahaan anda.
Sekiranya anda ingin tahu lebih banyak lagi tentang produk pembiayaan yang ditawarkan oleh Agrobank. Mari ikuti penulisan kami di dalam artikel ini. Manalah tahu kalau-kalau ada produk yang menarik dan sesuai untuk anda mohon.
Jemput baca perkongsian kami.
Pinjaman mikro Agrobank
Berikut merupakan jenis produk pinjaman mikro yang disediakan oleh Agrobank.
1. AGROMAKANAN (PENJANA)
Produk pinjaman ini adalah salah satu kemudahan yang disalurkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk golongan usahawan mikro dan usahawan dengan kategori B40 yang terlibat dalam sektor pertanian dan aktiviti pengeluaran makanan.
Pinjaman ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membantu usahawan berkenaan yang terkesan menghadapi kekangan ekonomi yang terjadi sejak pandemik lalu. Untuk pengetahuan anda, produk ini adalah patuh syariah dengan menggunakan konsep Tawarruq. Jumlah pinjaman pula tidak dinyatakan. Walau bagaimanapun, tempoh bayaran balik pinjaman adalah sehingga 5 tahun.
Selain itu, terdapat beberapa kategori aktiviti perniagaan yang layak memohon pinjaman ini. Antaranya adalah usahawan yang menjalankan aktiviti penanaman, penternakan termasuk akuakultur, peruncitan, pembekalan makanan, pemasaran makanan dan penyediaan makanan seperti restoran serta yang seumpamanya.
Sila ketahui secara ringkas mengenai AGROMAKANAN (PENJANA) melalui jadual di bawah:
Kadar faedah |
Tidak dinyatakan |
Tempoh pinjaman |
Sehingga 5 tahun |
Jumlah pinjaman |
Tidak dinyatakan |
Sektor pekerjaan |
|
Kelayakan |
*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci |
Margin |
Tidak dinyatakan |
Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro Agrobank ini melalui maklumat tambahan di bawah.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 65 tahun.
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan ke atas.
- Tidak diisytiharkan bankrap.
- Tidak mempunyai rekod kegagalan pembayaran kredit dengan mana-mana institusi kewangan.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:
- Borang permohonan kemudahan pinjaman yang lengkap.
- Salinan kad pengenalan pemohon atau pemohon bersama (jika berkaitan).
- Penyata akaun simpanan bank untuk 6 bulan terkini.
- Rekod jualan perniagaan bagi tempoh 6 bulan terkini.
- Salinan pendaftaran perniagaan atau dokumen berkaitan melibatkan premis tetap.
Bagaimana corak pembayaran bulanan AGROMAKANAN (PENJANA)?
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.
Di mana boleh memohon pinjaman mikro Agrobank ini?
Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini untuk perniagaan anda. Anda boleh mohon secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan Agrobank berdekatan anda.
Di samping itu, kami juga sarankan anda untuk terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Agrobank di talian 1-300-88-2476 bagi pertanyaan lanjut.
2. Pinjaman mikro Agrobank (Program Pembiayaan Agro Bakti)
Program pinjaman ini diperkenalkan untuk membantu golongan usahawan mikro yang terdiri daripada individu atau kumpulan individu Orang Kurang Upaya (OKU) yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menjalankan aktiviti perniagaan Industri Asas Tani (IAT).
Tempoh program ini dijalankan adalah sehingga keseluruhan dana diperuntukkan telah digunakan atau mengikut arahan pihak pengurusan bank dari semasa ke semasa.
Di samping itu, pinjaman ini menggunakan konsep syariah iaitu Tawarruq dengan memperuntukkan sebanyak RM5 juta kepada usahawan berkenaan. Untuk pengetahuan anda, program ini membenarkan permohonan bersama di kalangan ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa, adik-beradik kandung, suami, isteri atau anak yang bukan OKU bagi pemohon OKU yang kurang upaya (bagi kurang upaya penglihatan sahaja).
Seterusnya, melalui pinjaman ini anda boleh memohon pembiayaan berjumlah RM3,000 sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 5 tahun. Selain itu, caj kadar keuntungan yang dikenakan adalah serendah 5.50% setahun.
Sila ketahui secara ringkas mengenai Program Pembiayaan Agro Bakti melalui jadual di bawah:
Kadar keuntungan |
5.50% setahun |
Tempoh pinjaman |
Sehingga 5 tahun |
Jumlah pinjaman |
RM3,000 sehingga RM50,000 |
Sektor pekerjaan |
Usahawan mikro individu atau berkumpulan OKU |
Kelayakan |
*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci |
Margin |
Tidak dinyatakan |
Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro Agrobank ini melalui maklumat tambahan di bawah.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Individu atau kumpulan Individu.
- OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 60 tahun pada akhir tempoh pembiayaan.
- Telah menjalankan perniagaan mikro industri asas tani melebihi 1 tahun.
- Menjadi ahli mana-mana persatuan OKU yang berdaftar di Malaysia.
- Permohonan pinjaman adalah melalui persatuan OKU.
- Bagi kumpulan individu OKU, perniagaan hendaklah di bawah entiti perkongsian.
- Jenis-jenis kurang upaya yang diterima bagi program ini adalah penglihatan, pendengaran, pertuturan atau anggota dengan syarat:
- Mempunyai kapasiti dari segi perundangan (legal capacity).
- Tidak mempunyai dua (2) kombinasi kurang upaya yang sama (contoh kurang upaya dari sudut penglihatan (buta) dan pendengaran (tuli) pada masa yang sama).
- Melantik wakil bagi pelaksanaan akad (jika berkenaan) dan pelantikan wakil hendaklah orang bukan OKU dan dipercayai oleh OKU tersebut.
- Permohonan bersama dengan ahli keluarga yang terdekat seperti ibu, bapa, adik-beradik kandung, suami, isteri atau anak yang bukan OKU (bagi kurang upaya penglihatan sahaja).
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:
- Selain daripada dokumen asas yang diperlukan untuk permohonan pembiayaan MUS1M-i Normal (rujuk MO-209).
- Salinan kad pendaftaran OKU (JKM).
- Surat sokongan Persatuan OKU yang disertai oleh OKU.
Bagaimana corak pembayaran bulanan Program Pembiayaan Agro Bakti?
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik pinjaman mikro Agrobank ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.
Di mana boleh memohon pinjaman mikro Agrobank ini?
Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini bagi perusahaan anda. Anda boleh membuat permohonan secara manual dengan melawati mana-mana cawangan Agrobank berhampiran anda.
Di samping itu, kami juga sarankan anda untuk terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Agrobank di talian 1-300-88-2476 bagi pertanyaan lanjut.
Akhir kata
Sekian sahaja penulisan kami mengenai pinjaman mikro Agrobank. Diharapkan dengan perkongsian ini, ramai usahawan yang memerlukan dapat dibantu dan semakin terus maju di dalam perniagaan mereka meskipun di kalangan komuniti usahawan yang tidak berkemampuan.
Sekadar makluman, anda juga boleh mohon pinjaman perniagaan TEKUN yang menyediakan lebih banyak pilihan produk pembiayaan untuk perusahaan anda.
Semoga bermanfaat.