Dapatkan pinjaman peribadi Affin Bank sekiranya anda memerlukan kemudahan kewangan bagi memenuhi keperluan peribadi anda. Untuk anda yang belum pernah buat personal loan, apa kata kali ini anda cuba mohon dengan Affin Bank. Tambahan lagi, kami telah sediakan beberapa maklumat yang diperlukan mengenai pinjaman peribadi Affin Bank melalui artikel ini.
Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut. Anda boleh langkau artikel ini untuk mengetahui tujuan kegunaan wang pinjaman peribadi dengan sebaik-baiknya. Iyalah, bukan semua orang ada common sense bila dah pegang duit yang banyak. Ada juga yang enjoy sana-sini sampai tidak ingat dunia.
Sekarang, mari teruskan kepada intinya di bawah.
Izinkan kami berkongsi.
Pinjaman peribadi Affin Bank
Berikut merupakan produk pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Affin Bank.
Affin Islamic Personal Financing-i
Produk ini adalah produk pinjaman islamik yang tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin. Produk ini juga menggunakan konsep syariah iaitu Tawarruq. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman minimum RM2,500 sehingga maksimum RM250,000 tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Affin Bank.
Selain itu, tempoh pinjaman yang diberikan adalah dari 2 tahun sehingga mencecah 10 tahun dengan kadar keuntungan tahunan yang dikira serendah 5.50%. Antara kelebihan mengenai produk ini adalah rebat untuk penyelesaian baki pinjaman awal daripada tempoh yang ditetapkan, mempunyai perlindungan takaful dan banyak lagi.
Di samping itu, pinjaman ini adalah terbuka kepada semua sektor pekerjaan termasuklah kepada mereka yang merupakan pesara kerajaan. Asalkan anda ada pendapatan bulanan, anda layak untuk memohon.
Sila ketahui secara ringkas mengenai produk pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:
Kadar keuntungan |
5.50% setahun |
Tempoh pinjaman |
2 tahun hingga 10 tahun |
Jumlah pinjaman |
RM2,500 hingga RM250,000 |
Sektor pekerjaan |
|
Kelayakan |
|
Tempoh kelulusan |
5 hari waktu bekerja |
Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi ini melalui maklumat tambahan di bawah.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai pendapatan bulanan.
- Minimum berumur 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
- Menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun.
- Mempunyai bayaran pencen yang dikreditkan ke dalam akaun bank pesara (jika berkaitan).
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
- Slip gaji 3 bulan terkini.
- Penyata akaun pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
- Surat pengesahan majikan.
- Penyata EPF 6 bulan terkini.
- Salinan kad pesara atau surat pengesahan pesara (jika berkaitan).
- Penyata bayaran pencen bulanan.
Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Affin Islamic Personal Financing-i?
Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.
Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Affin Bank ini?
Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Affin Bank berhampiran anda.
Anda juga boleh mohon secara online melalui laman web rasmi Affin Bank di sini affinalways.com.
Akhir kata
Sekian sahaja informasi mengenai pinjaman peribadi Affin Bank yang dapat kami berikan kepada anda. Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Affin Bank, anda boleh terus melayari laman web utama mereka.
Apa-apa pun pastikan laman web itu legit bukannya scammer.
Diharapkan perkongsian kami mengenai pinjaman ini dapat memberikan lebih banyak pilihan sebelum anda memutuskan di mana yang paling terbaik untuk anda buat personal loan.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
Kalau dapat pinjam dengan Affin bank, kena buat akaun Affin bank ke. Saya pencen melalui bank muamalat.