What's Hot

    Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak print statement MBSB Bank kan? Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa.

    Jangan risau, aku akan kongsikan dengan kau.

    Cara Print Statement MBSB Bank Online

    Untuk dapatkan penyata MBSB Bank, kau perlu ada Internet Banking MBSB Bank. Kalau tidak, memang tak boleh masuk.

    Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan Print Statement MBSB Bank.

    1. Layari laman web rasmi MBSB Bank di sini: https://mjourney.mbsbbank.com
    2. Untuk shortcut, kau juga boleh terus pergi ke laman web Individual User di sini: https://www.mbsbjourney.com/rib/
    3. Kau kini berada di laman utama Perbankan Internet MBSB Bank
    4. Login mjourney.mbsbbank.com seperti biasa
    5. Pilih M JOURNEY USER > Individual
    6. Masukkan Username
    7. Sahkan secure image seperti yang terpapar di skrin
    8. Masukkan Password
    9. Tekan butang LOGIN
    10. Kalau semuanya berjalan lancar, anda akan masuk ke dalam dashboard MBSB M JOURNEY online
    11. Pilih Services
    12. Klik View Your e-Statements
    13. Klik View PDF
    14. Pilihan e-Statement akan dipaparkan di skrin
    15. Jika tidak, pilih bulan dan tarikh seperti yang dikehendaki
    16. Download statement MBSB Bank yang dikehendaki
    17. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
    18. Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
    19. Tekan butang Print
    20. Selesai

    Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan MBSB Bank kau yang tak berapa banyak itu.

     

    Ada Cara Print Mini Statement MBSB Bank di ATM?

    Kebiasaannya, bank-bank tempatan memang menyediakan fungsi untuk cetak penyata mini melalui ATM.

    Walau bagaimanapun, oleh kerana aku tak ada akaun bank MBSB, aku tak dapat nak sahkan perkara ini.

    Tapi kau boleh cuba kaedah umum ini:

    1. Cucuk kat ATM MBSB kau
    2. Masukkan nombor PIN
    3. Cari fungsi Penyata Mini atau Mini Statement
    4. Tekan menu Penyata Mini atau Mini Statement di ATM MBSB
    5. Tunggu sebentar
    6. Cetakan resit kecil akan keluar
    7. Selesai

     

    Boleh Download Penyata MBSB Bank Guna Apps?

    Ya, memang boleh.

    Cuma aku tak rajin nak tulis guide MBSB Bank ini sebab caranya agak renyah.

    Kena download apps MBSB Bank, login, klik sana, klik sini.

    Leceh.

    Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement MBSB Bank
    guna apps iPhone dan Android.

    • Untuk iPhone, download MBSB Bank Mobile Banking melalui Apple App Store
    • Untuk Android, download MBSB Bank Mobile Banking melalui Google Play

    Kau cuba explore sendiri dalam app MBSB Bank ini.

     

    Kenapa Perlu Print Statement MBSB Bank Terkini?

    Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini MBSB Bank.

    Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement MBSB Bank untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi MBSB.

    Ini kerana bank-bank seperti MBSB Bank perlu mengesahkan pendapatan kau.

    Takkan MBSB Bank nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.

    Ini penting bagi MBSB Bank untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.

    Untuk penyata mini MBSB Bank melalui ATM, selalunya ia adalah untuk simpanan peribadi.

    Kadang-kadang, ada orang yang memang sengaja cetak penyata mini untuk lihat transaksi MBSB Bank terkini.

     

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement MBSB Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply