Adakah anda mencari cara bagaimana untuk semak baki akaun Agrobank online? Jika ya, anda akan menjumpai jawapannya di sini.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi panduan yang anda boleh gunakan untuk check balance akaun Agrobank anda secara online. Namun begitu, jangan lupa untuk mendaftar akaun Agrobank perbankan internet terlebih dulu sebelum membuat semakan seperti yang kami akan tunjukkan nanti.
Cara semak baki akaun Agrobank online di laman web
Nak tahu baki akaun Agrobank anda sebenarnya mudah saja. Hanya melalui laman web agronet.com.my Agrobank pun anda dah boleh semak.
Seterusnya, tinggal ikut saja langkah-langkah seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi Agrobank di https://www.agrobank.com.my.
- Anda akan dibawa ke Portal Rasmi Agrobank.
- Kemudian, sila pilih BAHASA yang ingin anda gunakan.
- Seterusnya, klik pada bahagian RETAIL AGRONet LOG IN.
- Laman Login AGRONet akan dipaparkan.
- Sila masukkan Username dan tekan butang Login.
- Kemudian, sila sahkan Phrase dan Security Image anda.
- Sila sahkan dengan tickkan pada kotak Yes, this is my Security Image.
- Seterusnya, masukkan Password dan tekan butang Submit.
- Halaman RETAIL AGRONet atau akaun anda akan dipaparkan.
- Sila lihat pada bahagian MENU dan tekan bahagian Accounts and Banking.
- Kemudian, pilih baki akaun Agrobank mana yang ingin anda semak. Sama ada Deposit Account atau Ar Rahnu Accounts.
- Seterusnya, klik pada Account Details dan tekan butang Go.
- Baki akaun Agrobank anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Check balance Agrobank guna aplikasi
Andai kata anda nak lagi cepat dan nak lagi ringkas daripada website. Sila gunakan aplikasi telefon pintar Agrobank iaitu AGRONet Mobile.
Ikuti panduan berikut:
- Sila buka aplikasi AGRONet Mobile di telefon pintar anda.
- Seterusnya, tekan butang LOGIN NOW.
- Masukkan Username anda dan tekan butang Login.
- Pada laman berikutnya, sila sahkan Phrase dan Security Image anda dengan tickkan pada kotak Yes, this is my security image.
- Kemudian, anda perlu memasukkan Password akaun anda dan tekan butang Next.
- Halaman profil atau akaun anda akan dipaparkan.
- Sila lihat pada bahagian MENU dan tekan pada bahagian Accounts and Banking.
- Pilih jenis akaun yang anda ingin membuat semakan baki dan tekan bahagian Account Details.
- Seterusnya, tekan butang Go.
- Baki akaun Agrobank anda akan terpapar.
- Tamat.
Walau bagaimanapun, untuk menggunakan aplikasi Agrobank ini. Pastikan anda telah pun memuat turun aplikasi tersebut terlebih dulu sama ada di Google Play Store atau Apple App Store.
Masih ada masalah untuk semak baki akaun Agrobank online?
Jika anda masih menghadapi sebarang masalah atau kesulitan untuk semak baki atau hal-hal berkaitan Agrobank. Anda boleh mengajukan perkara tersebut dengan menghubungi talian 1-300-88-2476 untuk bercakap dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Agrobank.
Untuk pengetahuan anda juga, talian mereka dibuka selama 24 jam. Jadi anda boleh dapatkan bantuan pada bila-bila masa.
Di samping itu, anda juga boleh menghantar aduan atau maklum balas mengenai Agrobank dengan menghantar emel ke [email protected].
Akhir kata
Diharapkan dengan adanya penulisan kami mengenai cara semak baki akaun Agrobank online ini dapatlah membantu anda yang memerlukannya.
Akhir sekali, khas untuk mana-mana kakitangan kerajaan yang nak buat personal loan tapi tak ada idea nak mohon dekat mana. Kami cadangkan anda mohon pinjaman peribadi Agrobank kakitangan kerajaan yang ada disediakan.
Manalah tahu kalau-kalau anda berminat.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
Zamre