Baki Yes boleh disemak dalam tiga cara: aplikasi MyYes, SMS ke 018-330 1111, atau portal selfcare.yes.my.
Yes ialah salah satu syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia yang kini beroperasi di bawah rangkaian 5G. Anda boleh memeriksa jumlah kredit yang telah anda gunakan dan juga jumlah kuota internet anda melalui kaedah yang disediakan.
Terdapat dua pakej yang boleh dilanggan pada Yes, iaitu pakej prabayar (prepaid) dan juga pascabayar (postpaid).
1. Cara semak baki Yes 4G melalui SMS
Prepaid
- Buka bahagian Text Message di telefon anda.
- Kemudian, taip BAL<jarak><nombor telefon anda>.
- Hantarkan ke 0183301111.
- Anda akan menerima SMS yang menunjukkan baki kredit anda.
Postpaid (Semak Bill sahaja)
Anda hanya boleh memeriksa bil postpaid anda melalui SMS yang memaklumkan anda bahawa bil anda telah sedia di My Account melalui laman web www.yes.my/myselfcare.
2. Cara semak baki Yes 4G secara online
Prepaid
- Buka web browser pada telefon/komputer/laptop anda.
- Layari laman web https://selfcare.yes.my/myselfcare.
- Kemudian, log masuk dengan memasukkan username dan password
- Tekan butang Log in.
- Anda akan dapat lihat maklumat tentang baki kredit anda pada laman.
3. Check Yes quota balance guna aplikasi MyYes
Anda perlu download dahulu aplikasi MyYes yang boleh didapati di Google Play Store untuk Android, atau App Store untuk iOS.Cara Semak Baki
- Buka aplikasi.
- Kemudian, daftar dahulu akaun anda serta nombor telefon anda.
- Ikuti segala arahan pada skrin.
- Setelah pendaftaran berjaya, login ke akaun anda.
- Anda boleh semak baki kredit untuk prepaid dan semak baki bil untuk postpaid, pada menu yang tertera.
Akhir kata
Kesimpulannya, Yes menyediakan beberapa langkah yang sangat mudah untuk pelanggannya yang menghadapi masalah untuk semak baki kredit bagi yang menggunakan prepaid, atau untuk menyemak bil bagi yang menggunakan postpaid.
Cubalah salah satu cara di atas dan selamat berjaya.
Semoga bermanfaat.