Nombor KWSP atau nombor ahli KWSP merupakan nombor pengenalan unik yang diberikan kepada setiap ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang berfungsi sebagai pengenalan khusus bagi setiap pencarum KWSP di Malaysia.
Terdapat 5 kaedah utama untuk menyemak no akaun KWSP iaitu melalui portal i-Akaun KWSP di laman web rasmi KWSP, melalui aplikasi i-Akaun di telefon pintar, mengunakan kiosk, menghubungi pusat panggilan KWSP di 03-8922 6000, atau mengunjungi mana-mana cawangan KWSP berhampiran. Sekiranya anda masih bekerja, anda boleh mendapatkan nombor KWSP daripada majikan atau menyemak slip gaji anda.
Bagaimana Cara Semak No Akaun KWSP Melalui Telefon?
Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (EPF CMC) menyediakan perkhidmatan semakan nombor KWSP melalui talian 03-89226000. Apabila menghubungi talian ini, panggilan biasanya akan dijawab dalam masa yang singkat. Proses semakan adalah mudah di mana anda perlu memaklumkan hasrat untuk menyemak nombor KWSP, dan pegawai akan meminta nombor kad pengenalan serta nama penuh anda untuk tujuan pengesahan. Setelah pengesahan berjaya, pegawai akan memberikan nombor KWSP anda dengan segera.
Berikut ialah langkah-langkah untuk check KWSP guna IC, andai anda memang tak ingat langsung:
- Hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (juga dipanggil EPF CMC) di talian 03-89226000
- Selalunya, panggilan akan diangkat dalam beberapa saat sahaja
- Beritahu bahawa and mahu semak nombor KWSP anda
- Pihak EPF CMC akan bertanya Nombor Kad Pengenalan untuk pengesahan
- Mereka juga akan bertanyakan Nama Penuh anda
- Jika semuanya sahih, mereka akan memberikan nombor KWSP anda
Bagaimana Cara Semak No Akaun KWSP Melalui Kiosk?
Bagi mereka yang tinggal berhampiran cawangan KWSP, kiosk KWSP menyediakan cara semakan yang mudah dan cepat. Di kiosk, anda perlu memilih bahasa pilihan pada skrin sentuh, kemudian meletakkan kad pengenalan di ruang yang disediakan dan menggunakan cap jari kanan untuk pengesahan. Pilih perkhidmatan cetak penyata, dan nombor KWSP anda akan terpapar pada penyata yang dicetak. Jangan lupa untuk mengambil semula kad pengenalan anda selepas selesai.
Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat semakan no KWSP guna kiosk KWSP yang ada di dalam premis tersebut:
- Sentuh skrin di kiosk dan buat pilihan bahasa samada Bahasa Melayu atau English
- Sistem akan meminta anda untuk meletakkan IC di tempat yang disediakan pada bahagian sebelah kiri
- Letakkan ibu jari kanan anda pada ruangan yang disediakan
- Anda diberikan pilihan untuk memilih perkhidmatan sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun KWSP atau mahu mencetak penyata
- Oleh kerana tujuan anda adalah untuk check no KWSP sebab tak ingat, pilih Cetak Penyata
- Mesin akan mencetak penyata anda dan akan keluar pada ruangan yang tersedia
- Lihat dan semak nombor KWSP yang terpapar pada kertas yang dicetak
- Ambil semula Kad Pengenalan anda
Bagaimana Cara Check Nombor Akaun KWSP Guna i-Akaun?
Portal i-Akaun KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login menyediakan kaedah semakan dalam talian yang boleh diakses 24 jam. Untuk menggunakan kaedah ini, anda perlu mendaftar i-Akaun terlebih dahulu sama ada secara dalam talian atau daftar KWSP guna kiosk.. Setelah berjaya log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan, anda boleh melihat nombor KWSP anda di bahagian PROFIL. Kaedah ini sangat sesuai untuk mereka yang memerlukan akses kepada maklumat KWSP pada bila-bila masa.
Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat semakan no KWSP melalui i-Akaun:
- Layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Pilih bahasa samada Bahasa Melayu atau English
- Masukkan ID Pengguna
- Tekan butang Teruskan.
- Isikan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk.
- Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem i-Akaun
- Klik menu PROFIL di bahagian atas
- Lihat dan sahkan Nama Ahli
- Lihat No KWSP seperti yang terpapar
Kenapa Nombor KWSP Penting?
Nombor KWSP adalah sangat penting kerana ia diperlukan untuk pelbagai urusan berkaitan KWSP seperti membuat pengeluaran, semakan baki akaun, pengemaskinian maklumat peribadi, dan urusan dengan majikan. Tanpa nombor ini, anda tidak dapat mengakses perkhidmatan dalam talian KWSP atau membuat sebarang transaksi berkaitan simpanan persaraan anda.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Terlupa Nombor KWSP?
Sekiranya anda terlupa nombor KWSP, anda boleh mendapatkannya semula dengan membawa dokumen pengenalan diri yang sah seperti kad pengenalan ke mana-mana cawangan KWSP. Untuk urusan dalam talian, anda boleh menggunakan perkhidmatan pemulihan nombor KWSP melalui portal i-Akaun dengan mengesahkan identiti menggunakan maklumat peribadi anda.
Simpan nombor KWSP anda dengan selamat kerana ia diperlukan untuk pelbagai urusan seperti semakan baki, pengeluaran, dan pengemaskinian maklumat. Nombor ini juga diperlukan semasa berurusan dengan majikan untuk urusan caruman.
Bolehkah Semak No KWSP Melalui SMS?
Tidak, KWSP tidak menyediakan perkhidmatan semakan nombor KWSP melalui SMS. Semua semakan nombor KWSP hanya boleh dilakukan melalui saluran rasmi KWSP iaitu portal i-Akaun, aplikasi i-Akaun di telefon pintar, pusat panggilan KWSP di talian 03-8922 6000, atau dengan mengunjungi mana-mana cawangan KWSP berhampiran. Ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan maklumat ahli KWSP terjamin.
Bolehkah Semak Penyata KWSP Melalui IC?
Ya, anda boleh menyemak penyata KWSP menggunakan kad pengenalan di mana-mana cawangan KWSP. Proses ini memerlukan anda membawa kad pengenalan asal dan menggunakan pengesahan cap jari untuk mendapatkan maklumat penyata anda.
Selain itu, kad pengenalan juga boleh digunakan untuk mendaftar i-Akaun di portal rasmi KWSP, yang kemudiannya membolehkan anda menyemak penyata secara dalam talian pada bila-bila masa. Untuk pendaftaran i-Akaun, anda perlu mengisi maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan dan mengikuti proses pengesahan yang ditetapkan oleh KWSP.