Ternyata anda bukan seorang sahaja yang ingin tahu tentang perkara ini. Ramai juga yang mahu tahu, adakah perlu buat temujanji BSN online di mybsn.com.my sebelum datang ke bank untuk membuat urusan-urusan perbankan.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cepatlah, perlu buat temujanji BSN secara online atau tidak?

Jawapan ringkas, tak perlu buat apa-apa temujanji seperti temujanji JPJ online.

Jawapan panjang, kalau BSN tak ada sediakan sistem untuk booking appointment, buat apa buat appointment? Tak payah fikir panjang-panjang dan buat lebih serabut. Jika BSN kata tak perlu buat janjitemu, tak perlulah buat janji temu.

 

2. Jadi, boleh datang terus ke cawangan BSN berhampiran tanpa temujanji?

Ya, boleh terus hadirkan diri ke mana-mana cawangan BSN yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Confirm?

Ya, confirm.

Kami sudah buat panggilan ke BSN Hotline di talian 1300-88-1900 untuk mengesahkan perkara ini. Habis kredit kami bazirkan semata-mata untuk anda.

Kalau anda berhasrat untuk habiskan kredit telefon anda, bolehlah berbual-bual dengan customer service BSN.

 

3. Waktu operasi BSN macam mana?

Memandangkan PKP, cawangan BSN tidak dibuka sehingga waktu petang macam dulu-dulu.

Waktu operasi BSN adalah mengikut negeri:

[su_table]

Negeri Waktu Operasi
Selangor 9 pagi – 1 tengahari
Kuala Lumpur 9 pagi – 1 tengahari
Johor 9 pagi – 2 petang
Melaka 9 pagi – 2 petang
Negeri Sembilan 9 pagi – 2 petang
Pahang 9 pagi – 2 petang
Terengganu 9 pagi – 2 petang
Kelantan 9 pagi – 2 petang
Perak 9 pagi – 2 petang
Pulau Pinang 9 pagi – 2 petang
Kedah 9 pagi – 2 petang
Perlis 9 pagi – 2 petang
Sabah 9 pagi – 2 petang
Sarawak 9 pagi – 2 petang

[/su_table]

 

4. Alhamdulillah, lega tak perlu booking appointment BSN

Ya, kami juga rasa lega.

Ini kerana pengguna BSN kebanyakannya orang-orang lama dan juga tinggal di luar bandar. Tentu sekali akan mengalami sedikit kesukaran sekiranya diwajibkan membuat janjitemu BSN secara online.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian mengenai temujanji BSN secara online ini akan memudahkan urusan perbankan anda.

Untuk perkhidmatan Kerajaan pula, anda boleh membuat temujanji JPJ untuk urusan renew roadtax dan lesen; ataupun buat temujanji Pos Malaysia secara online. Urusan yang sama, lokasi berbeza.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

16 Comments

  1. Nk buka kad bsn pun susah ke…bwt la temu janji..aduuuuiii susah la kalau mcm ne..pihak bsn patutnya sediakan temu janji untjt buka kad

  2. MOHAMMAD BIN SAINI on

    Assallammuallaikum..saya sudah ada Akaun BSN..masalah nya sekarang nak buat Online Banking tetapi setiap kali tidak berjaya kerana No IC telah didaftarkan dulu..sebab sy dah tak ingat bila saya Daftar..Persoalannya sekarang bagaimana caranya utk saya DAFTAR BALIK UTK DPT BERURUSAN MELALUI ONLINE BANKING MYBSN..TQ

  3. Maaf ingin bertanya berkenaan sspn bg anggota yg berpencen…apa keperluan dokumen yg perlu dibw bersama utk tebus sspn tu…tq

  4. Kyra Veronika Binti Abdullah on

    Sy nak buka account bank bsn ,susah lah kalau tiada appointment. ,klau dtg saja ke bsn nak kena hadap lagi org ramai2 kat bank sana. .skarang sop mok jaga juga . .wlaupun sudah vaccine ,tQ

  5. saya nak tanya agentbank bsn blh keluarkan duit klu xda atm kad ke!?sbb atm kad sy hilang..sy tau da yg blh gna ic kuarkan duit bpn tu..sbb tu yg xda akaun dieorg bkk sy punya atm kad hilang nk g bank mohon gantian…bank plak ttp pasal ada kes covid..nk kuarkn duit x tau agentbsn blh ke!?

Leave A Reply