Sekiranya anda hendak berurusan dengan PTPTN, kini anda boleh membuat temujanji PTPTN online dengan lebih mudah dan selamat. Ini adalah salah satu usaha dari pihak PTPTN untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan mereka walaupun pada musim PKP.
Bukan PTPTN sahaja. Ada banyak lagi perkhidmatan kerajaan yang menyediakan kemudahan untuk booking appointment seperti temujanji Pos Malaysia yang berkolaborasi dengan JPJ untuk urusan-urusan memperbaharui lesen dan cukai jalan.
Izinkan kami berkongsi.
1. Senarai urusan yang dibenarkan untuk membuat janjitemu di kaunter
Perkhidmatan yang dibenarkan untuk urusan janjitemu adalah seperti berikut:
- Penghantaran Borang Pembatalan/Pertukaran Alamat/Kemaskini No Akaun
- Takaful Pinjaman/SSPN
- Penutupan SSPN
- Rundingan Ujrah
- Rundingan Penstrukturan
- Rundingan Penggabungan Pinjaman
- Penghantaran Cek Potongan Gaji Majikan/Cek Bendahari (Pinjaman/Simpanan)
- Pendaftaran Penama SSPN
- Permohonan Penangguhan Disebabkan Masih Belajar
- Pembatalan Direct Debit
2. Cara membuat temujanji PTPTN online melalui e-Janjitemu (ejanjitemu.ptptn.gov.my)
Berikut merupakan cara-cara untuk membuat temujanji PTPTN secara online:
- Layari pautan rasmi PTPTN untuk urusan temujanji di sini: https://ejanjitemu.ptptn.gov.my
- Sila pastikan perkhidmatan yang ingin dilakukan.
- Tekan pada butang Tempah Slot Anda.
- Pada Maklumat Janjitemu, sila pilih Negeri anda.
- Pilih Cawangan.
- Masukkan Tarikh Janjitemu pilihan anda. (Pastikan anda memilih tarikh yang berwarna gelap. Tarikh berwarna pudar adalah not available).
- Tick pada bulatan untuk waktu Sesi yang anda inginkan.
- Tekan Seterusnya.
- Isikan Maklumat Diri dengan lengkap seperti:
- Nama Penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Telefon Bimbit
- Alamat E-mel
- Klik Seterusnya.
- Buat Pengesahan dengan tepat. (Sekiranya terdapat sebarang Pembetulan Maklumat, sila klik pada butang Kembali)
- Tekan Hantar.
- Slip Tempahan anda akan dipamerkan.
- Sila Muat Turun/Cetak/Screenshot Slip Tempahan untuk rujukan semasa urusan temujanji anda.
- Proses permohonan temujanji PTPTN online anda sudah berjaya.
3. Makluman sebelum membuat tempahan temujanji di e-Janjitemu
Sebelum anda membuat tempahan temujanji, pastikan anda memahami makluman yang telah dinyatakan seperti:
- Pastikan mencetak / muat turun / screenshot Slip Tempahan untuk dikemukakan semasa hadir ke Pejabat PTPTN yang telah dipilih.
- Mestilah memakai pelitup muka dan tidak bergejala semasa hadir ke Pejabat PTPTN.
- Pastikan status di MySejahtera ialah Low Risk atau Casual Contact Low Risk.
- Janjitemu akan terbatal sekiranya anda tidak hadir pada masa yang telah ditetapkan dan perlu membuat tempahan yang baru.
- Pelanggan yang telah mempunyai janjitemu namun dari kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan berurusan di PTPTN.
- Pastikan anda menerima kebenaran daripada pihak berkuasa sekiranya tinggal di luar kawasan.
- Sila hadir tepat mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
- Wakil bagi pihak anda adalah tidak dibenarkan untuk hadir sama sekali.
PERHATIAN
- Slip Tempahan e-Janjitemu tidak boleh digunakan untuk tujuan merentas daerah atau negeri.
- Pihak PTPTN berhak untuk tidak menerima pelanggan yang hadir dari luar daerah/negeri.
4. Adakah anda menghadapi sebarang masalah ketika membuat tempahan temujanji?
Jika anda mengalami sebarang masalah ketika membuat tempahan temujanji PTPTN online atau ingin membuat pertanyaan lebih lanjut mengenai e-Janjitemu, anda boleh menghubungi pihak PTPTN di talian 03-21933000.
Anda juga boleh melayari website rasmi PTPTN bagi sebarang maklumat lanjut di sini: www.ptptn.gov.my.
Akhir kata
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang ingin membuat temujanji online PTPTN. Di harap urusan anda akan dipermudahkan. Hutang tetap hutang. Susah macam mana sekalipun, tetap kena bayar hutang PTPTN.
Sekadar berkongsi, untuk temujanji lain di pejabat-pejabat kerajaan, jemput rujuk panduan untuk temujanji JPJ bagi urusan lesen dan cukai jalan, temujanji JPN untuk daftar kelahiran serta temujanji Imigresen untuk urusan bayar denda dan VISA.
Semoga bermanfaat.