Jika anda ingin melakukan urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda harus membuat temujanji JPN secara online terlebih dahulu melalui mytemujanji.jpn.gov.my. Jangan buang masa untuk terus redah ke pejabat JPN tanpa apa-apa appointment.

Izinkan kami berkongsi.

1. Apa urusan JPN yang boleh boleh temujanji online?

Urusan-ursan ini tetap perlu dilakukan di kaunter JPN. Namun, anda perlu buat temu janji sebelum menghadirkan diri ke mana-mana cawangan JPN terdekat.

Berikut ialah perkhidmatan yang ditawarkan JPN:

  1. Pendaftaran kelahiran anak.
  2. Permohonan Kad Pengenalan.
  3. Permohonan anak angkat.
  4. Permohonan kahwin bukan Islam.
  5. Permohonan cerai bukan Islam.
  6. Perdaftaran kematian ahli keluarga.
  7. Permohonan warganegara Malaysia.

 

2. Cara buat temujanji JPN online di mytemujanji.jpn.gov.my

Berikut adalah cara-cara untuk membuat temujanji:

  1. Layari laman web khas untuk temujanji di sini: mytemujanji.jpn.gov.my.
  2. Pilih MULA TEMPAHAN.
  3. Sila baca Terma dan  Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu Jpn.
  4. Tick pada kotak Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan.
  5. Tekan Seterusnya.
  6. Pilih Negeri pilihan anda.
  7. Pilih Pejabat JPN.
  8. Pilih Perkhidmatan yang anda inginkan.
  9. Tekan SETERUSNYA.
  10. Anda dikehendaki untuk memilih tarikh untuk temujanji. Tarikh berwarna merah menandakan sudah penuh, sila pilih tarikh berwarna hitam.
  11. Tekan Semak.
  12. Sila pilih Masa untuk temujanji anda.
  13. Tekan SETERUSNYA.
  14. Masukkan Maklumat Anda yang diperlukan iaitu:
    • Nama
    • No Pengenalan Diri
    • Telefon
    • Email
  15. Tekan HANTAR.
  16. Slip Tempahan akan dipaparkan. Sila mencetak/memuatnaik/screenshot untuk dibawa ke pejabat JPN semasa temujanji anda nanti.

PERHATIAN

  1. Tidak akan ada emel pengesahan akan dihantar oleh sistem.
  2. Semakan tempahan boleh dibuat di laman utama Sistem MyJanjitemu.
  3. Sebarang pertanyaan atau pembatalan temujanji, sila hubungi [email protected]

Selesai.

 

3. Cara buat semakan atau batalkan janjitemu JPN

Setelah anda membuat temujanji, anda juga boleh menyemak temujanji anda. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Layari mytemujanji.jpn.gov.my.
  2. Pilih SEMAK/BATAL PERMOHONAN.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu:
    1. No Pengenalan
    2. No Telefon
    3. Emel
  4. Tekan Semak/Batal Permohonan.
  5. Waktu temujanji anda akan dipaparkan.
  6. Anda boleh semak semula dan muat turun Slip Tempahan temujanji anda.
  7. Jika anda ingin membatalkan temujanji anda, tekan batal.

Jika anda ingin buat pertukaran tarikh temujanji anda, anda perlu batalkan temujanji anda dan memohon semula tarikh yang baru.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan temujanji JPN online akan memudahkan urusan anda di kaunter nanti.

Untuk urusan-urusan di pejabat kerajaan yang lain, boleh rujuk temujanji JPJ dan temujanji Imigresen.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply