Dalam tempoh PKP dan PPN ini, jika anda mempunyai urusan yang perlu diselesaikan di Zakat Selangor, anda perlu buat temujanji Zakat Selangor terlebih dahulu. Sebelum hadir, sila pastikan status anda dalam MySejahtera yang telah dikemaskini adalah seperti berikut:
- Risiko Rendah/Low Risk atau;
- Kontak Kasual Tidak Bergejala
Pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) berhak menolak dan membatalkan janji temu sekiranya anda gagal mengemukakan bukti status di dalam aplikasi MySejahtera anda.
1. Urusan apa yang perlu buat temujanji Zakat Selangor?
Ada beberapa urusan yang ditawarkan. Antaranya:
- Pertanyaan / Pengambilan Cek / Tunai
- Bayaran Ekspres Zakat / Fidyah / Wakaf / Sedekah
- Pengambilan / Penyerahan Borang Bantuan
- Pertanyaan Agihan
- Pertanyaan / Taksiran Kiraan Zakat
2. Cara buat temujanji Zakat Selangor
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk booking slot appointment dengan Zakat Selangor:
- Layari laman web rasmi Zakat Selangor yang khas untuk temujanji di sini: https://www.zakatselangor.com.my/janjitemu/
- Tekan butang KLIK DI SINI UNTUK JANJI TEMU di bahagian bawah sekali
- Anda akan dibawa ke satu lagi laman baru: https://zakatselangor.timetap.com
- Sila pilih lokasi cawangan yang berhampiran dengan anda:
- Cawangan Alami
Bangunan Zakat Selangor 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan - Cawangan Bandar Baru Ampang
No. 1A, Jalan Wawasan Ampang 4/6, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan - Cawangan Banting
No.19, Jalan Sri Pekan 5, Medan Sri Pekan, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan - Cawangan Kajang
G-08 & 1-08 JALAN REKO, SAVILLE KAJANG, 43000 KAJANG, Selangor Darul Ehsan - Cawangan Kuala Kubu Baru
Tingkat Bawah, Bangunan Hj Khalid, Lot 16, Seksyen 7, Jalan Mat Kilau, 44000 Kuala kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan - Cawangan Kuala Selangor
No 4, Jalan Malati 3/19, Bandar Melawati, 45000 Kuala Selangor Selangor Darul Ehsan - Cawangan Subang Jaya
No. 11, Wisma Dicor, Jalan SS 17/A, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan - Cawangan Sungai Besar
No. 6 & 7, PT 5607 & 5608, Jalan Gemilang 1, Taman Gemilang, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan - Cawangan Sungai Buloh
No.8 (G & LG), Jalan BRP 1 / 2, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan - Kompleks MAIS Klang
Lot 3366, Bangunan MAIS, Jalan Kapar Batu 1, 41400 Klang, Selangor Darul Ehsan - Masjid Cyberjaya
Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyber 4, Persiaran Semarak Api, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan - UTC Shah Alam
Lot 6-8A, Kompleks UTC Selangor, Anggerik Mall, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
- Cawangan Alami
- Selepas membuat pilihan, tekan butang Seterusnya
- Pilih Tarikh
- Tarikh yang available hanyalah yang berwarna hijau sahaja
- Pilih Masa
- Tekan butang Seterusnya
- Isikan maklumat peribadi seperti dipinta:
- Name Penuh
- Emel
- Nombor Telefon
- Tujuan
- Tekan butang Saya Setuju
- Anda anda dapat lihat paparan Terima kasih!
- Maklumat temujanji akan dipaparkan
- Selesai
Sila pastikan akan buat tempahan selewat-lewatnya empat jam sebelum waktu operasi bermula.
Contohnya, jika anda ingin buat tempahan dan datang ke cawangan pada pukul 1 petang, anda perlu booking selewat-lewatnya jam 9 pagi pada yang hari yang sama.
Kami sarankan, untuk datang ke cawangan, lebih bagus jika buat tempahan satu hari sebelumnya.
3. Waktu operasi macam mana?
Waktu operasi bagi cawangan Zakat Selangor adalah berdasarkan hari kerja iaitu Isnin hingga Jumaat, dari jam 10 pagi hingga 2 petang.
4. Pertanyaan berkenaan janjitemu
Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau mahukan maklumat lanjut, sila bungi Talian Zakat Selangor di 1 300 88 4343.
Anda juga boleh hubungi melalui Live Chat di www.zakatselangor.com.my
Akhir kata
Jika anda bekerja dan ingin buat pengiraan zakat sendiri, boleh rujuk cara pengiraan zakat pendapatan secara umum. Jika tidak pasti, kami sarankan anda rujuk pusat zakat negeri masing-masing.
Semoga bermanfaat.