Jika anda sudah mempunyai akaun bank Maybank, tetapi belum mempunyai Maybank2u, jemput baca cara daftar Maybank2u online ini dalam Bahasa Melayu di maybank2u.com.my
Kami berpendapat, jika guna Bahasa Melayu untuk menerangkan cara buat Maybank2u, ia lebih mudah faham.
[su_note]
Makluman:
- Jika belum ada akaun, sila rujuk cara daftar Maybank2u
- Untuk semakan baki, sila rujuk cara semak baki akaun Maybank
- Jika terlupa, baca cara semak no akaun Maybank
- Untuk MAE pula, jemput baca cara daftar MAE Maybank dengan fungsi e-wallet yang terbaru.
[/su_note]
1. Sebelum daftar Maybank2u, daftar nombor telefon bimbit dahulu
Jika anda ingin melakukan apa-apa transaksi online menggunakan Maybank2u, anda perlukan TAC atau nombor PIN. Untuk wujudkan Maybank2u, memang wajib register phone number.
Kenapa wajib?
Ini adalah satu ciri keselamatan yang penting bagi mengelakkan scam semasa buat transfer duit Maybank ke akaun yang lain.
Jadi, sebelum daftar dan buat akaun Maybank2u online, kami sarankan anda daftar nombor telefon bimbit terlebih dahulu supaya tidak membuang masa.
Cara untuk register nombor handphone adalah seperti berikut:
- Pergi ke mesin Automated Teller Machine (ATM) Maybank yang berdekatan.
- Masukkan kad Maybank anda pada mesin berkenaan, dan pilih bahasa yang anda ingini samada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina
- Masukkan nombor PIN enam digit untuk kad ATM Maybank anda.
- Apbila paparan Menu Utama ditayangkan, sila pilih Maybank2U/Phone Banking/ATM SMS Alerts.
- Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2U TAC.
- Pada ruangan yang diberikan pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit anda yang sah dan aktif. Kemudian, tekan Ya.
- Proses mendaftar nombor telefon bimbit anda selesai.
- Teruskan untuk proses pendaftaran Maybank2u
2. Register Maybank2u online di maybank2u.com.my
Pastikan pendaftaran nombor telefon bimbit anda berjaya. Jika sudah, berikut ialah cara nak buka akaun Maybank secara online yang seterusnya:
- Layari laman web https://www.maybank2u.com.my.
- Eja betul-betul. Jangan tersilap tulis Mybank2u kerana ejaan yang betul ialah Maybank2u.
- Jika ditaip dengan betul, anda akan dibawa ke laman depan rasmi Maybank2U.
- Pada bahagian atas laman, tekan butang REGISTER NOW.
- Kemudian, pada ruangan Card/Access Number, masukkan nombor akaun Maybank anda yang mengandungi 12 digit.
- Pada ruangan PIN, masukkan nombor pin enam digit untuk kad ATM Maybank anda.
- Tandakan pada ruangan I AGREE WITH THE TERMS & CONDITONS.
- Tekan butang CONTINUE untuk teruskan proses dan cara daftar Maybank2u online
- Kemudian, anda akan dibawa ke laman Create your Profile.
- Pada ruangan Username, masukkan nama yang anda ingin guna sebagai nama akaun anda.
- Pada ruangan Password, masukkan kata laluan yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Kata laluan ini perlulah mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor serta simbol. Misalnya: Ahmad243@!0 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
- Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi kata laluan yang anda ingin cipta tersebut.
- Pada ruangan E-Mail, masukkan emel anda.
- Pada ruangan TAC, nombor TAC perlu dimasukkan. Tekan butang Request For TAC.
- Anda akan mendapat SMS di telefon bimbit anda mengandungi nombor TAC tersebut. Sekali lagi diingatkan anda perlu mendaftar nombor telefon anda di mesin ATM Maybank dahulu untuk memperoleh nombor TAC ini.
- Masukkan nombor TAC yang diperoleh.
- Selesai, tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, pada ruangan Image, masukkan gambar bagi tujuan keselamatan.
- Pada ruangan Security Phrase, masukkan apa-apa perkataan atau frasa bagi tujuan keselamatan. Apa sahaja perkataan yang anda cipta dan boleh ingat, Misalnya, Saya Hensem.
- Pada ruangan Memorable Question, pilih tiga soalan yang anda boleh jawab dan jawab kesemua soalan tersebut. Ingat dan simpan butir-butir jawapan anda untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.
- Tekan butang Done.
- Proses dan pembacaan cara daftar Maybank2U anda tamat di sini.
- Pendaftaran sudah berjaya.
Jangan lupa baca cara aktifkan Maybank Paywave untuk pembayaran yang lebih mudah menggunakan kad debit nanti.
3. Maklumat lanjut pendaftaran Maybank2u (bukan Mybank2u)
Sekiranya anda menghadapi masalah semasa proses mendaftar akaun Maybank2U, boleh hubungi Maybank Careline pada talian berikut:
- Customer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia)
- +603-7844 3696 (Luar Negara)
Akhir kalam
Sebenarnya, jika ikut panduan di atas, cara daftar Maybank2u tidaklah sesukar mana. Kalau ikut langkah demi langkah untuk buka akaun Maybank, pasti berjaya.
Suatu hari nanti, jika terlupa kata laluan, anda boleh cuba tukar password Maybank2u dan tukar no telefon Maybank jika perlu.
Semoga bermanfaat.
9 Comments
Saya nak buat Maybank2u online tp xblh.nk pergi bank susah ank kecik
Saya nak buka akaun Maybank
Saya nk baru bawah umur nk log in maybank2U.. Tapi kenape x bolej
Saya nak buka akaun Maybank tapi pihak bank minta surat sokongan dari majikan.. Kalau tiada surat sokongan majikan .. Dia minta RM500 untuk pembukaan akaun dan transfer duit ke akaun Maybank anak saya..Selepas saya buat pembayaran .. Kerani bank suruh buat pendaftaran melalui online.. Tapi saya tak berjaya buat.. Dia suruh buat sendiri atau minta pertolongan kawan..Kalau tak berjaya dia suruh saya minta sokongan majikan .. Padahal saya hanya mahu buat simpanan wang ke Akaun Maybank .Tolong beri penjelasan kenapa pihak Bank tak nak bantu saya tiada surat sokongan majikan dan tidak berkerjasama ?
Tak tahu macam Mana nak tengok sama ada maybank saya ni true online ke tidak..boleh ajar Dan bagitau saya sama ada saya dah daftar ke belum.TQ
Saya ingin membuat semakan melalui handfon secara online
Bagaimana cara menyemak dan mengemas kini dan serta membuat mybank2u dalam telifon bimbit
Raziazizan
Forgot password login