Bagi yang tidak tahu, cara check KWSP guna no IC ini boleh dibuat di mana-mana cawangan KWSP atau menggunakan talian telefon sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga boleh buat semakan KWSP guna IC. Semakan ini termasuklah untuk check nombor ahli KWSP, berapa baki yang tinggal dalam Akaun 1 & 2 dan macam-macam lagi.

Nak kata apa? Sebenarnya, cara cek KWSP melalui IC ini cukup mudah. Izinkan kami berkongsi.

Cara buat semakan KWSP guna IC melalui telefon

Ini adalah cara untuk semak nombor KWSP, andai anda tak ingat langsung.

  1. Hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03-89226000
  2. Selalunya, akan diangkat dalam beberapa saat sahaja
  3. Beritahu bahawa and mahu semak beberapa perkara berikut:
  4. Pihak KWSP akan bertanya Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan untuk pengesahan
  5. Jika semuanya sahih, mereka akan memberikan maklumat seperti dipinta
  6. Selesai

Semakan nombor KWSP melalui kiosk terdekat

Untuk buat semakan nombor KWSP, anda tidak perlu beratur. Boleh terus gunakan kiosk KWSP yang terdekat.

Jika anda sejenis orang yang malas untuk menggunakan perkhidmatan online dan mahu terus semak baki dengan mencetak penyata, boleh terus guna kiosk KWSP yang ada di dalam premis tersebut.

Cara chek nombor KWSP di kaunter cawangan

Selain kiosk, anda juga boleh pergi ke kaunter KWSP untuk melakukan pelbagai transaksi.

Bukan sahaja boleh check nombor KWSP, anda juga boleh mendapatkan statement yang menunjukkan baki terkini.

  1. Datang ke mana-mana cawangan KWSP terdekat
  2. Bawa Kad Pengenalan
  3. Ambil nombor
  4. Tunggu sehingga nombor dipanggil
  5. Berurusan di kaunter
  6. Selesai

Check KWSP tanpa guna no IC secara online melalui i-Akaun

Untuk makluman, anda perlu mendaftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu sebelum menggunakan apa-apa perkhidmatan KWSP secara online di secure.kwsp.gov.my.

Kami andaikan anda sudah mempunyai i-Akaun KWSP. Tidak perlu masuk menggunakan nombor IC. Cukup sekadar menggunakan ID PENGGUNA yang anda telah daftarkan sebelum ini.

Jadi, langkah-kangkah untuk buat semakan KWSP guna ID PENGGUNA, tanpa menggunakan nombor IC adalah seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
  2. Pergi ke bahagian menu atas sebelah kanan
  3. Ada dua pilihan bahasa iaitu EN dan BM
  4. Pilih BM untuk Bahasa Melayu
  5. Masukkan ID PENGGUNA
  6. Tekan butang Teruskan
  7. Pastikan Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia anda adalah betul
  8. Masukkan KATA LALUAN
  9. Tekan butang Log Masuk
  10. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem i-Akaun KWSP
  11. Anda akan dapat lihat mesej Selamat Datang NAMA ANDA berserta tarikh login terakhir
  12. Untuk semak no ahli KWSP:
    • Klik PROFIL di menu atas
    • Lihat maklumat No. KWSP
    • Catat dan simpan nombor KWSP anda
  13. Untuk semak baki KWSP:
    • Klik logo KWSP di bahagian atas sebelah kiri
    • Di bawah Ringkasan Akaun, anda akan dapat lihat baki Akaun 1 dan Akaun 2 dalam bentuk carta pai
  14. Selesai

Boleh rujuk panduan berkenaan cara semak baki KWSP secara online yang lebih terperinci.

Akhir kata

Kami sarankan agar anda semua register i-Akaun ini kerana ia sangat memudahkan urusan pada masa akan datang seperti pengeluaran wang yang dibenarkan oleh kerajaan.

Tambahan lagi, dengan i-Akaun, anda boleh download dan semak penyata KWSP untuk rujukan dan simpanan sendiri.

Semoga dipermudahkan urusan..

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

24 Comments

  1. Mohd Shah Fikrizam on

    saya baru dibebaskan dari penjara tak sempat keluarkan i-sinar, bolehkah saya memohon sekarang? saya tak pernah mohon untuk sebarang pengeluaran lagi..azted, sabah

Leave A Reply