Pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara check penyata KWSP online.
Check penyata KWSP secara online
Salah satu cara check penyata KWSP online adalah menerusi laman web rasmi KWSP. Anda juga boleh semak penyata anda secara online. Tetapi, beberapa perkara perlu dilakukan, iaitu mendapatkan kod pengaktifan, dan mendaftar akaun di laman web rasmi KWSP.
MENYEMAK PENYATA KWSP
Anda boleh menyemak penyata KWSP melalui banyak cara, iaitu:
- Semak penyata secara online di portal KWSP
- Pergi ke pejabat KWSP
- Cetak penyata di kiosk EPF
- Semak penyata di aplikasi i-Akaun
- Semak Penyata KWSP
- Login ke akaun KWSP anda.
- Seterusnya, klik pada Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya. Penyata KWSP akan terpapar mengikut pilihan anda.
- Anda boleh cetak penyata ini untuk rujukan kemudian.
- Mendapatkan Kod Pengaktifan
- Pergi ke mana-mana pejabat KWSP atau kiosk untuk KWSP yang terdekat dengan anda.
- Buat permohonan untuk mendapatkan Kod Pengaktifan/USER ID.
- Anda akan mendapat USER ID ini secara SMS. Anda perlu mendaftar di laman web rasmi KWSP dalam masa 30 hari selepas anda membuat permohonan ini.
Daftar akaun di laman web rasmi KWSP
- Layari laman web kwsp.gov.my, untuk ke laman web rasmi KWSP.
- Kemudian, pada paparan, tekan pada tab LOGIN, dan pilih butang i-AKAUN (MEMBER)
- Cara check penyata KWSP online yang seterusnya, untuk paparan i-Akaun (Member), terdapat ruang untuk diisi. Pada ruangan USER ID, masukkan USER ID yang anda telah dapat semasa membuat permohonan di kaunter atau di kiosk KWSP.
- Kemudian, tekan butang Next.
- Seterusnya, masukkan password yang anda peroleh juga secara SMS dengan USER ID, pada ruangan PASSWORD.
- Tekan butang Login.
- Pada laman seterusnya, baca terma & syarat yang tertera.
- Kemudian, tick pada kenyataan di bawah tanda anda bersetuju dengan terma & syarat.
- Tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu diisi di bawah seksyen First Time Login.
- Pada ruangan User ID, masukkan USER ID baru yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. USER ID atau username anda ini mestilah antara 8-16 aksara dan mestilah alphanumeric (gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol). Anda boleh mengubah USER ID anda SEKALI sahaja, iaitu ketika dalam proses untuk mengaktifkan akaun anda.
- Cara check penyata KWSP online yang berikutnya, pada ruangan New Password, masukkan password baru yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Passwordanda mestilah antara 8-20 aksara dan mesti alphanumeric (gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol).
- Pada ruangan Confirm New Password, masukkan semula password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Pada Online Image, pilih satu gambar yang anda ingin gunakan untuk identiti akaun anda.
- Pada ruangan Key in your Secret Phrase, masukkan satu perkataan yang anda ingin gunakan untuk pengesahan identitI akaun anda. Maksimum perkataan ini terhad kepada 10 aksara sahaja.
- Kemudian, tekan butang Next.
- Pendaftaran kali pertama anda berjaya.
Cetak penyata KWSP melalui kiosk
- Pergi ke mana-mana kiosk EPF yang boleh dijumpai di bangunan KWSP, di Urban Transformation Centre (UTC) ataupun di cawangan RHB Bank.
- Pada mesin kiosk ini, masukkan kad pengenalan anda.
- Kemudian, tekan pada skrin, dan pilih bahasa yang anda ingin gunakan.
- Setelah mendapat arahan pada mesin, letakkan ibu jari anda pada pengimbas yang bernyala di kiosk tersebut.
- Kemudian, tunggu sebentar.
- Pilih tahun untuk penyata anda, sama ada anda inginkan penyata untuk tahun semasa ataupun penyata untuk tahun lepas.
- Setelah mendapat arahan, keluarkan kad pengenalan anda.
- Tunggu sehingga penyata anda selesai dicetak.
- Kemudian, ambil penyata anda. Urusan anda selesai.
Check penyata KWSP online guna aplikasi i-Akaun
- Download aplikasi i-Akaun di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
- Buka aplikasi i-Akaun ini.
- Anda akan tiba di paparan untuk Login. Bagi anda yang telah mendapat kod pengaktifan (USER ID & password), anda boleh mula mendaftar akaun anda.
- Pada paparan login, lihat ke bawah skrin telefon pintar anda, dan tekan Daftar i-Akaun.
- Akan tertera apa yang perlu dilakukan untuk mengaktifkan akaun i-Akaun. Scroll ke bawah dan tekan butang AKTIFKAN I-AKAUN ANDA.
- Kemudian, pilih view untuk anda buka ke laman yang seterusnya.
- Anda akan dibawa ke portal rasmi KWSP. Pengaktifan akaun anda untuk kali pertama tidak disediakan dalam aplikasi i-Akaun. Oleh sebab itu, pada butang ini terdapat pautan ke laman web rasmi KWSP kerana pengaktifan akaun untuk kali pertama hanya boleh dibuat di portal rasmi sahaja.
- Pada laman seterusnya, untuk paparan i-Akaun (Member), terdapat ruang untuk diisi. Pada ruangan USER ID, masukkan USER ID yang anda telah dapat semasa membuat permohonan di kaunter atau di kiosk KWSP.
- Kemudian, tekan butang Next.
- Seterusnya, masukkan password yang anda peroleh juga secara SMS dengan USER ID, pada ruangan PASSWORD.
- Tekan butang Login.
- Pada laman seterusnya, baca terma & syarat yang tertera.
- Kemudian, tick pada kenyataan di bawah tanda anda bersetuju dengan terma & syarat.
- Tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu diisi di bawah seksyen First Time Login.
- Pada ruangan User ID, masukkan USER ID baru yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. USER ID atau username anda ini mestilah antara 8-16 aksara dan mestilah alphanumeric (gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol). Anda boleh mengubah USER ID anda SEKALI sahaja, iaitu ketika dalam proses untuk mengaktifkan akaun anda.
- Pada ruangan New Password, masukkan password baru yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Passwordanda mestilah antara 8-20 aksara dan mesti alphanumeric (gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol).
- Pada ruangan Confirm New Password, masukkan semula password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Pada Online Image, pilih satu gambar yang anda ingin gunakan untuk identiti akaun anda.
- Pada ruangan Key in your Secret Phrase, masukkan satu perkataan yang anda ingin gunakan untuk pengesahan identity akaun anda. Maksimum perkataan ini terhad kepada 10 aksara sahaja.
- Kemudian, tekan butang Next.
- Pendaftaran kali pertama anda berjaya. Login ke akaun anda dengan memasukkan USER ID dan PASSWORD yang baru.
- Setelah anda berjaya login, paparan penyata KWSP anda akan tertera, di mana baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 tertera di skrin.
- Semakan anda berjaya.
Kami juga menyediakan artikel khas untuk anda tentang cara semak penyata KWSP menggunakan i-Akaun anda, klik pada pautan ini untuk maklumat lebih lanjut.
Akhir kata
Kesimpulannya, banyak alternatif boleh digunakan untuk menyemak penyata KWSP anda. Dengan perkembangan teknologi pada zaman sekarang, anda tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter pejabat KWSP semata-mata untuk mendapatkan penyata. Sebaliknya, aplikasi dan portal yang baru memudahkan anda untuk mendapatkan penyata dalam masa yang singkat. Daftarlah sekarang i-Akaun di portal KWSP dan dapatkan penyata KWSP anda di portal ataupun di aplikasi i-Akaun.
Semoga bermanfaat.
3 Comments
0389226000
Cek kwsp simpanan
Check statement kwsp