What's Hot

    Pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda cara daftar e-bill TM.

    Diharapkan agar mereka yang masih keliru tentang pendaftaran bil TM mereka akan lebih faham selepas kami jelaskan tentang cara daftar e-bill TM anda.

    Pendaftaran e-Bill TM

    Cara daftar e-Bill TM

    Berikut ialah cara daftar e-Bill TM yang ringkas:

    1. Pertama sekali, layari laman web https://unifi.com.my/e-bill/index.html.
    2. Anda akan tiba di portal rasmi Unifi.
    3. Pada portal ini, tekan butang REGISTER FOR E-BILL NOW.
    4. Skrin akan bertukar gelap seketika. Anda perlu membenarkan pop-up window untuk browser. Akan tertera di bahagian atas skrin anda. Click Allow pop-up untuk membenarkan sebarang pop-up box untuk tertera di skrin anda.
    5. Kemudian, sebuah pop-up box akan tertera, yang mengandungi ruangan untuk anda isikan.
    6. Pada ruangan My Email Address, masukkan alamat emel yang anda ingin daftar dengan akaun TM anda. Kemudian, tekan butang Enter di keyboard
    7. Pada ruangan Create Profile, masukkan nama yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
    8. Cara daftar e-bill TM yang berikutnya adalah, pada ruangan Enter Email Address, sahkan alamat emel yang anda masukkan. Kemudian, tekan butang Next.
    9. Seterusnya, pada ruangan Set Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Passwordanda mestilah minimum 8 aksara, dan mesti disertakan minimum satu simbol. (misalnya, #awesome)
    10. Tekan butang NEXT.
    11. Kemudian, pada Choose your ID Type, pilih jenis pengenalan diri anda. Untuk kad pengenalan, pilih National ID.
    12. Cara daftar e-bill TM yang seterusnya adalah di bahagian SELECT pilih MYKAD.
    13. Kemudian, pada ruangan untuk ID Number, masukkan nombor kad pengenalan anda.
    14. Kemudian, tekan butang NEXT.
    15. Untuk pengesahan seterusnya, tekan butang CONFIRM.
    16. Seterusnya, tekan butang TAKE ME TO LOGIN.
    17. Kemudian, masukkan semula alamat emel anda dan password
    18. Seterusnya, tekan butang NEXT.
    19. Anda berjaya login ke akaun E-Bill TM anda, yang juga bersama dengan akaun untuk unifi.

    Buat mereka yang ingin melakukan speed test untuk unifi TM mereka, kami ada sediakan panduan tentang check speed TM Unifi anda.

    Akhir kata

    Kesimpulannya, platform secara online adalah satu langkah alternatif daripada TM untuk memudahkan anda menerima bil anda.

    Risiko kehilangan bil akan dapat dielakkan dengan adanya penghantaran bil ke alamat emel yang anda daftarkan untuk akaun E-Bill anda.

    Daftarlah sekarang dan mudahkan urusan anda. Selamat berjaya!

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply