idMe (Sistem Pengurusan IDentiti) adalah satu sistem pengurusan identiti yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk guru-guru sekolah, ibu-bapa, penjaga, kakitangan, pentadbir, pelajar, dan pengusaha institusi.

Selepas log masuk ke akaun idMe, guru boleh mengakses Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) yang merangkumi pelbagai sistem dan modul seperti Pengurusan Awam, Pengurusan Murid, Pengurusan Institusi, Pengurusan Guru, Pengurusan Pentaksiran, Penubuhan dan Pendaftaran Institusi, serta Sistem Pengesanan KPM (SiPKPM). Ibu-bapa pula boleh mendaftarkan anak ke Tahun 1 sesi persekolahan terkini menggunakan selepas login idMe.

Apa Itu idMe?

idMe adalah Sistem Pengurusan Identiti yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk guru, kakitangan, pelajar, ibu bapa, penjaga, dan pengusaha institusi.

idMe menyediakan identiti digital tunggal yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi dalam ekosistem pendidikan KPM melalui satu akaun menggunakan Single Sign-On (SSO).

idMe Login Untuk Akses Masuk Sistem MOEIS KPM (idme.moe.gov.my)
Screenshot Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)

Identiti digital tunggal melalui idMe menawarkan pelbagai kelebihan seperti perlu mengingat pelbagai nama pengguna dan kata laluan, meningkatkan keselamatan dengan mengurangkan risiko kebocoran atau kecurian kata laluan, serta memudahkan integrasi dan perkongsian data antara aplikasi yang berbeza.

Dari perspektif pentadbiran, pihak KPM juga dapat mengurus dan memantau akses pengguna dengan lebih berkesan melalui satu sistem berpusat.

Setelah berjaya log masuk ke akaun idMe, pengguna kemudiannya boleh mengakses Sistem Bersepadu KPM (MOEIS). idMe berfungsi sebagai pintu masuk kepada MOEIS, memastikan hanya pengguna yang sah sahaja dapat mengakses sistem tersebut dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran yang berkaitan.

Apa Itu MOEIS?

MOEIS (Sistem Bersepadu KPM) merupakan platform yang merangkumi pelbagai modul untuk pengurusan awam, murid, guru, institusi, dan pentaksiran. Melalui MOEIS, pengguna seperti guru dan pentadbir sekolah boleh menjalankan pelbagai fungsi, seperti mengisi markah peperiksaan, mengemaskini maklumat institusi, serta menguruskan data murid dan guru.

Dengan adanya MOEIS, kesemua sistem ini kini diintegrasikan ke dalam satu platform bersepadu yang boleh diakses oleh warga pendidikan melalui portal idMe. Ini membolehkan pengurusan dan perkongsian data yang lebih cekap dan selamat antara pelbagai sistem dan pengguna, serta mengurangkan keperluan untuk memasukkan data yang sama berulang kali di sistem yang berbeza.

idMe Login Untuk Akses Masuk Sistem MOEIS KPM (idme.moe.gov.my)
Senarai Aplikasi Di Dalam Sistem MOEIS

Melalui MOEIS, pengguna seperti guru dan pentadbir sekolah boleh menjalankan pelbagai fungsi, seperti mengisi markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), mengemaskini maklumat institusi, serta menguruskan data dan profil murid dan guru.

Melalui MOEIS juga, pelbagai urusan berkaitan dengan pengurusan murid, guru, institusi pendidikan dan pentaksiran dapat dilakukan dengan lebih mudah, pantas dan teratur.

Contohnya, guru boleh mengakses dan mengemaskini maklumat pelajar, ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka ke sekolah, dan pentadbir sekolah boleh menguruskan data institusi mereka, kesemuanya melalui satu platform bersepadu.

Apa Beza idMe dan MOEIS?

idMe adalah sistem pengurusan identiti yang memberikan identiti digital tunggal kepada pengguna KPM, membolehkan akses ke pelbagai aplikasi pendidikan melalui Single Sign-On (SSO). Ia memastikan pengguna tidak perlu mengingat banyak kata laluan dan boleh mengakses semua aplikasi dengan satu log masuk sahaja.

Sebaliknya, MOEIS adalah sistem bersepadu yang lebih luas untuk pengurusan data dan maklumat pendidikan dalam KPM.

Dengan kata lain, idMe berperanan sebagai gerbang keselamatan untuk MOEIS, memastikan hanya pengguna yang dibenarkan sahaja dapat memasuki sistem dan menjalankan fungsi-fungsi pentadbiran yang diperlukan.

Bagaimana Cara Login idMe Melalui idme.moe.gov.my Untuk Masuk Sistem MOEIS?

Guru-guru perlu log masuk ke akaun idMe untuk mengakses pelbagai sistem dan perkhidmatan dalam ekosistem pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk log masuk ke akaun idMe:

  1. Buka pelayar web dan pergi ke laman sesawang https://idme.moe.gov.my.
  2. Di halaman utama, masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Passport anda di ruangan yang disediakan.
  3. Klik butang ‘Daftar Masuk’.
  4. Gambar tulisan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan. Pilih “Ya, ini adalah Kunci Keselamatan saya” jika ia betul.
  5. Pada halaman seterusnya, masukkan kata laluan anda di ruangan yang disediakan.
  6. Klik butang ‘Daftar Masuk’ untuk mengakses sistem.
  7. Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh mendapatkan kata laluan baharu melalui e-mel yang didaftarkan atau melalui soalan keselamatan.

Macam Mana Kalau Lupa Kata Laluan idMe?

Jika anda terlupa kata laluan untuk idMe, klik butang “Lupa Kata Laluan” dan ikuti langkah-langkah berikut untuk reset password:

  1. Buka pelayar web dan pergi ke laman sesawang https://idme.moe.gov.my/password/reset.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Passport anda di ruangan yang disediakan.
  3. Masukkan captcha yang dipaparkan untuk pengesahan.
  4. Klik butang ‘Hantar Tetapan’ untuk meneruskan proses tetapan semula kata laluan.
  5. Anda akan menerima e-mel daripada idMe yang mengandungi pautan untuk menetapkan semula kata laluan anda.
  6. Klik pada butang “Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna” dalam emel tersebut.
  7. Masukkan kata laluan baharu anda di ruangan yang disediakan dan sahkan kata laluan tersebut.
  8. Masukkan captcha yang tertera dan klik butang “Menetapkan Semula Kata Laluan” untuk menukar kata laluan yang baru.

Jika anda mempunyai sebaranga pertanyaan atau menghadapai masalah untuk menetapkan semula kata laluan idMe, sila email ke [email protected].

Bagaimana Cara Daftar Akaun idMe Untuk Pengguna Baru?

Untuk mendaftar sebagai pengguna dalam Sistem Pengurusan Identiti (idMe) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web idMe (https://idme.moe.gov.my/).
  2. Klik butang “Daftar Baru” di bahagian bawah sebelah kiri paparan log masuk.
  3. Pada halaman daftar pengguna, isikan semua maklumat yang diminta.
  4. Maklumat bertanda * adalah wajib diisi, termasuk:
    • Kategori Kad*
    • Kad Pengenalan*
    • Nama*
    • Emel*
    • Pengesahan Emel*
    • No Telefon*
  5. Klik kotak “Saya Bukan Robot” untuk pengesahan.
  6. Masukkan captcha yang diberikan dalam medan yang disediakan.
  7. Setelah semua maklumat diisi dengan lengkap, klik butang “Daftar”.
  8. Untuk mengosongkan semua medan, klik butang “Reset”.

Selepas pendaftaran berjaya, semak emel untuk mendapatkan kata laluan default. Log masuk ke sistem menggunakan kata laluan default tersebut. Tukar kata laluan default kepada kata laluan baru selepas log masuk pertama untuk keselamatan akaun.

Bagaimana Cara Kemaskini Maklumat Guru dalam MOEIS Melalui Sistem Pengurusan Guru?

Antara data yang guru perlu kemaskini di dalam sistem MOEIS termasuk maklumat peribadi, pasangan, sejarah akademik, subjek ajar semasa, sejarah ikhtisas, tarikh perkhidmatan, sejarah pengalaman mengajar, maklumat elaun dan maklumat kokurikulum.

Untuk mengemaskini maklumat guru dalam sistem MOEIS melalui Sistem Pengurusan Guru, log masuk ke dalam sistem menggunakan No Kad Pengenalan tanpa simbol (-) dan klik butang butang “Daftar Masuk”.

Selepas melihat dashboard Sistem Pengurusan Identiti (IDME), klik pada aplikasi untuk ke paparan seterusnya dan klik pada “Menu Pengurusan Guru”. Klik butang “Lagi” untuk ke paparan seterusnya. Klik butang “Profil Pengguna” pada ikon profil dan sistem akan ke bahagian seterusnya.

Berikut ialah perincian berkenaan langkah-langkah untuk mengemaskini maklumat guru:

Kemaskini Maklumat Guru (Peribadi)

  1. Pengguna perlu mengemaskini data maklumat pada bahagian “Maklumat Utama”.
  2. Klik pada “KEMASKINI GAMBAR PROFIL” untuk ke paparan memuat naik gambar.
  3. Klik pada “CHOOSE FILE” bagi memuat naik gambar.
  4. Klik pada butang “MUATNAIK” untuk memuat naik gambar.
  5. Pengguna perlu mengemaskini data maklumat pada bahagian “Maklumat Tempat Tinggal Semasa”.
  6. Selepas mengemaskini Maklumat Guru, klik butang “KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI” di bawah.

Kemaskini Maklumat Peribadi (Pasangan)

  1. Klik pada menu “PERIBADI” dan pilih submenu “PASANGAN”.
  2. Pengguna perlu mengisi semua maklumat mandatori (*) dalam “Maklumat Pasangan”.
  3. Selepas mengisi Maklumat Pasangan, klik butang “KEMASKINI MAKLUMAT PASANGAN 1” di bawah.

Kemaskini Maklumat Sejarah Akademik

  1. Klik pada menu “SEJARAH AKADEMIK” dan pilih submenu “SEJARAH AKADEMIK”.
  2. Apabila klik “SEJARAH AKADEMIK”, sistem memaparkan maklumat “SEJARAH AKADEMIK” pada bahagian data.

Kemaskini Maklumat Akademik

  1. Klik pada menu “SEJARAH AKADEMIK” dan pilih submenu “AKADEMIK”.
  2. Apabila klik “SEJARAH AKADEMIK”, sistem memaparkan maklumat “AKADEMIK” pada bahagian data.

Kemaskini Maklumat SKM (Sijil Kemahiran Malaysia)

  1. Klik menu “SKM (SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA)”.
  2. Sistem memaparkan maklumat “SKM (SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA)”.

Kemaskini Maklumat Subjek Ajar Semasa

Klik menu “SUBJEK AJAR SEMASA” untuk memaparkan maklumat Subjek Ajar Semasa.

Kemaskini Maklumat Sejarah Ikhtisas

  1. Klik pada menu “SEJARAH IKHTISAS” dan pilih submenu “SEJARAH IKHTISAS”.
  2. Apabila klik “SEJARAH IKHTISAS”, sistem memaparkan maklumat “SEJARAH IKHTISAS” pada bahagian data.

Kemaskini Maklumat Ikhtisas

  1. Klik pada menu “IKHTISAS” dan pilih submenu “IKHTISAS”.
  2. Apabila klik “IKHTISAS”, sistem memaparkan maklumat “IKHTISAS” pada bahagian data.

Kemaskini Maklumat Perkhidmatan

  1. Klik menu pada “PERKHIDMATAN” dan pilih submenu “PERKHIDMATAN”.
  2. Paparan Perkhidmatan maklumat guru dipaparkan.

Untuk kemaskini Tarikh Perkhidmatan, klik pada menu “PERKHIDMATAN” dan pilih submenu “TARIKH PERKHIDMATAN”.

Untuk kemaskini Sejarah Perkhidmatan, lik pada menu “PERKHIDMATAN” dan pilih submenu “SEJARAH PERKHIDMATAN”. Apabila klik “SEJARAH PERKHIDMATAN”, sistem memaparkan maklumat “SEJARAH PERKHIDMATAN” pada bahagian data.

Untuk kemaskini Sejarah Pengalaman Mengajar, lik pada menu “SEJARAH PENGALAMAN MENGAJAR” pada bahagian (TANDA MERAH). Apabila klik “SEJARAH PENGALAMAN MENGAJAR”, sistem memaparkan maklumat “SEJARAH PENGALAMAN MENGAJAR” pada bahagian data.

Kemaskini Maklumat Elaun

  1. Klik pada menu “ELAUN” pada bahagian (TANDA MERAH).
  2. Apabila klik “ELAUN”, sistem memaparkan maklumat “ELAUN” pada bahagian data.
  3. Klik “TAMBAH ELAUN” untuk menambahkan Jenis Elaun.
  4. Pilih “JENIS ELAUN” dan “NILAI ELAUN” pada ruangan disediakan.
  5. Selepas masukkan maklumat Elaun, klik “TAMBAH MAKLUMAT ELAUN”.
  6. Sekiranya untuk mengemaskini Maklumat Elaun pilih “JENIS ELAUN” dan “NILAI ELAUN”.
  7. Selepas mengemaskini Maklumat Elaun, klik butang “KEMASKINI NILAI ELAUN”.
  8. Pilih Jenis Elaun untuk dipadam dan klik ikon Padam.
  9. Klik “OK” untuk memastikan Jenis Elaun dipadamkan.

Kemaskini Maklumat Kokurikulum

  1. Klik pada menu “KOKURIKULUM” pada bahagian (TANDA MERAH).
  2. Apabila klik “KOKURIKULUM”, sistem memaparkan maklumat “KOKURIKULUM” pada bahagian data.
  3. Klik “TAMBAH KOKURIKULUM” untuk menambahkan Kokurikulum.
  4. Pilih “PASUKAN BERUNIFORM” dan “TAHUN” pada ruangan disediakan.
  5. Selepas masukkan maklumat Kokurikulum, klik “TAMBAH MAKLUMAT KOKURIKULUM”.
  6. Pilih Ikon pada (TANDA MERAH) untuk mengemaskini senarai Kokurikulum.
  7. Sekiranya untuk mengemaskini Maklumat Elaun pilih “PASUKAN BERUNIFORM / KELAB / PERSATUAN / SUKAN” dan “TAHUN”.
  8. Selepas mengemaskini Maklumat Kokurikulum, klik butang “KEMASKINI MAKLUMAT KOKURIKULUM”.
  9. Pilih Senarai Kokurikulum untuk dipadam dan klik ikon Padam.
  10. Klik “OK” pada bahagian atas untuk memastikan Senarai Kokurikulum dipadamkan.

Kemaskini Maklumat Isytihar Harta

  1. Klik pada menu “ISYTIHAR HARTA”.
  2. Apabila klik “ISYTIHAR HARTA”, sistem memaparkan maklumat “ISYTIHAR HARTA” pada bahagian data.

Kemaskini Maklumat NPQEL

  1. Klik pada menu “NPQEL”.
  2. Apabila klik “NPQEL”, sistem memaparkan maklumat tersebut pada bahagian data.

Kemaskini Maklumat Pusat Latihan dan Bayaran Insentif (Sukan)

  1. Klik menu “SUKAN” dan pilih submenu “MAKLUMAT PUSAT LATIHAN DAN BAYARAN INSENTIF”.
  2. Apabila klik “MAKLUMAT PUSAT LATIHAN DAN BAYARAN INSENTIF”, sistem memaparkan maklumat tersebut pada bahagian data.

Kemaskini Kelayakan Sains Sukan

  1. Klik menu “SUKAN” dan pilih submenu “KELAYAKAN SAINS SUKAN”.
  2. Apabila klik “KELAYAKAN SAINS SUKAN”, sistem memaparkan maklumat tersebut pada bahagian data.

Kemaskini Kelayakan Sukan Spesifik

  1. Klik menu “SUKAN” dan pilih submenu “KELAYAKAN SUKAN SPESIFIK”.
  2. Apabila klik “KELAYAKAN SUKAN SPESIFIK”, sistem memaparkan maklumat tersebut pada bahagian data.

Kemaskini Maklumat Pelesenan

  1. Klik menu “SUKAN” dan pilih submenu “PELESENAN”.
  2. Apabila klik “PELESENAN”, sistem memaparkan maklumat tersebut pada bahagian data.

Kemaskini Pencapaian Sebagai Jurulatih/Pengadil/Hakim/Pegawai Teknikal

  1. Klik menu “SUKAN” dan pilih submenu “PENCAPAIAN SEBAGAI JURULATIH / PENGADIL / HAKIM / PEGAWAI TEKNIKAL”.
  2. Apabila klik “PENCAPAIAN SEBAGAI JURULATIH / PENGADIL / HAKIM / PEGAWAI TEKNIKAL”, sistem memaparkan maklumat tersebut pada bahagian data.

Kemaskini Anugerah Sukan

  1. Klik menu “SUKAN” dan pilih submenu “ANUGERAH SUKAN”.
  2. Apabila klik “ANUGERAH SUKAN”, sistem memaparkan maklumat tersebut pada bahagian data.

Kemaskini Potensi DLP

  1. Klik pada menu “POTENSI DLP”.
  2. Apabila klik “POTENSI DLP”, sistem memaparkan maklumat tersebut pada bahagian data.

Cetak Maklumat Guru

  1. Klik menu “CETAK” untuk mencetak semua data maklumat yang disimpan.
  2. Klik ikon “CETAK” (BERWARNA MERAH) untuk dicetak.

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda dapat mengemaskini maklumat guru dalam sistem MOEIS dengan mudah dan tepat.

Adakah Guru Pengguna Utama idMe?

Ya, guru merupakan pengguna utama sistem idMe. Melalui idMe, guru-guru dapat mengakses pelbagai sistem dan perkhidmatan dalam ekosistem pendidikan KPM, seperti Pengurusan Awam, Pengurusan Murid, Pengurusan Institusi, Pengurusan Guru, Pengurusan Pentaksiran, Penubuhan dan Pendaftaran Institusi, serta Sistem Pengesanan KPM (SiPKPM).

Adakah Ibu Bapa Boleh Login idMe?

Ya, selain guru dan pentadbir sekolah, ibu bapa juga merupakan pengguna penting sistem idMe. Melalui idMe, ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan akan datang.

Mulai tahun 2023, pendaftaran Tahun 1 secara dalam talian boleh dibuat oleh ibu bapa melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di portal idMe https://idme.moe.gov.my.

Ibu bapa perlu mendaftar dan log masuk ke akaun idMe mereka untuk mengakses borang pendaftaran dalam talian dan melengkapkan maklumat yang diperlukan.

Ini mengelakkan keperluan untuk hadir ke sekolah secara fizikal untuk mendapatkan dan menghantar borang pendaftaran.

Adakah Ibu Bapa Perlu Guna idMe Untuk Daftar Tahun 1?

Ya, untuk mendaftarkan anak ke Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026, ibu bapa perlu menggunakan sistem idMe.

Proses daftar Darjah 1 secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di portal idMe https://idme.moe.gov.my dalam tempoh pendaftaran yang ditetapkan, iaitu dari 2 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024.

Penggunaan idMe untuk pendaftaran Tahun 1 memudahkan ibu bapa kerana mereka boleh membuat pendaftaran dari mana-mana sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh pendaftaran yang ditetapkan.

Apakah Polisi Keselamatan Siber KPM?

Bagi warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keselamatan maklumat peribadi dan akaun pengguna amat penting.

idMe Login Untuk Akses Masuk Sistem MOEIS KPM (idme.moe.gov.my)
Perkongsian Polisi Keselamatan Siber KPM

Berikut adalah garis panduan KPM yang perlu dipatuhi untuk memastikan keselamatan maklumat pengguna:

Langkah-langkah Yang Perlu Dilakukan (DO’s)

LINDUNGI Akaun, Kata Laluan dan Maklumat Peribadi

  • Pastikan akaun anda dilindungi dengan baik.
  • Jangan berkongsi kata laluan atau maklumat peribadi dengan sesiapa.

GUNAKAN Kata Laluan yang Kukuh

  • Cipta kata laluan dengan sekurang-kurangnya 12 aksara.
  • Gabungkan huruf, nombor, dan aksara khas.
  • Kata laluan yang kuat mengurangkan risiko akaun digodam.

GUNAKAN Platform Rasmi KPM

  • Kongsi maklumat melalui platform rasmi seperti Google Drive, OneDrive dan DELIMa.
  • Ini memastikan maklumat disimpan dan dikongsi melalui saluran yang selamat dan diiktiraf KPM.

SEMAK dan DAPATKAN PENGESAHAN

  • Sebelum memuat naik maklumat ke internet, semak dan dapatkan pengesahan Ketua Jabatan.
  • Ini memastikan maklumat yang dikongsi adalah tepat dan selamat.

Langkah-langkah Yang Perlu Dielakkan (DON’Ts)

JANGAN Berkongsi Kata Laluan

  • Elakkan berkongsi, mencatat, atau mendedahkan kata laluan dan maklumat peribadi.
  • Kata laluan yang terdedah boleh disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

JANGAN Klik Pautan yang Diragui

  • Elak mengklik pautan yang kesahihannya diragui.
  • Pautan tidak sahih boleh membawa ke laman web phishing yang mencuri maklumat peribadi.

JANGAN Muat Naik Maklumat di Platform Awam

  • Elak memuat naik maklumat rasmi atau terperingkat di platform awam dan media sosial.
  • Contoh platform yang perlu dielakkan: Scribd, Dropbox, Facebook.

JANGAN Muat Turun & Pasang Aplikasi Tidak Berlesen

  • Elak memuat turun dan memasang aplikasi tidak berlesen, versi cetak rompak, atau crack.
  • Aplikasi ini mungkin mengandungi perisian hasad yang membahayakan keselamatan data.

Pematuhan terhadap polisi, arahan, peraturan, garis panduan, dan pekeliling keselamatan siber KPM dan Kerajaan adalah penting.

Lindungi akaun dan maklumat peribadi anda dengan sentiasa berwaspada dan mengikuti langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, muat turun Polisi Keselamatan Siber KPM melalui kod QR yang disediakan oleh KPM.

Adakah idMe dan MOEIS Termasuk Dalam e-Kerajaan Yang Dilaksanakan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)?

Ya, idMe dan MOEIS merupakan sebahagian daripada inisiatif e-Kerajaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

e-Kerajaan merujuk kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan, dan ketelusan kerajaan dalam memberi khidmat kepada rakyat. Ia bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, perniagaan dan agensi kerajaan lain.

Dalam konteks KPM, idMe dan MOEIS merupakan komponen penting dalam transformasi digital kementerian tersebut. idMe, sebagai sistem pengurusan identiti, memastikan keselamatan dan kemudahan akses kepada pelbagai sistem dan perkhidmatan dalam ekosistem pendidikan KPM. Ini sejajar dengan matlamat e-Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang selamat, bersepadu dan mesra pengguna.

MOEIS pula, sebagai sistem bersepadu yang merangkumi pelbagai modul pengurusan pendidikan, bertujuan untuk mempertingkatkan kecekapan operasi, pengurusan data dan penyampaian perkhidmatan dalam KPM. Ia membolehkan automasi proses, perkongsian data yang lebih baik, dan pembuatan keputusan berasaskan data, sejajar dengan prinsip-prinsip e-Kerajaan.

Pelaksanaan idMe dan MOEIS mencerminkan komitmen KPM dalam merealisasikan agenda e-Kerajaan, sekaligus menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan pendidikan dan pengalaman pengguna dalam ekosistem pendidikan negara.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply