Bagi anda yang menjalankan perniagaan sama ada secara konvensional ataupun secara atas talian, anda wajib mendaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM. Persoalannya, bagaimana cara daftar SSM secara online menggunakan SSM ezbiz? Izinkan kami berkongsi seperti di bawah.
Langkau artikel ini untuk baca cara renew SSM online dan juga daftar SSM MYDATA.
Sedikit mengenai SSM
SSM ialah badan berkanun yang bertanggungjawan sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.
Untuk mendaftar perniagaan anda dengan SSM, anda boleh menggunakan dua cara, iaitu pergi ke kaunter di mana-mana cawangan pejabat SSM di seluruh Malaysia, ataupun mendaftar secara online. Dalam artikel ini, kita akan melihat bagaimana untuk mendaftar SSM secara online.
Cara daftar SSM ezbiz online
- Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
- Anda akan tiba di portal rasmi SSM ezbiz untuk membuat pendaftaran.
- Terdapat paparan untuk login. Tekan butang Sign Up.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Id Type, pilih jenis ID yang anda ingin masukkan. Untuk memudahkan, pilih NRIC, untuk kad pengenalan baru.
- Pada ruangan Id No, masukkan nombor kad pengenalan anda, tanpa tanda sempang. (Misalnya, 800110055014)
- Kemudian, pada ruangan Name as per IC, masukkan nama penuh anda, seperti dan WAJIB sama dengan nama yang tertera pada kad pengenalan anda.
- Tekan butang Register untuk meneruskan proses dan cara daftar SSM online
- Pada laman seterusnya, baca penerangan tentang Ezbiz.
- Untuk langkah seterusnya, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan SSM yang terdekat untuk membuat pengesahan pendaftaran akaun anda.
- Bawa kad pengenalan anda, dan anda akan diberikan thumbprint. Setelah itu, anda berjaya mengaktifkan akaun anda.
- Buka semula akaun anda. Login ke akaun anda. Kemudian, pada menu, tekan My Business Services.
- Di bawah sub-menu New Business Registration, tekan link New Business untuk mula mendaftar perniagaan anda.
- Pada laman SSM ezbiz seterusnya, terdapat beberapa ruangan untuk diisikan. Isi kesemuanya, dan WAJIB isi pada ruangan yang bertanda (*) berwarna merah.
- Pada Name Type, pilih jenis nama perniagaan anda, sama ada PERSONAL NAME, atau TRADE NAME untuk daftar SSM online.
- Pada ruangan Business Name, masukkan nama perniagaan anda.
- Pada Business Start Date, pilih tarikh untuk anda ingin mulakan perniagaan anda.
- Pada Partnership Agreement Date, masukkan tarikh untuk sebarang partnership agreement aktif (sekiranya ada).
- Isikan di bahagian-bahagian lain seperti Registration Period, Business Info untuk info tentang bisnes anda, Status, Incubator, Is Online Seller untuk memastikan sama ada perniagaan anda jenis online seller atau tidak, dan bahagian alamat syarikat di Main Address dan juga Mailing Address untuk alamat surat-menyurat. Isi kesemuanya.
- Kemudian, tekan butang Next.
- Anda juga diminta untuk mengisi bahagian seksyen lain, iaitu Branches, Business Code, Owners sehingga ke Fees & Declaration.
- Pada seksyen Fees & Declaration, anda akan membuat pembayaran untuk pendaftaran syarikat anda. Jumlah bayaran yang tertera adalah berdasarkan pilihan-pilihan yang telah anda tetapkan untuk perniagaan anda, seperti pada Name Type dan juga Registration Period.
- Tick pada pernyataan di bawah, tanda anda bersetuju dengan terma & syarat.
- Kemudian, tekan butang Submit Payment untuk teruskan proses dan ikuti cara daftar SSM ezbiz secara online.
- Pada laman seterusnya, anda boleh menekan PAY OVER THE COUNTER untuk membayar di kaunter di mana-mana cawangan SSM yang terdekat. Atau, tekan butang PAY ONLINE untuk membayar secara online.
- Untuk membayar secara online, anda boleh menggunakan dua cara, iaitu membayar menggunakan kad kredit/debit, atau membayar secara online banking.
- Jika anda ingin membayar secara kad kredit/debit, pada ruangan yang tertera di bawah Pay with Credit or Debit Card, masukkan maklumat yang diperlukan. Pada Cardholder Name, masukkan nama anda, sama seperti nama yang anda daftarkan untuk kad anda.
- Pada Card Number, masukkan nombor kad yang tertera di bahagian hadapan kad kredit/debit anda.
- Pada Expiration Date, masukkan tarikh luput kad debit/kredit anda. Pada MM, masukkan bulan, manakala pada YYYY, masukkan tahun. Tarikh luput ini tertera pada bahagian hadapan kad anda. (Misalnya, tertera 05/24, yang bermaksud Mei 2024)
- Pada CVV, masukkan tiga digit yang tertera pada bahagian belakang kad kredit/debit anda.
- Kemudian, tekan butang Submit Payment.
- Sekiranya anda ingin membayar menggunakan online banking, pilih mana-mana ikon bank yang tertera. Setelah klik ikon tersebut, anda akan dibawa ke laman rasmi bank tersebut. Misalnya, jika anda pilih CIMB Clicks, anda akan dibawa ke laman rasmi CIMB Clicks.
- Ikut prosedur pembayaran online banking melalui CIMB Clicks, sehingga proses pembayaran anda selesai.
- Cara daftar SSM ezbiz dan pendaftaran perniagaan anda selesai.
Login selepas pendaftaran SSM
Selepas selesai urusan daftar SSM, anda kini boleh login SSM ezbiz pula.
- Layari laman web rasmi SSM di https://ezbiz.ssm.com.my
- Anda kini berada di bahagian Sign In
- Masukkan USERNAME
- Masukkan PASSWORD
- Tekan ikon mata untuk melihat password yang anda taip
- Masukkan VERIFICATION CODE seperti yang terpapar
- Tekan butang Sign In
- Anda kini telah berjaya login SSM
Akhir kata
Kesimpulannya, SSM memainkan peranan untuk memastikan perniagaan anda berdaftar. Kepada anda yang teringin untuk memulakan perniagaan, daftarlah sekarang dengan SSM ezbiz.
Ikuti segala prosedur yang diberikan, sehinggalah proses pendaftaran anda berjaya, dan perniagaan anda sah di sisi undang-undang.
Semoga perniagaan anda terus maju dan dilimpahi dengan berkat kasih sayang Allah.
Diharapkan agar perkongsian cara daftar SSM online ini akan memudahkan lagi urusan anda.
Jika anda terjejas dek Coronavirus COVID-19, boleh cuba mohon bantuan kerajaan dan swasta seperti Geran Khas Prihatin, BSN Micro dan pinjaman TEKUN.
Semoga bermanfaat.
16 Comments
cara tukar email macamana ya
i had try from 16.00hrs till now 22.00hrs still cant fully complete the fill in everthing something wrong sad to said that
I would like to cancel my business license due to financial constraints
Dear Madam,
I had username already, But trying to enter http://www.ezbiz.ssm.com.my. Because I want to register new SSM by online, Couldn’t get into it since end months March until today.
I hope you’ll cooperate with your time to reply all above message. Please keep follow up or update me. Thank you!
Dear Madam,
I had username already, But trying to enter http://www.ezbiz.ssm.com.my. Because I want to register new SSM by online, Couldn’t get into it since end months March until today.
I hope you’ll cooperate with your time to reply all above message. Please keep follow up or update me. Thank you!
I want register ssm on line how doing
Not able to add business code
Macamana nak tukar email? Utk online rasa lg susah dr daftar kat pej ssm byk benda tak boleh tp bila minta tld kat ssm mmg tak layan
cara tukar email macamana ya
how to change email add
I want to change my address, how to do?
I want to SSM email adress coz previous email address was hack, cannot use anymore and also forgot the email address, then what to do?
saya terlupa username dan password serta email yang digunakan ketika mendaftar di ebiz..
bagaimana caranya untuk sya login ???
saya mahu tukar email yang lama kepada email yang sya guna selalu..
saya mohon pencerahan dan boleh dihubung melalui email
[email protected]
012-5717368
Kepada pegawai yang berkenaan, saya sudah key in my details tapi saya tak boleh bayar secara online…saya tak pasti SSM saya lulus atau tidak.Saya harap pegawai bagi penyelesaian.
Terima kasih
bagaimana nak tukar id ezbiz secara online ( tersilap dalam ejaan nama dalam id)
Saya nak Renew ssm
Tarikh tamat 14 ogos 2021