Setiap kali nak pergi travel atau balik kampung mesti rasa excited gila. Sebab anda tak sabar dah ni nak makan masakan mak ataupun cuba makanan famous dekat sana. Sebelum nak bercuti kawan ada cadangkan anda pakai RFID. Sebab boleh mudahkan perjalan pergi dan balik anda dan tak buatkan jammed sebab tangan tak sampai nak sentuh Touch n GO. Apa lagi beli lah RFID ni. Dah dapat, kemudian anda pasang tapi anda tak pasti cara nak topup RFID ni macam mana.
Jangan risau, ini cara-cara untuk top up RFID anda.
Tambah Nilai RFID
Dekat mana boleh topup RFID ni?
Buat masa sekarang ni RFID hanya boleh di top up dengan menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet yang kena install di telefon bimbit anda.
Cara bayar topup RFID macam mana?
Ini langkah-langkah untuk top up di Touch n Go eWallet :-
- Buka Touch n Go eWallet di telefon bimbit anda
- Pastikan anda sudah link RFID tag/sticker dengan akaun Touch n Go eWallet
- Tekan “Reload eWallet” di home page
- Masukkan jumlah sekurang-kurang RM10 keatas
- Tekan “Reload eWallet”
- Kemudian akan keluar dua pembayaran iaitu Credit/Debit Card dan FPX Online Banking
Top up guna Credit/Debit Card
- Kalau pilih Credit/Debit Card anda kena isi maklumat kad anda
- Kemudian pilih “Save Card” untuk penggunaan akan datang
- Masukkan nombor OTP yang dihantar oleh bank
- Tekan “Submit”
- Selesai
Topup RFID guna Credit/Debit Card
- Kalau pilih FPX Online Banking di paparan akan keluar senarai bank
- Pilih dan tekan bank pilihan anda.
- Kemudian akan dibawa ke page login bank anda
- Kemudian masukkan TAC nombor anda yang telah dihantar oleh bank
- Tekan “Submit”
- Selesai
Untuk makluman anda, boleh juga menggunakan cara “Auto Reload” dengan hanya link kad bank anda dengan Touch n Go eWallet, jika anda malas nak top up banyak kali.
Boleh ke bayar top up RFID dekat tempat lain?
Buat masa sekarang ini hanya boleh topup RFID melalui Touch n Go eWallet sahaja. Tempat lain tiada.
Dekat mana boleh beli dan dapatkan?
Anda boleh beli dan dapatkan di tempat-tempat yang terpilih seperti yang dibawah :
- Tempat pemasangan yang terpilih di link rasmi RFID ini
- Touch ‘n Go eWallet
- Portal Touch n GO RFID
- Lazada
- Shopee
- BonusLink
- Shell
- Watsons
- BHP Petrol
- Maxis
- iSustain
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca cara nak beli RFID ini.
Macam mana pembayaran ditolak ketika di tol?
- Kereta anda mestilah memasuki dilorong yang tertulis MyRFID
- Kemudian di tol itu RFDI tag/sticker anda akan di scan
- Pintu palang dihadapan akan terbuka secara automatik
Anda dinasihatkan memandu kereta dilorong itu tidak lebih dari kelajuan 20km/j.
Cara nak report kalau dikenakan caj tol yang salah?
Dah guna RFID dan masuk guna lorong MyRFID tapi caj yang ditolak tu tak betul. Apa yang anda boleh buat adalah hantar permohonan bayaran balik melalui link rasmi RFID.
Pihak Touch n Go dan syarikat konsesi akan melakukan semakan terhadap transaksi tersebut dan memaklumkan kepada anda hasil semakan atau langkah-langkah seterusnya yang diperlukan.
Akhir kata
Mudah sahajakan cara nak topup RFID ni? Tak susah mana pun. InsyaAllah dengan menggunakan lorong RFID anda tidak perlu tunggu lama untuk keluar dari palang tol tu.
Perkongsian ini ditulis untuk memudahkan urusan perjalanan anda yang suka travel, suka balik lawat mak ayah hujung minggu dan lain-lain lagi.
Apapun masa nak start enjin kereta tu jangan lupa baca doa naik kenderaan supaya perjalanan anda di lindungi dan dirahmati. Pastikan tak ada barang penting yang tertinggal!
Bak kata Allahyarham Sudirman, Perjalanan jauh tak ku rasa…kerna hatiku menlonjak sama..Oooh balik kampung (ha sambung)