What's Hot

    Setelah sistem pembayaran tanpa tunai Touch’n Go (TnG) kemudian wujud pula sistem SmartTag yang hanya menggunakan infrared, kini pihak TnG memperkenalkan pula satu sistem pembayaran elektronik RFID. Lebih mudah dipanggil Touch n Go RFID. Persoalannya, bagaimana cara daftar RFID secara online?

    Langkau artikel ini untuk dapatkan informasi tentang cara daftar Touch n Go eWallet, yang biasanya orang daftar sekali dengan RFID tag.

    Kami faham bahawa masih banyak pihak yang mungkin keliru mengenai sistem baru ini. Apakah itu RFID dan bagaimana ia berfungsi? Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai sistem RFID ini, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

    Apa itu RFID?

    RFID merupakan satu sistem pembayaran tol secara elektronik baru yang menggunakan pelekat untuk memudahkan akses tol. Pelekat ini yang juga dikenali sebagai tag RFID adalah cip frekuensi radio dalaman yang dilekatkan pada cermin depan atau lampu utama kenderaan.

    Apabila kenderaan dengan tag RFID ini melalui tol, pengimbas yang berada pada bahagian atas (overhead) akan membaca frekuensi radio pelekat ini. Manakala caj tol akan ditolak menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Uniknya RFID hanya boleh digunakan untuk satu kenderaan berdaftar sahaja.

    Cara daftar RFID online

    Bagi individu yang berminat untuk menggunakan kemudahan sistem RFID ini, beberapa langkah mudah perlu dilakukan untuk mendaftarkan kenderaan anda dengan RFID.

    Daftar di RFID Registration Portal

    Berikut adalah antara langkah-langkah dan cara daftar RFID secara online:

    1. Pertama sekali anda perlu memuat turun aplikasi Touch’n Go eWallet dari Google Play Store atau Apple App Store dan membuat pendaftaran akaun TnG eWallet.
    2. Masuk ke dalam portal pendaftaran TNG RFID dengan menggunakan TnG eWallet dan pin 6-digit untuk log-in.
    3. Berapa dokumen melibatkan kenderaan diperlukan seperti salinan sijil pemilikan kenderaan atau cover note insurans kenderaan yang masih sah. Tetapi dokumen tidak diperlukan jika maklumat mengenai kenderaan anda boleh didapati di Sureplify.
    4. Pastikan anda membawa kad pengenalan, lesen memandu atau pasport sekiranya bukan warganegara Malaysia ketika pemasangan.
    5. Sebagai alternatif, anda boleh menyediakan salinan dokumen berikut ketika ingin melakukan pemasangan tag RFID, seperti:
      1. Salinan geran atau insurans kenderaan
      2. Salinan kad pengenalan atau pasport
      3. Surat kebenaran oleh pemilik kenderaan jika pemilik TnG eWallet dan pemilik kenderaan adalah individu yang berbeza
    6. Langkah terakhir adalah memastikan anda membawa kenderaan yang didaftarkan serta dokumen yang diperlukan ke Pusat Pemasangan TnG RFID terpilih.

    Satu perkara yang perlu anda ketahui, buat masa ini pendaftaran RFID hanyalah untuk kenderaan persendirian sahaja, iaitu seperti kereta, van, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan trak pikap (kenderaan kelas 1).

     

    Sebelum daftar RFID, buat akaun eWallet TnG

    Jika anda mempunyai lebih daripada satu kenderaan, anda boleh mendaftarkan TnG RFID untuk kenderaan yang lain dan menghubungkannya dengan akaun TnG eWallet anda.

    Bagaimana pula jika kenderaan itu milik individu lain, adakah boleh dihubungkan dengan akaun TnG eWallet yang sama?

    Ya, jika kenderaan itu milik individu lain tetapi anda ingin menghubungkan dengan akaun TnG eWallet anda, anda boleh berbuat demikian.

    Walau bagaimanapun, pemilik kenderaan tersebut perlu menyediakan surat kebenaran untuk pendaftaran TnG RFID dan menghubungkan dengan akaun TnG eWallet anda.

    Template surat kebenaran di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, boleh didapati di dalam portal pendaftaran TnG RFID.

    Cara daftar RFID mungkin tidak sesusah mana. Namun, kami cadangkan anda buka akaun eWallet agar urusan menjadi lebih lancar.

     

    Tahankah pelekat RFID tag ini?

    Mungkin ada di antara anda yang bersikap skeptikal mengenai ketahanan pelekat RFID ini, bukan? Jangan khuatir, pelekat RFID ini diperbuat untuk bertahan selama tempoh lima tahun. Ia dihasilkan daripada material  tahan lasak yang kalis pelbagai keadaan cuaca, dari serendah 20 ℃ hingga 55 ℃ . tetapi pastikan anda mengelakkan pelekat ini daripada terkena cucian kimia secara langsung, okay?

    Walaupun tag RFID ini dilekatkan pada bahagian luar, iaitu pada lampu utama kenderaan, tetapi pihak TnG memberikan jaminan bahawa ia selamat. Ini kerana tag tersebut tidak boleh dikopek atau ditanggalkan dengan mudah daripada lampu atau cermin depan kenderaan.

    Malahan, jika ia berjaya dikopek atau ditanggalkan juga, tag itu akan menjadi rosak dan sudah tentu ia tidak boleh digunakan. Maka baki eWallet anda tetap selamat daripada disalah gunakan. Tiada kerisauan!

     

    Tambah nilai eWallet untuk RFID

    Jika berminat dengan Touch n Go RFID, sudah pasti anda tahu mengenai eWallet, bukan?

    Tidak tahu? Tidak mengapa.

    Mari ikuti penerangan ringkas mengenai eWallet ini.

    eWallet yang merupakan satu aplikasi yang perlu dimuat turun ke dalam telefon pintar anda ini menawarkan fungsi PayDirect di mana anda boleh membayar tambang tol terus dari TnG eWallet anda.

    Jadi, adalah lebih afdal bila register RFID, daftar sekali akaun eWallet.

    Namun perkara utama yang harus diberikan perhatian adalah untuk memastikan baki dalam eWallet anda mencukupi. Bagaimana untuk menambah nilai eWallet anda? Terdapat beberapa pilihan untuk menambah nilai eWallet anda. Sama ada menggunakan kad kredit atau debit, FPX online banking atau menggunakan TnG Reload Pin di kedai terpilih.

    Anda juga boleh memilih untuk reload TnG eWallet anda secara automatik apabila baki kad mencapai jumlah tertentu. Ia bermula apabila baki yang tinggal adalah dalam jumlah minimum RM20 sehingga RM100.

    Jumlah auto-reload pula boleh dipilih bermula serendah RM20 hingga RM250. Walau bagaimanapun, buat masa ini penggunaan auto-reload hanya terpakai untuk individu yang menggunakan kad kredit.

     

    Perbezaan RFID, SmartTAG dan Touch’n Go

    Kenapa semua orang sibuk tanya tentang cara daftar RFID? Bukankah yang sedia ada sudah cukup?

    Pada dasarnya ketiga-tiga sistem pembayaran tol ini tidak jauh berbeza.

    Apabila menggunakan Touch’n Go, seperti namanya, anda perlu berhenti dan menyentuh kad TnG anda kepada alat khas di pondok tol.

    Manakala SmartTAG, anda mungkin tidak perlu berhenti tetapi anda masih perlu memperlahankan kenderaan anda agar sistem dapat ‘membaca’ SmartTAG anda. Jika tidak, itulah yang akan menyebabkan kesesakan di lorong SmartTAG.

    RFID pula merupakan satu sistem yang lebih maju dengan teknologi terkini. Di mana seperti yang dinyatakan awal tadi, sistem ini melibatkan frekuensi radio untuk membaca tag RFID. Jadi tag tersebut pastinya dapat dibaca pada jarak yang lebih jauh berbanding SmartTAG dan juga TnG.

     

    Akhir kalam

    Oleh kerana sistem Touch n Go RFID ini masih lagi dikatakan sebagai sistem dalam tempoh percubaan, maka pemasangan tag adalah secara percuma.

    Jadi jika anda berminat untuk mencuba, tidak salah rasanya anda memasang tag RFID ini pada kenderaan anda. Pasti baca betul-betul cara daftar RFID secara online ini.

    Mudah-mudahan, ia akan membuatkan perjalanan anda lebih lancar dan sudah tentu menjimatkan masa anda.

    Diharapkan agar perkongsian cara daftar RFID ini dapat memudahkan lagi hidup anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    14 Comments

    1. Mohd Rafie b mohd Hanifah on

      Cermin kereta yg ditampal rfid pelekat pecah dan ganti cermin baru. Bagaimana utk. Dptkan stiker Rfid kembali. Harap maklum . Thank

    2. LOQMAN QHAKIM BIN HASMI on

      Saya sudah mempunyai account ewallet tapi saya terlupa kata laluan untuk log masuk..boleh tolong saya resset kata laluan account saya untuk log masuk tak

    3. Zahri bin Ismail on

      Saya dah ada Tag RFID di kereta saya dulu tapi tak pernah pakai dan lupa pasword T n G ewallet tapi cuba daftar berkali2 online tak dapat sehingga sekarang

    Leave A Reply