Jika anda sedang mencari cara tukar nombor telefon BSN, inilah masanya untuk anda ketahui. Melalui artikel ini anda akan didedahkan dengan beberapa perkara berkaitan penukaran nombor telefon BSN dan juga panduan untuk melakukannya.
Cara tukar nombor telefon BSN di kaunter BSN
Untuk pengetahuan anda, bagi membuat penukaran nombor telefon BSN. Anda hanya dibenarkan untuk menukarnya di kaunter BSN sahaja. Macam mana caranya?
Ikuti panduan di bawah:
- Dapatkan beberapa dokumen pengenalan diri atau butiran seperti nombor telefon terbaru anda, kad debit dan kad pengenalan diri anda.
- Sekiranya semua dah ada, sila hadir di mana-mana cawangan atau kaunter BSN berhampiran anda.
- Dapatkan nombor giliran anda di kaunter atau kiosk di hadapan pintu masuk utama berdasarkan tujuan anda.
- Ambil tempat duduk sementara menunggu nombor giliran anda dipanggil.
- Apabila nombor giliran anda sudah dipanggil, sila ke kaunter urusan yang dinyatakan.
- Seterusnya, nyatakan tujuan anda adalah untuk tukar nombor telefon.
- Kemudian, anda akan diberikan borang untuk kemaskini nombor telefon BSN anda dari yang lama kepada yang baru (alamat emel juga boleh ditukar sekaligus jika diperlukan).
- Isi borang tersebut.
- Jika borang tersebut telah siap diisi, serahkan semula borang itu ke kaunter urusan.
- Seterusnya, sila tunggu seketika sementara permohonan anda sedang diproses dan berikan segala butiran diri anda kepada kakitangan bertugas jika diminta.
- Sekiranya tiada apa-apa masalah, pertukaran nombor telefon BSN anda akan berjaya dilakukan serta-merta.
- Selesai.
Boleh ke tukar guna cara lain?
Jawapannya tidak boleh. Buat waktu ini, penukaran nombor telefon BSN hanya dibolehkan melalui kaunter BSN sahaja. Oleh itu, cara selain daripada yang telah kami nyatakan di atas adalah tidak valid.
Masih ada masalah untuk tukar nombor telefon BSN?
Sekiranya anda masih menghadapi sebarang kesulitan sama ada untuk kemaskini nombor telefon atau pertanyaan lain yang berkaitan BSN seperti umur berapa boleh buat online banking BSN dan sebagainya.
Anda boleh terus menghubungi pihak mereka di talian 1300-88-1900 untuk bercakap dengan Pusat Khidmat Pelanggan BSN.
Selain itu, anda juga boleh menghantar sebarang aduan atau maklum balas ke alamat emel BSN di [email protected] bagi tindakan lanjut.
Akhir kata
Diharapkan perkongsian mengenai cara tukar nombor telefon BSN ini dapat membantu urusan anda yang perlukannya menjadi lebih mudah dan berjalan lancar.
Semoga bermanfaat.