What's Hot

    Pasti rasa nak marah, bila kita nak transfer duit kepada seseorang transaksi gagal kerana transfer limit yang kita pernah set dulu terlalu rendah. Contohnya, mahu transfer dari Maybank ke Maybank sebanyak RM2,000 tetapi gagal kerana kita telah hadkan cuma RM1,000 sebelum ini. Bertenang, kami akan kongsikan cara tukar transfer limit Maybank2u seperti di bawah ini.

    Sedikit mengenai Maybank2u

    Perbankan online semakin popular pada zaman sekarang. Perkara ini juga dilakukan oleh Maybank dengan memperkenalkan Maybank2U sebagai satu bentuk kemudahan buat para pengguna dalam urusan transaksi kewangan mereka. Dengan menggunakan kaedah ini, anda sebagai pengguna dapat menjimatkan masa untuk pelbagai transaksi seperti:

    • Memeriksa baki akaun bank
    • Pembayaran bil
    • Pembayaran hutang sewa, beli kereta, perumahan dan sebagainya
    • Pengiriman wang dalam dan luar negeri, dan banyak lagi

    Bagi anda yang belum ada akaun, kami sarankan anda daftar Maybank2u online banking terlebih dahulu.

    Bagi anda yang sudah mempunyai akaun Maybank2U, anda sudah tentu mengetahui cara untuk membuat transaksi wang. Anda juga tahu yang Maybank2U meletakkan had bagi setiap transaksi, di mana sebarang jumlah transaksi tidak boleh melebihi had yang telah ditetapkan.

    Maybank2u Transfer Limit (Online transaction)

    Bagi pengguna Maybank2U, anda perlu mengetahui had yang telah ditetapkan untuk setiap transaksi yang ingin dilakukan.

    Berikut ialah had transaksi Maybank2u.

     

    Jenis Servis

     

    Had Transaksi Semasa

    Pindahan wang ke akaun pihak ketiga

    (3rd Party Transfer)

    RM3,000.00
    Pindahan Wang Antara Bank GIRO

    (Interbank GIRO Transfer)

    RM3,000.00
    Pindahan Wang Antara Bank Segera

    (Instant Interbank Transfer)

    RM3,000.00
    Pindahan Telegrafik Asing

    (Foreign Telegraphic Transfer)

    RM10,000.00
    Pindahan DuitNow

    (DuitNow Transfer)

    RM3,000.00

    Kadangkala, anda mungkin perlu melakukan transaksi wang yang besar sehingga melebihi had yang telah ditetapkan. Jadi, bagaimana untuk melakukannya?

    Anda boleh menukar had transaksi ini dengan cara yang mudah. Dua cara anda boleh gunakan, sama ada menukarnya di sistem Maybank2U jenis klasik, ataupun di sistem Maybank2U yang baru.

    1. Cara tukar transfer limit Maybank (Maybank2u Classic)

    Berikut ialah cara mengubah had transaksi di Maybank2u yang lama, iaitu sistem klasik

    1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do untuk ke paparan utama Maybank2U.
    2. Kemudian, klik butang Back to the classic Maybank2U yang mempunyai anak panah.
    3. Pada laman seterusnya, login ke akaun anda. Masukkan username anda pada Username.
    4. Tekan butang Next.
    5. Sahkan gambar dan Security Phrase Tekan butang Yes.
    6. Masukkan password anda pada Password. Tekan butang Login.
    7. Pada paparan akaun Maybank2U anda, tekan tab Accounts & Banking di atas.
    8. Kemudian, pada bahagian kiri skrin, tekan link Transfers.
    9. Pada laman seterusnya, scroll ke bawah dan tekan link Transaction limit maintenance.
    10. Pada seksyen ini, iaitu Transaction Limit Maintenance, anda boleh melakukan penukaran had transaksi untuk lima jenis pindahan, iaitu:
      • Pindahan wang ke akaun pihak ketiga (3rd Party Transfer)
      • Pindahan Wang Antara Bank GIRO (Interbank GIRO Transfer)
      • Pindahan Wang Antara Bank Segera (Instant Interbank Transfer)
      • Pindahan Telegrafik Asing (Foreign Telegraphic Transfer)
      • Pindahan DuitNow (DuitNow Transfer)
    11. Pilih mana-mana jenis pindahan yang anda ingin naikkan atau turunkan hadnya. Anda hanya boleh melakukan satu jenis penukaran sahaja untuk setiap proses. Jadi sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran, selesaikan satu demi satu proses, kemudian ulang semula proses untuk penukaran kedua.
    12. Misalnya, sekiranya anda ingin menukar had untuk 3rd Party Transfer, tick pada servis ini. Kemudian, tekan drop-down menu di sebelah dan pilih jumlah had yang anda inginkan.
    13. Kemudian, tekan butang Continue.
    14. Pada laman seterusnya, anda perlu mendapatkan nombor TAC untuk mengesahkan penukaran ini.
    15. Tekan Request for TAC.
    16. Anda akan menerima SMS di telefon anda daripada Maybank, yang mengandungi nombor TAC berkenaan.
    17. Masukkan nombor TAC ini di ruang yang disediakan. Tekan butang Confirm.
    18. Penukaran had transaksi anda berjaya.

     

    2. Ubah had transaksi Maybank (Maybank2u New)

    Berikut pula iala cara tukar transfer limit Maybank2u atau had transaksi di sistem Maybank yang baru.

    1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do untuk ke paparan utama Maybank2U.
    2. Kemudian, login ke akaun anda. Masukkan username anda pada ruangan My Username.
    3. Tekan butang berlogo mangga kunci untuk login.
    4. Pada laman seterusnya, sahkan Security Phrase dan gambar anda. Tekan butang Yes, sekiranya Security Phrase dan gambar yang tertera adalah milik akaun anda.
    5. Kemudian, masukkan password anda pada My Password.
    6. Tekan butang LOGIN untuk teruskan proses increase transfer limit
    7. Pada paparan akaun Maybank2U anda, tekan link SETTINGS yang terletak di bahagian atas kiri skrin.
    8. Kemudian, klik pada tab PAY & TRANSFER, dan tekan butang TRANSFER LIMIT.
    9. Anda boleh melakukan penukaran had transaksi untuk tujuh jenis pindahan, iaitu:
      • Pindahan wang ke akaun pihak ketiga (3rd Party Transfer)
      • Pindahan Wang Antara Bank GIRO (Interbank GIRO Transfer)
      • Pindahan Wang Antara Bank Segera (Instant Interbank Transfer)
      • Pindahan Telegrafik Asing (Foreign Telegraphic Transfer)
      • Pindahan DuitNow (DuitNow Transfer)
      • Pindahan Wang Ke Akaun ASNB Sendiri (ASNB Own Account Transfer)
      • Pindahan Wang Ke Akaun ASNB Pihak Ketiga (ASNB 3rd Party Transfer)
    10. Pilih mana-mana jenis pindahan yang anda ingin naikkan atau turunkan hadnya. Anda hanya boleh melakukan satu jenis penukaran sahaja untuk setiap proses. Jadi sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran, selesaikan satu demi satu proses, kemudian ulang semula proses untuk penukaran kedua.
    11. Misalnya, sekiranya anda ingin menukar had untuk 3rd Party Transfer, tekan logo berbentuk pensel yang tertera. Kemudian, tekan drop-down menu di sebelah jumlah had yang tertera dan pilih jumlah had yang anda inginkan.
    12. Scroll ke bawah dan tekan SAVE CHANGES untuk simpan proses increase transfer limit
    13. Satu menu kecil akan tertera. Tekan REQUEST untuk mendapatkan nombor TAC. Sekiranya anda tidak menerima SMS, anda perlu menunggu selama 3 minit, sebelum anda boleh membuat permintaan nombor TAC yang baru. Tekan link click here untuk membuat permohonan baru.
    14. Apabila anda telah mendapat SMS di telefon anda yang mengandungi nombor TAC, masukkan nombor TAC tersebut di ruangan yang disediakan.
    15. Tekan butang CONFIRM.
    16. Penukaran had transaksi anda berjaya. Anda boleh mengulangi semula proses ini sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran had transaksi.

     

    3. Maklumat lanjut tentang Maybank

    Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang penukaran had, sila hubungi Maybank customer service di talian 1300-88-6688.

     

    Akhir kalam

    Soalan-soalan biasa seperti “how to increase transfer limit Maybank2u”  dan “how to change transfer limit Maybank2u” kini sudah ada jawapannya.

    Penukaran had transaksi mampu dilakukan dengan cara yang sangat mudah dengan Maybank2U. Bila sudah baca, tidaklah sesukar mana.

    Diharapkan agar perkongsian cara tukar transfer limit Maybank2u ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply