Secara dasarnya, kesemua bank yang ada di Malaysia sudah mempunyai sistem perbankan online termasuklah Kuwait Finance House Malaysia. Ini adalah selari dengan arus kemodenan teknologi dan internet masa kini. Dalam artikel kali ini, kami akan memberikan panduan mengenai KFH online banking kepada anda.
Selain itu, untuk anda yang merupakan pelanggan Bank Rakyat. Anda juga boleh mendaftar Bank Rakyat online banking untuk memudahkan urusan transfer duit, pembayaran bil-bil anda dan banyak lagi.
Tidak perlu susah-susah nak beratur di bank macam dulu-dulu. Begitu juga untuk anda yang merupakan pelanggan di Kuwait Bank. Zaman sekarang semuanya di hujung jari anda.
Izinkan kami berkongsi.
1. Apa itu Kuwait Finance House Malaysia?
Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut. Ini adalah serba sedikit mengenai Kuwait Bank atau KFH.
- Bank pertama yang beroperasi mengikut prinsip Syariah Islam.
- Mempunyai cawangan di Bahrain, Turki, Jordan, Arab Saudi, Malaysia, UAE, Oman dan Bangladesh.
- Mendapat pengiktirafan global dan penghargaan berprestij tempatan serta antarabangsa.
- Bank Islam asing pertama yang diberi lesen di bawah Akta Perbankan Islam Malaysia 1983.
2. Cara daftar KFH online banking
Ini adalah cara daftar akaun KFH melalui aplikasi KFHOnline di telefon pintar anda:
- Muat turun aplikasi KFHOnline di Google Play Store atau Apple App Store.
- Buka aplikasi KFHOnline.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Sila lihat di bahagian bawah dan tekan Open account.
- Anda akan dibawa ke bahagian Create Profile.
- Sila masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
- Mobile Number
- Username
- Password
- Confirm Password
- Tanda pada bahagian Accept Terms & Conditions sebagai persetujuan.
- Klik Next.
- Sila pastikan semua maklumat anda adalah tepat.
- Tekan Confirm.
- Anda akan dibawa ke bahagian Take a Selfie untuk proses verifikasi.
- Baca syarat yang ditetapkan untuk mengambil gambar.
- Tekan Next untuk mengambil gambar anda.
- Kemudian, anda akan diminta untuk Capture Civil ID (Kad Pengenalan).
- Tekan Next.
- Semak dan pastikan semua maklumat adalah betul.
- Tekan Confirm.
- Anda akan menerima Kod Verifikasi melalui nombor telefon yang telah didaftarkan.
- Masukkan Kod Verifikasi di ruangan Mobile Number Verification.
- Tekan Confirm.
- Anda akan menerima Kod Verifikasi melalui Email.
- Masukkan Kod Verifikasi yang diterima melalui Email di bahagian Email Verification.
- Tekan Confirm.
- Anda akan dibawa ke laman Declarations.
- Baca dengan teliti.
- Tanda bahagian Accept.
- Tekan Next.
- Lengkapkan bahagian Account Information.
- Tekan Next.
- Sila turunkan tandatangan anda di bahagian Please Sign Here.
- Tekan Confirm.
- Borang pembukaan akaun akan dihantar ke aplikasi Kuwait Mobile ID untuk mendapatkan Electronic Signature anda.
- Sila tanda bahagian Send copy to my email.
- Tekan Proceed.
- Buka aplikasi Kuwait Mobile ID.
- Sila tekan bahagian Open KFH Account.
- Halaman Signing Request akan dipamerkan.
- Tekan Sign.
- Anda akan menerima notis We have received your E-Signature.
- Tekan Proceed.
- Tahniah! Anda telah berjaya membuka akaun baru.
PERHATIAN
- Pastikan anda memuat turun aplikasi Kuwait Mobile ID di Google Play Store atau Apple App Store terlebih dahulu sebelum memulakan proses pendaftaran KFH online banking.
3. Cara login KFH online banking guna website
Untuk login, anda boleh login melalui laman web dan juga aplikasi KFHOnline di telefon pintar anda. Kedua-dua cara login adalah hampir sama namun ada sedikit perbezaan.
Berikut merupakan cara login melalui laman web:
- Sila layari laman web KFH online di sini https://www.kfh.com.my.
- Anda akan dibawa ke halaman utama.
- Sila tekan butang CUSTOMER LOGIN.
- Pilih KFH Online.
- Anda akan dibawa ke halaman Login.
- Sila masukkan Username.
- Tekan Login.
- Anda akan diminta untuk sahkan Security Phase anda terlebih dahulu.
- Sila tick pada ruangan yang tertera.
- Masukkan Passsword.
- Tekan Next.
- Anda telah berjaya Login.
- Selesai.
PERHATIAN
- Anda boleh menterjemah halaman KFH Online ke dalam Bahasa Melayu.
4. Log masuk melalui aplikasi
Di bawah merupakan cara untuk log masuk melalui aplikasi KFHOnline. Jika anda belum mempunyai aplikasi tersebut. Sila muat turun terlebih dahulu.
Ikuti cara-cara di bawah:
- Buka aplikasi KFHOnline di telefon pintar anda.
- Pada laman utama, tekan Login.
- Seterusnya, sila masukkan Username.
- Masukkan 5 digit terakhir no akaun anda.
- Kemudian sila tekan icon Tap here to Login.
- Anda juga boleh tekan butang Login using credentials.
- Jika tiada apa-apa masalah, anda akan dapat login ke akaun anda.
- Selesai.
5. Ada pertanyaan lanjut?
Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan, masalah atau pertanyaan lanjut untuk diajukan tentang KFH online banking dan yang berkaitan dengan mereka. Anda boleh menghubungi mereka di talian 03-2168 0000.
Anda juga boleh terus ke laman web mereka untuk maklumat lanjut.
Akhir kalam
Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan panduan kepada anda yang ingin tahu mengenai KFH online banking. Itu adalah sedikit sebanyak mengenai KFH yang dapat kami kongsikan untuk memudahkan urusan anda jika anda ingin berurusan dengan Kuwait Bank.
Semoga bermanfaat.